.
🎬
"Abang, bangun! Baaangun! Baaangun!"Suara yang berteriak kuat itu memenuhi segenap ruang bilik tidur Qalif. Dia terjaga setelah terasa tidak selesa dengan katil yang bergerak² sedari tadi. Macam tengah gempa bumi pun ada.
Lantas dia membuka kelopak mata sedikit, bagi melihat apa yang terjadi.
Bukan gempa bumi, tapi adiknya si Ayden tengah buat katil dia macam trampoline. Meloncat sana sini tanpa henti.
Qalif terus pejam mata kembali, ingin menyambung tidur. Walaupun badannya bergerak atas bawah sebab Ayden meloncat disebelah, dia sudah lali. Tiap hari minggu kalau dia bangun lewat mesti adik dia yang kejut, sebab nak ajak main.
Melihat Qalif yang masih enggan mahu bangun, Ayden kini duduk diatas badan abangnya pula. Ditunggangnya seperti motor mainan kesayangan.
"Come on abang, wake up. Jom lah main ps4 dengan Ayden..."
"Umm.." Tidak membuka mata, Qalif sekadar menggumam jawapan mengiyakan. Sungguh dia tak larat nak buka mata, terasa berat.
"Jom lah, abang.. Ayden bosanlah main sorang²..." Ayden memujuk lagi seraya turun dari badan Qalif. Kini dia membuka kelopak mata Qalif secara paksa.
Qalif mengalah. Dia akhirnya buka mata dan angkat kepala. "Dah pukul berapa sekarang?"
"I don't know.. Maybe nine?" Ayden angkat kedua bahu.
Jawapan itu buatkan Qalif terus terduduk. "Nine? Kalau macam tu mama dengan papa mesti dah pergi event kan?"
"Yeah, in a few minutes ago." Ayden kembali meloncat diatas katil bersaiz king itu dengan ria. Seronok betul dia.
Qalif mengangguk sambil berfikir sesuatu dalam kepala. Tak lama itu, dia berkata pada adiknya. "Dik, I'm so sorry tapi abang nak pergi somewhere. So tak dapatlah nak teman adik main."
Ayden mengambil satu lompatan besar merapati tubuh Qalif. "Haaa nak ikut!"
"No."
"Hmph! kalau camtu nanti Ayden bagitahu mama yang abang nak gi keluar. Yalah, kan mama suruh abang stay home sampai esok."
"Alahh.. Abang dah sihat dahla. See, I have no gastric anymore." Qalif bangun dari katil dan dia tepuk perutnya dengan sebelah tangan.
"But still..." Ayden mencebik bibir, mengugut abangnya lagi. "Kalau Ayden bagitahu mama ni, mesti mama marah besar."
Bila adiknya sebut perkataan mama, spontan Qalif rendahkan nada, mahu memujuk. "Please... Jangan lah bagitahu mama. I'm so freaking bored tau, terperap kat rumah. Seminggu dah."
Daripada jumaat minggu lepas start dia kena gastrik sebab tak makan apa² dek diet punya pasal, sampai ke hari esok mama suruh dia berehat di rumah je. Hampir 9 hari mereput, siapa tak naik bosan?
"Hurmm.. Nak bagi tahu ke tak ehh" Ayden mengusik.
"Kalau adik tak bagitahu mama pasal ni, nanti abang bawa adik pergi race motor."
YOU ARE READING
Klik! 4 Huruf untuk dia✨
Novela JuvenilMeysha, gadis part-timer di sebuah kafe yang amat tergilakan kpop dan drama korea. Sekepala dengan rakan baiknya Syamimi, kerja mereka seharian hanyalah dipenuhi dengan teriakan fangirling sana sini. Impiannya tak tinggi, cukup sekadar berjumpa jeja...