BAB 1

38 1 0
                                    

"Aleya,Aleya,Aleya"tegur mak saudara nya apabila melihat aku sedang menangis sambil memandang kearah cermin. Aku diam membisu, hanya air mata sahaja yang terus mengalir tiada henti. Mak saudaraku mengambil keputusan mendekatiku "Aleya!"kata mak saudaraku lalu memegang bahuku. Aku tersentak lalu menoleh kearah mak saudaraku.

"Kau ni,mak lang panggil banyak kali tak jawab. Aleya ok tak?"tanya Mak Lang risau. "O..ok"kata aku bergetar. "Mak lang dah call mak. Nanti mak ambil aleya tau. Mak lang balik dulu. Jaga aleya!"kata Mak Lang lalu memandang kearah dua orang remaja perempuan disebelahku. Kedua-duanya mengangguk serentak.

"Aleya...kuatkan diri. Sikit je ni. Kau boleh buat"kata seorang kawannya apabila melihatku sudah termenung sendirian. "Aleya,Aleya, Aleya!kau dengar tak?"tanya kawanku. Aku mengangguk lalu membaca ayatul kursi. "Wei..aku..t.. takut. Benda tu pandang aku. Dia senyum.."kataku makin deras air matanya turun.

"Aleya,kau pandang mata aku. Kau boleh buat"kata kawanku memberi kata semangat. Aku mengangguk lalu memandang kawanku. Tatkala aku memandang kawanku,mulutku terhenti dengan automatik. Mataku besar membulat. Aku mulai meronta dan nafasku naik turun. Aku mulai membuat suara garau seperti lelaki. Kawanku sudah risau melihatku berperangai sebegitu.

"Aleya,Aleya,Aleya!"kata kawanku risau melihatku begitu. Aku memandang kawanku dengan penuh amarah. "SIAPA ALEYA?!"teriakku membuatkan orang disekelilingku terkejut. Aku mulai meronta dan menjerit sekuat hati. "LEPASKAN AKU!!"jeritku cuba untuk melepaskan diri. Kawanku yang berada disebelah cuba minta pertolongan tetapi tidak dapat kerana sewaktu itu kerasukan mula menggila dengan cepat.

Ustaz yang merawat sedang merawat seorang budak manakala yang lain juga sedang sibuk merawat. Tak silap aku waktu itu lebih daripada 20 orang budak asrama sedang kerasukan dan ustaz yang merawat hanya 3 orang sahaja. Dan lebih menakutkan apabila jumlah budak kerasukan menjadi lebih banyak sehinggakan dewan sekolah penuh dengan budak yang kerasukan.

"Wawa..kau tengoklah aleya tu"kata kawanku sambil menunjuk kearahku. Najwa memandang kearahku lalu menolongku. "Aleya...zikir aleya. Awak boleh buat"kata Najwa lalu membaca ayat dan menghembuskan di mataku. Dengan kuasa Allah,aku tersedar dan mataku terus mengalirkan air mata. Najwa mengusap belakangku dengan lembut. "Dia dekat mana?"tanya Najwa senyum. Aku terus menunduk dan menggelengkan kepalaku.

Najwa bertanya kepadaku sekali lagi dan aku masih diam membisu. "Aleya jangan risau. Sayakan ada"kata Najwa memberiku kekuatan. Aku tetap menggeleng. "Oklah,kalau macamtu ikut aku baca ayatul kursi"kata Najwa memujuk. Aku mnegikutinya tetapi perasaan takut itu tak menghilang.

Aku terus menunduk ketana aku tahu ia masih manungguku untuk memandang kearahnya. Aku mula mendapat semangat sedikit mulai sedikit. Tatkala itu,kawanku memintaku memandang kearahnya agar aku tidak takut. Aku tidak berfikir panjang lalu memandang kearah kawanku. Dengan sekelip mata,mulutku yang terkumat-kamit membaca ayatul kursi terus berhenti. Mataku mulai membulat. Aku mula tersenyum.

Kawanku melihatku dengan pelik lalu memnaggilku. "Aleya kau ok tak?" tanya kawanku. "Aku oklah,tin. Kau tak payah risau"kataku lalu senyum mengerikan. Fatin memandangku dengan tidak sedap hati.  Fatin bangun lalu menuju ke pentas. Najwa memandangku dengan serius lalu membaca ayat dan menghembuskan di mataku. FUHH~Aku memandang Najwa lalu senyum.

"Kau ingat aku bodoh? Kau bacalah lagi. Benda tu takkan berjaya lagi dekat aku"kataku senyum jahat. Najwa terkejut. Fatin kembali dengan telefon ditangannya. Aku memandang telefon ditangan Fatin dengan marah. "Aleya sini"kata Fatin. Aku menggeleng. Fatin terus mengarahkan dua orang memegang ku dengan kuat. Dengan pantas, Fatin meletakkan audio bacaan yasin di telingaku. Aku terus meronta.

"AHHHAHHHHAHHHH"jeritku panas. Fatin terus memanggil ustaz untuk merawatku. Ustaz itu memandangku dengan serius. "Kenapa kau masuk dalam badan budak ni?"tanya ustaz. "AKU TAK MASUK..DAH DIA NI ADA MAKANAN AKU"kataku senyum. Ustaz itu terus memandang Fatin. "Dia datang bulan ke?"tanya Ustaz. Fatin mengangguk. Patutlah kena...datang bulan budak ni.

GhaibWhere stories live. Discover now