APAKAH?

20 1 3
                                    

Liyana menyentuh tanganku dengan perlahan. Aku memandangnya sambil mataku bertakung dengan air. Dengan lembut, Liyana mengusap belakangku dengan harapan aku dapat bertenang. Liyana cuba untuk membuat aku tersenyum. Aku sedar lalu aku kentalkan hati aku lalu aku mula berborak dengan liyana. Tak lama selepas itu, aku mula bercakap seperti biasa kerana perasaan takut itu mula hilang dalam diri aku. Aku mula tersenyum dan ketawa. Tapi, itu tidak lama apabila salah seorang dari budak 'cuti' mula menjerit dan ketawa.

      Saat itu, senyuman ku mati. Otak aku black out. Seolah-olah ketawanya cuba menakutkan aku. Aku terdiam. Pandang budak tu memang takkan aku pandang. Aku mula menunduk. Kawan ku yang lain khusyuk memandang budak itu. Tangan ku sudah menggigil. Aku menutup telingaku dengan kuat untuk memastikan aku tidak akan dengar suara jeritan itu. Sedar tak sedar, kepalaku mencecah lantai sedangkan aku ni bukan orang yang fleksibal sangat. Aku menjadi takut.

       Liyana menegurku. "Aleya okay tak?"tanya nya. Aku tidak menjawab. Liyana mengangkat kepalaku. Muka aku nampak pucat. Tangan ku sejuk. Liyana terkejut. Tiba- tiba akak senior ku memberi arahan yang lemah semangat turun bawah. Liyana akur lalu mengajak ku turun. Aku terus menggeleng kerana di bawah ada budak kena rasuk. Aku mula merengek. Aku menangis. Liyana memujukku untuk turun. Aku terus menggeleng. Liyana memujukku dengan lembut. Entah macam mana aku termakan dengan pujukan nya lalu aku berdiri. Sumpah aku langsung tak rasa kaki aku. Kaki aku terasa macam nak tercabut dari badan aku.

       Aku di papah oleh kawan ku dan kami keluar dari surau. Aku berjalan walaupun hati aku membentak untuk turun. Sewaktu aku sudah sampai di tanggan yang terakhir, aku tersentak apabila aku melihat seorang budak sedang menjerit. Aku terhenti dan berpaling. Aku terus naik semula untu masuk ke dalam surau tapi aku terkejut apabila di  pintu surau itu seorang budak menjerit di depanku dengan kuat. Aku terkejut lalu aku menjerit seperti histeria sehinggakan aku terjelopok di situ. Aku mula manjerit berkali-kali. Liyana cepat menghampiri aku lalu menenangkan aku. Aku cuba untuk bertenang tetapi tidak tahu macam mana aku seperti tidak dapat dikawal.

    Liyana terus menutup mulutku dengan tudung lalu menenangkan aku yang masih menjerit. Aku mula bertenang dan mendiamkan diri. Air mataku terus turun dengan lebat. Liyana memelukku dengan lembut. Aku hanya mendiamkan diri. Liyana dan kawanku yang lain membawaku turun ke bawah. Aku mengikuti sahaja. Aku turun ke bawah dan cuba untuk tidak melihat ke arah budak yang kena tersebut. Aku pon duduk membelakangkan budak tersebut. Kawan ku yang lain menemaniku dan cuba menenangkan aku kerana aku tidak berhenti menangis.



         Aku diam sambil membaca ayat kursi berkali-kali. Tangan kawan ku aku genggam dengan kuat(Dengar cerita daripada kawan aku...esok tu tangan dia kebas...darah x jalah... HAHAHAHA). Air mata aku masih mengalir. Muka aku makin pucat. Dahlah orang kata muka aku ni memang dah pucat tambah lagi pucat...korang imagine lah eh sendiri. Aku membaca ayat kursi berkali-kali dan sedikit sebanyak ia membuatkan aku kembali seperti biasa. Ketakutan aku semakin berkurang dan aku mula senyum sedikit.


        Ketika aku mulai tenang, aku mula melihat sekeliling dewan tersebut. Sedar tak sedar dewan itu dipenuhi dengan budak sekolah ku. Aku cuba cover takut aku tetapi liyana sudah memarahi aku. Dia menyuruhku untuk membaca lagi dan menasihatkan aku tidak memandang sekeliling. Aku akur sahaja. Aku mula membaca tetapi aku terhenti apabila budak di belakang ku mula menjerit. Aku terkedu. Sekali lagi perasaan takut itu mula datang. Aku terdiam. Tangan kawanku di genggam kuat.

        Budak itu mula menjadi histeria dan sedikit sebanyak pukulan nya terkena di belakang ku. Aku terkejut dan mula berjauh dengan nya. Ketika itu, aku terpandangnya dan dia menghadiakan senyuman nya kepada ku. Aku terkedu dan cepat menutup mataku. Aku terus membaca ayat kursi dan air mataku mula turun. Aku cuba untuk kekal tenang tapi suara jeritannya membuatkan aku semakin takut. Aku teruskan membaca dan kawan ku, Jannah memintaku membuka mata. Aku pin membuka mata.


       Saat itu, badanku menghadap satu slide in door dan aku terkaku. Aku mula terdiam seolah-olah mulutku di kunci. Mataku terkunci memandang slide in door dan mataku makin membulat. Aku terus diam tidak membaca ayat kursi dan kawan ku pelik dengan aku. Mereka cuba memanggil ku tapi aku tidak memberi respon dan hanya bunyi suara yabg garau keluar dari mulutku. Di mataku, aku melihat ada satu makhluk yang hitam, matanya putih, mukanya di selindung dengan pakain yang kelihatan seperti hoodie dan dia sedang memegang tongkat.


       Yang lebih menakutkan aku adalah dia memandangku tepat pada aku sambil menghadiahkan senyuman yang paling mengerikan dan berkata.... Aku nak masuk dalam badan kau..... Saat itu, aku terasa seperti dalam penjara lutsinar yang tak mampu aku keluar dan saat itu jugalah aku menjerit dengan kuat.

GhaibTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang