Aku memandang kiri dan kanan seolah seperti mencari mangsa. Ustaz sudah memandangku kehairanan. "Yang lemah semangat naik atas"kata Ustaz membuatkan aku terus marah. "Kenapa kau masuk dalam badan budak ni?"tanya Ustaz kepadaku. Aku hanya senyum dan gelak. Mula2 aku tertawa, lama kemudian ia mulai bertukar menjadi mengilai. "USTAZ, AKU TUNGGU KAU DEKAT AKHIRAT NANTI. AKU AKAN SEKSA KAU SAMPAI MATI. AKU AKAN BERITAHU KETUA AKU PASAL KAU DAN Anak Bini kau USTAZ~~"kataku senyum.
Riak muka ustaz mula bertukar menjadi serius. "Siapa ketua kau?" tanya ustaz. "DAJJJAAAALLLL"jeritku membuatkan orang disekelilingku terkejut. Ustaz turut terkejut. "KAU DAN SEMUA MANUSIA AKAN MENYEMBAH DAJJAL. DAJJAL AKAN KELUAR. PADA MASA TU USTAZ,KAU AKAN MERAYU MINTAK TOLONG DENGAN AKU.HAHAHA..HIHIHI" jeritku lalu memandang ustaz.
Ustaz terus menutup mataku menggunakan serbannya lalu membacakan surah. Aku mulai menjerit lalu diam semula. "Ustaz, Aleya dah okay?"tanya Fatin risau melihat keadaanku. "Aleya.."kata Ustaz terhenti apabila aku mulai menjerit. Ustaz terus menyuruh rakanku memegang kuat seluruh badanku agar aku tidak terlepas. Kain yang berada dimataku juga terlerai.
"KAU AKAN MATI.AKU BUNUH KAU!!" marahku mulai mengganas. Ustaz terus membacakan surah ditelingaku. Aku diam. "Ustaz, KAU INGAT AKU BOLEH KELUAR KALAU KAU BACA BENDA BODOH TU?"tanyaku sambil tersenyum. Ustaz meneruskan bacaanya dengan kuat. Pada saat itu, aku mulai merasa badanku panas dan lemah. Aku mulai diam dan letih.
Tetapi benda didalam badanku tidak putus asa lalu mulai mencari mangsa. Aku mulai memandang kearah sekeliling dan aku mulai teringat tentang kawanku yang kukenal lemah semangat. Ajaibnya kawanku itu sedang memegang tanganku iaitu di sebelahku. Aku mulai memandangnya dengan senyuman mengerikan.
"Humairah"panggilku dengan senyuman. Humairah langsung memandangku. Aku mulai senyum. Ustaz menyedari lalu menyuruh Humairah pergi dariku. Aku mulai marah tapi aku mulai senyum. Aku memandang sekeliling. Laluku sebut semua nama kawanku. "Wawa,aliyah, syidah,fatin,hazirah..."kataku terhenti apabila ustaz membalut mataku menggunakan sejadah.
"Jangan dengar apa yang dia cakap. Dia saja nak menakutkan awak semua"kata Ustaz lalu membalut mataku. Tetapi aku masih menyebut nama kawanku. Yang peliknya, nama yang disebut itu semuanya yang tengah memegangku. "Hanim, suhailah...FASYA!!"jeritku mulai marah. Fasya yang sedang berdiri di belakangku tersentak.
Aku mulai memanggil nama yang sama berulang kali. "Fasya...fasya... fasya...FASYA!!"jeritku sekuat hati. Ustaz terus mencari tempat duduknya benda tersebut di dalam badanku. Apabila sahaja jumpa,ustaz terus mengcengkam leherku lalu membacakan surah. "AAGGHH" jeritku mengerang kesakitan.
Tetapi itu tidak membuatkan benda itu keluar dari tubuhku malah ia mula bertindak ganas. Aku mula mengganas dengan menggunakan tenagaku untuk melarikan diri. Tatkala itu,sejadah di mataku tercabut dan aku melihat dua insan di hadapanku. Aku memandang mereka dengan senyuman jahat.
"Abah~Mak~"kataku senyum panjang. Mak dan ayahku kelihatan sangat risau melihat keadaan aku yang masih tidak pulih. "Mak~KAU NAK ANAK KAU KAN?HAHAHA...ANAK KAU DAH MAMPUSS!!"kataku dengan ketawa yang sangat besar. Ustaz terus mengambil keputusan untuk keluarkan dia dari badanku kerana keluargaku sudah tiba. Ustaz terus membaca surah lalu mengcengkam di bahagian rusukku dengan memujukku.
"Mak ayah budak ni dah sampai..kau janganlah ganggu dia. Kau nak apa? Aku boleh tolong tapi kau pergi dekat badan budak tu sekejap. Nanti aku datang. Aku tepuk kau keluar tau" kata Ustaz lembut. Entah apa yang membuatkan dia lembut, dia terus mengiakan. Dengan cepat,ustaz terus menepuk belakangku lalu keluar dari tubuhku. Aku rebah dan ketika itu aku merasakan sesuatu yang berat di dalam badanku hilang lesap begitu saja. Aku separuh sedar.
Ustaz memberiku air kerana melihat mukaku yang pucat lesi seperti ais. Aku minum sedikit tetapi ustaz menyuruhku minum lebih sedikit. Tatkala itu,aku menoleh ke arah cermin. Ustaz terus memanggilku. "Dik,jangan pandang dekat situ"kata Ustaz senyum. Aku memandang ustaz lalu mengangguk.
Aku memandang sekeliling dewan dan melihat ramai ibu bapa sedang risau melihat anak masing2. Ada yang menjerit,ada yang senyum. Makku terus membawaku keluar dari dewan dan menuju ke kereta. Aku jalan dalam keadaan lemah. Aku mulai terfikir kenapa aku sedar ketika aku dirasuk? Aku pelik.
YOU ARE READING
Ghaib
HorrorPasti semua orang ada kisah yang menyeramkan dalam kehidupan..aku tak menafikan sebab aku pon mengalami situasi tersebut dan ia terjadi kepada diri aku sewaktu aku sekolah menengah. Peristiwa yang menimpa diri aku ni masih segar dalam otak aku keran...