"Aleya!"jerit Fatin apabila melihatku di pagar asrama. Aku tersenyum. "Awallah balik asrama...kau rindu aku eh?"tanyaku sambil tersenyum. Fatin menghampiriku yang sedang membawa beg baju. "Aku? Rindu kau? Hmm,kelautlah jawapannya" kata Fatin membuat muka. "Amboi, melampau eh...tapikan awal sangatlah kau balik asrama..selalunya kau balik dah nak pukul 6...baru balik"kataku sambil menuju ke dorm.
"Adik aku kan dah masuk asrama..so, aku sebagai kakak yang bertolak ansur baliklah asrama dulu"kata Fatin senyum lalu membuka pintu dormku. Aku memandangnya sambil tertawa kecil. "Seriously?! Wei, aku kawan dengan kau dari form 1 lagi... ni mesti parents kau paksa suruh siap awalkan?"tanyaku masuk dorm dan menuju ke katilku. Fatin memandangku lalu mengeluh.
"Kau ni tahu2 je...aku sedih tau"kata Fatin lalu naik ke atas katilku. Aku senyum sambil mengemas barangku. Semasa aku mengemas,aku dan kawanku mendengar bunyi kereta jentolak dari arah sekolah. Aku terkejut. Fatin hanya mengangkat bahu. Dengan cepat,aku menukar tudungku dengan tudung sarung.
Aku dan Fatin keluar dari dorm dan melihat kawasan sekolah. Aku terkejut. "Wei,sekolah nak robohkan banggunan tu ke?"tanya Fatin kepadaku. Aku hanya mengangkat bahu. "Entahlah, tapi dari gaya aku tengok..macam memang nak robohkan tapi nak buat apa?"tanyaku kepada Fatin.
Aku melihat semua pelajar asrama berada di hadapan dorm menyaksikan banggunan lama itu di robohkan. Aku melihat proses itu dengan khusyuk. Tiba2 aku terdengar perbualan dari budak di sebelahku.
"Kenapa robohkan banggunan tu? Takkan cikgu tak tahu tempat tu keras"katanya kepada kawannya di sebelah.Aku yang mendengar terus menyampuk perbualan mereka. "Kenapa? Keras sangat ke?"tanyaku kerana aku sangat menyukai benda2 halus ni. Walaupun ceritanya agak merepek,tapi aku tetap mendengar juga sebab aku fanatik gila dengan hantu2 ni. Dia memandangku. "Laa.. tak tahu cerita ke?"tanyanya agak terkejut. Aku hanya senyum. Maklumlah aku tak suka sangat ambil tahu pasal sekolah.
"Ok,ingat tak tahun lepas ada kes rasuk dekat musolla?"tanyanya. "Yang budak form 1 tu kan..ingat"kataku. Dia terus dekatkan dirinya dengan aku. "Ok,kau mesti tak tahu kan kenapa budak tu kena?"tanyanya lagi. Aku mengangguk. "Haaa...meh sini, aku cerita dekat kau. Budak form 1 tu dia kena sebab dia dengan geng dia pergi masuk dalam banggunan tu"katanya. Aku terkejut.
"Seriuslah?! Tu bukan ke cikgu kata tempat larangan?"tanyaku. Fatin di sebelah turut mendengar. "Budak tu degil. Dia pergi masuk sebab dia nak tahu sangat ada jin ke tak dalam tu" katanya,marah. Aku masih tekun mendengar. "Malam tulah dia kena dengan benda tu...padanlah muka dia. Teruk jugalah dia kena dengan kawan2 dia"katanya. "Budak tu masuk dia buat apa je?"tanyaku.
"Aku dengar orang ceritalah...budak tu dia masuk je dalam banggunan,dia pergi ketuk dinding guna besi,tak cukup tu dia pergi mencarut kuat2 dengan kawan dia dalam banggunan tu"katanya. "Tu jeke dia buat?"tanyaku lagi. "Aku dengar lagi dia pergi tendang pintu kuat2"katanya.
Aku mengangguk. "Habistu,apa jadi dekat budak tu sekarang?"tanyaku. "Dia jadi outsider. Dah tak duduk asrama. Trauma katanya"katanya lalu senyum. "Dahlah aku nak siap..aku pergi dulu"katanya lalu pergi. Aku pun melambainya pergi. Fatin di sebelah seperti menghadam cerita tersebut. "Hoi,serius betul muka kau.. relaklah"kataku hampir tergelak apabila melihat dahinya berkerut seribu.
Fatin menepukku. "Salah kaulah ni.. malam ni aku tak dapat tidur, aku tidur dengan kau!"kata Fatin marah. Aku sengih. "Eh,salah aku pulak? Kau yang sibuk nak dengar"kataku ketawa. "Dahlah,jom siap. Nanti kena tulis nama pulak sebab lambat turun pergi musolla"kata Fatin. "Alaa.. turun lambat sikitlah weii.. aku malaslah. Kan kita baru habis PT3. Chill lah sis" kataku memujuk.
"Tak nak"kata Fatin masih berkeras. "Oklah turun awal"kataku. Fatin senyum lalu menuju ke dormnya yang tak jauh dari dormku. Cuma selang dua dorm sahaja. Aku masuk kedalam dorm seketika juga aku menoleh ke arah banggunan itu. Tak apa ke robohkan banggunan tu? Aku memikirkan soalan itu sehingga aku sampai di musolla. Betulke ada benda dekat situ? Ataupun saja nak takutkan aku? Argh, biarlah nanti jelah aku pikr.
YOU ARE READING
Ghaib
HorreurPasti semua orang ada kisah yang menyeramkan dalam kehidupan..aku tak menafikan sebab aku pon mengalami situasi tersebut dan ia terjadi kepada diri aku sewaktu aku sekolah menengah. Peristiwa yang menimpa diri aku ni masih segar dalam otak aku keran...