"Wei,kau tak nak turun buat halaqah ke?"tanya Fatin melihatku sedang ralit melukis. Aku memandang Fatin. "Entahlah,hari ni aku malas sikit lah" kataku menyambung semula melukis. "Ish kau ni tak baik lah. Halaqah tu kan pelindung kau waktu tengah 'cuti' ni...tak ada pergi turun. Kau tak turun aku report dekat akak senior"ugut Fatin. "Alah,kau ni. Baru nak buat jahat....ye2 aku turun"kataku terus mengemas barang lalu turun.
Fatin senyum. "Good girl"kata Fatin puji. Aku mencebik. "Kau tunggu Tin, nanti bila kau tengah tak suci..aku nampak kau tak turun,sumpah aku baling kau dari tingkat atas"kataku sahaja mahu menguji Fatin. "Dengkinya kau dengan aku"kata Fatin. Aku senyum. "Dengan kau? Lagilah aku dengki. Kau ingat tu.. nanti aku balas"kataku senyum lalu keluar. Fatin hanya menggelengkan kepala.
USAI halaqah, aku duduk lepak sambil berborak dengan kawanku yang lain. Tiba-tiba,
"Yang dekat bawah ni naik atas... cepat!!!"jerit akak senior membuatkan aku terkejut. "Eh, dah pahal pulak tu? Tiba2 je...."kataku terkejut. Semua yang dibawah terus naik ke musolla. Aku pun turut serta. Masuk sahaja musolla, aku mendengar bacaan yasin. Aku pelik. Dah kenapa ni? Ada orang meninggal ke? Aku terus menuju ke arah kawanku.
Aku duduk di belakangnya. Aku buntu. Nak baca jugak tapi mana boleh. Jadi,aku membuat keputusan mengambil aku punya peralatan untuk melukis lalu aku melukis. Kawanku disebelah memandangku. "Aleya kau buat apa ni?"tanyanya. "Aku bosanlah..so,aku lukislah. Kau nak aku lukis apa2 tak untuk kau?" tanyaku senyum. "Aku nak gambar kucing"katanya lalu sambung membaca yasin. Aku pun terus khusyuk melukis gambar kucing.
SEDANG AKU KHUSYUK melukis, aku terdengar satu jeritan kuat dari bawah membuatkan aku tersentak dan jantungku berdegup laju. Aku terhenti melukis. Aku melihat riak muka kawanku yang sedang membaca yasin seperti tidak mendengar apa2 pon. Aku pelik. Aik, dia ni tak dengar ke? Ataupun perasaan aku je? Hmm....perasaan kot. Aku terus menyambung membuat lukisan. Tak lama kemudian,aku mendengar jeritan sekali lagi dan kali ini ia membuatkan aku mempunyai satu perasaan.... iaitu TAKUT.
Aku makin pelik. Aku tak pernah merasai perasaan sebegini. Jantungku berdegup makin laju. Peralatan melukisku aku letak ke tepi. Tangan kawanku menjadi mangsa peganganku. Aku memandang kawanku. "Zirah, kau dengar tak tadi?"tanya ku sedikit takut. Hazirah memandangku. "Dengar apa?"tanya Hazirah pelik melihatku yang tak pernah perangai macamtu. "Ada orang jerit"kataku suaraku kendur sedikit.
"Aku tak dengar pon....perasaan kau je kot"kata Hazirah cuba menyedapkan hatiku. Aku mengangguk lalu masih ku genggam kuat pegangannya. Hazirah seperti mengetahui cuba untuk menghilangkan kerisauan dalam hatiku. Aku cuba senyum. Tapi jeritan itu masih aku dengar sehingga kan aku menutup telingaku. Hazirah yang perasan tindakanku pelik. "Aleya kau ok tak?"tanya Hazirah makin pelik. Ketika itu, bacaan yasin sudah selesai.
Aku cuba senyum tapi tak boleh. Aku mendiamkan diri. "Aleya"kata Hazirah risau melihatku kerana selalunya yang akan bising ialah aku. Tiba-tiba,
"Yang dekat atas ni...jangan nak memandai-mandai nak turun. Ini semua salah korang. Lain kali jaga sikit kebersihan tu. Sekarang ni,benda tu dah mengamuk...duduk diam2 atas ni. Yang ma'zurah duduk atas. Jangan nak menggatal nak turun" jerit akak senior. Aku terkejut sebegitu juga yang lain. Aku memandang Hazirah. "Wey, tadi aku dengar ada orang menjerit dekat bawah..kau rasa tu orang.."kataku terhenti apabila aku mendengar satu jeritan yang sangat kuat dari bawah.
Aku terpaku. Aku semakin takut. Perasaan takut yang tak pernah aku alami. "Ok..aleya. relaks. Kau boleh buat. Tenangkan diri kau. Ok"kata Hazirah apabila melihat muka ku sudah pucat lesi. "Macam mana ni? Aku tak pernah hadapi situasi ni. Selalunya, aku boleh solat"kataku semakin takut. Ye, sepanjang aku berada di sekolah ni...aku tak pernah lagi tak suci bila ada kes rasuk2 ni. So, ni first timelah aku kena.
"Alah,aleya. Kau boleh buat. Aku tahu. Kau kuat"kata Liyana. Sedikit sebanyak,ia sebenarnya membuatkan aku sedikit tenang. Tak lama kemudian,azan isyak berkumandang. Semakin kuat jeritan di bawah membuatkan aku semakin takut. Hazirah mengusap belakangku manakala Liyana mengenggam tanganku. Aku senyum.
HABIS AZAN BERKUMANDANG, senior menyuruh untuk solat berjemaah. Yang tidak boleh solat duduk di belakang. Aku bersama dengan Liyana duduk di belakang. Setelah hilang rasa takutku,aku kembali tersenyum. "Yana,aku dah okey sikit"kataku senyum. "Yelah tu, tadi aku tengok kau pucat semacam. Tak apa"kata Liyana memberi semangat. "Kalau ye pon, kau tak payah lah pegang tangan aku. Dah naik kebas dah ni"kata ku cuba buat lawak. Liyana menarik tangannya lalu mencubit pehaku. Aku ketawa.
SEMASA SOLAT, aku berborak dengan kawanku dan aku melihat budak yang sama sepertiku. Tidak boleh solat. Aku memandang seorang budak form 2 yang kelihatan seperti takut,geram,marah. Aku tak tahu nak describe macam mana reaksi dia tetapi dia sedar aku melihatnya. Dia memandangku lama lalu dia senyum. Aku terkejut. Selepas itu,dia menjerit dengan sekuat hati membuatkan kami (yang tidak boleh solat) terkejut.
Aku terpaku. Perasaan itu kembali semula tetapi ia semakin kuat. Aku terkejut kerana dia menjerit sambil memandangku. Liyana segera memegangn tanganku. "Kau okay kan?"tanya Liyana. Aku segera mengangguk. Budak form 2 itu kemudian dia menggeliat lalu menjerit banyak kali. Senior terus membawa budak tersebut turun. Senior yang lain pula mula menenangkan budak yang lain kerana disitu semuanya tidak suci.
Aku pula mendiamkan diri. Kawanku pula asyik melihat acara tersebut. Tak lama kemudian, beberapa budak mula menjerit membuatkan aku terkejut. Aku diam. Aku bangun lalu mula duduk di sudut dinding. Aku takut. Ketika itu,Liyana menole lalu dia melihatku sedang duduk di sudut dinding yang sangat gelap. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa selamat bila duduk di sudut itu.
"Aleya, apa pahal kau duduk dekat sudut tu?"kata Liyana lalu memanggilku. Aku bangun tetapi aku merasakan lututku goyah dan lemah. Aku memanndang ke arah budak2 tersebut dan major darinya sudah seperti bukan dirinya sendiri. Ketika itu aku mula terfikir, macam ni ke perasaan orang yang kena rasuk? Aku termangu sendirian.
![](https://img.wattpad.com/cover/224401952-288-k9382.jpg)
YOU ARE READING
Ghaib
TerrorPasti semua orang ada kisah yang menyeramkan dalam kehidupan..aku tak menafikan sebab aku pon mengalami situasi tersebut dan ia terjadi kepada diri aku sewaktu aku sekolah menengah. Peristiwa yang menimpa diri aku ni masih segar dalam otak aku keran...