06💭

248 50 3
                                    

•DAY 2•


Aku matikan jam lonceng yang berbunyi di telefon aku.

Aku bersihkan diri aku lalu keluar dari bilik itu.

Di bahagian ruang tamu masih kosong. Nampaknya diorang tak bangun lagi.

Baru sahaja aku ingin kembali masuk ke dalam bilik, aku terdengar bunyi mangkuk kaca berlaga. Bunyi itu datang dari dapur.

Aku menjenguk ke arah dapur dan kelihatan Omma Yunho sedang sibuk memasak.

Aku mendekatinya.

"Selamat pagi" tegurku.

"Oh! Yoojin-ah. Kamu dah bangun"
Wajah Omma Yunho berseri sebaik sahaja melihat aku.

"Omma nak Yoojin tolong?" Pelawaku sambil berdiri di sebelah Omma Yunho.

"Tak perlulah. Omma boleh buat sendiri" tolak Omma Yunho.

Rasa tidak sedap pulak biarkan mak mertua buat seorang diri. Ehek😋😅

"Kalau macam tu, biar Yoojin basuh pinggan mangkuk" kataku sambil sarungkan sarung tangan getah pink di kedua-dua tanganku.

"Apalah kamu ni. Kamukan tetamu kami. Kamu sepatutnya duduk je" kata Omma Yunho yang cuba halangku buat sesuatu.

"Tak apalah Omma. Yoojin tak ada benda lain yang nak dibuat" ujarku lalu mulakan sesi membasuhkan pinggang mangkuk.

"Baiklah kalau kamu cakap macam tu"

"Oh! Yoojin awak dekat sini rupanya. Patutlah saya cari awak dekat bilik, awak tak ada." Tegur Yunho yang baru bangun tidur.

"Amboi. Pantang berjauhan dengan Yoojin sekejap, dah ligat cari dia" sampuk Omma Yunho.

Yunho hanya tersengih.

Yunho berdiri di sebelah aku lalu tenung wajah aku.

Aduhai, apa yang dia buat nii. Suka sangat buat aku gemuruh.

Aku memandangnya apabila tidak tahan daripada terus tenung wajah aku.

Senyuman aku terus terukir di wajah aku sebaik sahaja melihat wajah Yunho.

"Macam mana malam tadi? Awak boleh tidur?" Soal Yunho prihatin.

"Saya tidur nyenyak sangat malam tadi." Beritahuku.

"Awak mimpikan saya tak malam tadi?" Soal Yunho yang mula ingin bermanja.

Aku tersenyum malu.

"Mestilah" jawabku.

"Jinjja?! Saya pun mimpi awak" kata Yunho yang teruja apabila kami berdua saling mimpi antara satu sama lain.

"Awak tak mandi lagi ke?" Soalku apabila melihat rambut Yunho tidak terurus.

"Nae" jawab Yunho manja.

"Eiii patutlah bau busuk je dari tadi. Rupanya datang dari awak. Pergilah mandi" Usikku.

"Tak nak mandiiii" Yunho memeluk aku dari belakang.

"Yah Omma awak tengoklah. Tak malu ke" kataku cuba lepaskan diri dari pelukkannya.

Yunho memandang Ommanya yang dari tadi memerhatinya.

"Amboiiii dah lupa Omma ada dekat sini ke?" Soal Omma Yunho cuba mengusik Yunho.

"Mianhae Omma. Yunho pergi mandi dulu" Yunho sempat mencubit pipiku lalu pergi mandi.

Omma Yunho hanya mengelengkan kepala melihat gelagat manja anaknya itu.

"Yunho memang macam tu. Dia kalau dengan orang yang dia rapat, mulalah perangai manja dia tu muncul. Tapi kalau dia dah serious, memang seram wajah dia" beritahu Omma Yunho.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham. Yunho memang tepat ciri idaman aku. Aku suka namja yang manja dan berperangai serious pada masa yang sama.

"Yoojin-ah. Cuba kamu rasa kimchi ni." Omma Yunho menyuapkan kimchi ke dalam mulutku.

"Macam mana? Okey tak?" Soal Omma Yunho.

"Woah! Sedap!" Kataku sambil menunjuk ibu jari.

"Baguslah. Takut juga omma kalau tak jadi" ujar Omma Yunho sambil masukkan kimchi ke dalam hidangannya.

"Ala..Omma kalau masak, mesti jadi punya" pujiku.

"Gomawo. Yoojin-ah, Omma berharap sangat kamu dapat jadi pasangan Yunho sehingga akhir hayat kamu berdua"

Tipulah kalau aku tak nak jadi pasangan Yunho hingga akhir hayat aku. Tapi itulah. Aku cuma ada masa 6 hari je lagi termasuk hari ini untuk jadi pasangan dia.

Sedihnya aku kalau benda ni tamat...😔








TBC

DREAM || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now