•DAY 6•
Aku merenung kad yang di beri oleh nenek yang aku jumpa tempoh hari.
Gambar Yunho yang ada di kad itu semakin menjadi pudar.
Sekarang aku cuma tinggal 2 hari je iaitu hari ni dan esok sebelum aku kembali kehidupan sebenar aku.
Sedih? Memang aku sedih. Siapa je yang tak sedih kan.
Aku terus simpan kad itu apabila Jeong Galhee iaitu Setiausaha Oppaku mengetuk pintu bilikku.
Dia masuk sambil bawa beberapa fail.
"Ada apa?" Soalku.
"Encik Kim suruh saya bagi fail ni pada Cik. Dia suruh Cik semak semua maklumat dalam ni lepas tu tanda tangan di setiap helaian." Beritahunya sambil menghukurkan fail-fail itu.
"Baiklah. Terima kasih"
"Saya keluar dulu ye Cik Kim" kata Galhee sambil menundukkan kepalanya.
"Nae"
Langkahnya terhenti apabila skrin telefon aku menyala.
Terpapar gambar Yunho yang menjadi wallpaper skrin telefon aku.
Galhee membeku.
"I-Itu..."
Aku memandangnya takut.
Dia dah tahu ke?
"Itu...Yu--"
"Galhee awak dengar tak tu? Oppa saya panggil awak tu. Awak pergilah cepat" kataku sambil menolaknya keluar dari bilikku.
"Ta-Tapi..."
"Tolomg kirim salam dengan Oppa saya tau. Bye!" Aku sempat melemparkan senyuman kepadanya sebelum menutup pintu bilikku.
Huuu...😥
•••
Aku melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Oppaku.
Aku duduk di kerusi yang berhadapan dengannya.
"Yoojin dah nak balik ke?" Soalnya yang ligat menaip sesuatu di laptopnya. Sibuk betul tu.
"Nae. Oppa tak balik ke?"
"Siap ni Oppa balik. Kalau balik awal pun, bukan ada sesiapa dekat rumah tu" ujar Youngkwang Oppa. Ada kesenduan di situ.
"Oppa baliklah rumah Yoojin." Cadangku.
"Tak naklah. Rumah Yoojin tak best"
Aku memandang Oppaku menyampah.
"Ouh ye. Gallery Yoojin dah siapkan?" Soalnya.
"Nae. Semuanya dah siap. Tinggal nak buka je. Yoojin ingatkan balik ni nak singgah tengok"
"Pembukaannya selasa ni kan. Jadi esok, esoknya lagilah kan"
"Nae. Lepas ni Yoojin tak payahlah kerja dengan Oppa lagi~" kataku teruja.
Kali ni Youngkwang Oppa pulak memandang aku menyampah.
"Dah lah Oppa. Yoojin pergi dulu. Annyeong!" Aku melabai tangan seperti Datin ke arah Oppaku.
Oppaku hanya layan karenah aku.
Hehehe Tarbaiklah Youngkwang Oppa👍.
•••
Aku melangkah keluar dari lif sebaik sahaja sampai di aras 1.
Aku memasang telinga aku pada 2 orang yeoja yang rancak berbual di kerusi yang disediakan untuk orang luar.
"Handsome gila namja tadi tu"
"Betul tu. Itu lelaki idaman akuuu~~"
"Kalau handsome macam tu, bukan setakat kau je, semua orang nak lelaki macam tu. Sampai sekarang aku tak boleh lupakan lelaki tu"
"Tapikan. Muka dia macam pernah aku tengoklah..."
Dahiku berkerut.
Lelaki mana pulak yang diorang sebut ni?
Lelaki handsome yang bekerja dekat sini cuma Youngkwang Oppa je.🤔
Ada pekerja baru ke?
Aku cuba lupakan semua itu lalu keluar dari bangunan besar ini untuk ke tempat letak kereta aku.
Langkahku terhenti.
Aku tergamam apabila melihat Yunho bersama dengan keretanya berada betul-betul di depan bangunan T&T Mobile ini.
Aku ulang semula. BETUL-BETUL di depan bangunan T&T Mobile!
Yunho menanggalkan(?) cermin mata hitam yang dipakainya.
Okey. Baru aku paham apa yang terjadi.
Lelaki yang disebut oleh 2 orang yeoja tadi ialah...
Yunho.
Aduhaiiiii. Budak Jeong ni tak takut ke kalau jadi perbualan mulut netizen?! Kalau cakap benda baik tak pe jugak. Orang zaman sekarang ni, suka sangat mengecam orang tak tentu pasal. Huu..😧
Aku berjalan mendekati Yunho yang menyandar di keretanya.
"Wahai Encik Jeon Yunho...Anda buat apa dekat sini?" Soalku sambil menyilangkan tangan aku.
"Tujuan saya datang di sini untuk berjumpa dengan Puteri saya" balasnya sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.
"Siapakah Puteri itu?"
"Yeoja yang ada di depan saya ni" beritahu Yunho sambil merenung anak mata aku.
Aku tersenyum malu.
"Dahlah. Cepat masuk kereta. Nanti orang lain nampak pulak" kataku sambil membuka pintu untuknya.
"Awak naik sekali lah. Kita pergi jalan-jalan" ajak Yunho.
"Tapi kereta saya?"
"Kereta awak tinggal dekat sini dulu. Nanti balik kita singgah sini ambil kereta awak"
"Hm. Okey"
TBC