•DAY 5•
Apabila pagi menjelang, seperti biasa aku mengorak langkah masuk ke dalam syarikat milik Oppaku.
"Selamat Pagi Cik Kim" sapa Choi Bona setiausaha aku.
"Selamat pagi" balasku seperti biasa.
"Cik Kim Jakkaman"
Baru saya aku ingin melangkah masuk ke dalam bilikku, Bona terlebih dahulu menahan aku.
"Kenapa?" Soalku.
"Saya cuma nak beritahu yang Encik Kim ada buat mesyuarat pada pukul 9 pagi nanti" beritahunya.
"Mesyuarat? Mesyuarat pasal apa?"
"Saya tak pastilah Cik Kim. Encik Kim tidak bagitahu tentang ni secara terperinci."
Aku memandang ke arah jam tanganku.
Lagi 15 minit jam akan menunjukkan pukul 9 pagi.
"Baiklah. Terima kasih sebab bagitahu saya" ucapku lalu masuk ke dalam bilikku.
Bona hanya balas dengan membongkokkan badannya.
Kenapa Oppa aku buat mesyuarat secara tiba-tiba?🤔
•••
Tepat pukul 9 pagi, aku dan Youngkwang Oppa sama-sama mengorak langkah ke bilik mesyuarat.
Aku menyiku lengan Oppaku yang berjalan di sebelah aku.
"Mesyuarat tentang apa Oppa?" Soalku ongin tahu.
"Adalah~" jawabnya sambil membutangkan kotnya itu.
Uwu segakkk
Sebaik sahaja kami berdua masuk ke dalam bilik mesyuarat itu, semua pekerja yang dijemput hadir di dalam mesyuarat itu menunduk ke arah kami.
Kami balas dengan anggukan kecil lalu duduk di tempat kami.
"Maafkan saya sebab buat mesyuarat secara tiba-tiba. Baiklah. Saya akan beritahu tujuan saya buat mesyuarat ini. Untuk pengetahuan kamu semua, keuntungan syarikat kita berjaya mencapai sasaran kita untuk tahu ini!" Ucap Youngkwang Oppa dengan semangat.
Sebaik sahaja mendengar berita gembira itu, semua orang yang berada di dalam bilik itu menepuk tangan meraikan usaha kerja keras mereka selama ini.
"Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan menaikkan 2% gaji kamu semua" ucap Youngkwang Oppa lagi.
Mereka semua sekali lagi menepuk tangan. Tapi kali ini lebih kuat dari sebelum ini. Dapat naik gaji nak dikatakan.
"Memandangkan kita berjaya capai keuntungan kita, saya akan mengadakan majlis makan pada HARI INI JUGA!" Sambung Youngkwang Oppa.
Mereka semua terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Youngkwang Oppa.
Bukan diorang je, aku yang duduk sebelah dia juga terkejut.
"Majlis itu saya akan buat di Treasure 5 Star Hotel dan bermula pada pukul 8 malam. Jadi hari ni kamu semua boleh balik awal"
Kata-kata Youngkwang Oppa itu membuatkan semua orang menyorak kegembiraan.
Youngkwang Oppa tersenyum melihat riaksi mereka.
"Baiklah. Kamu semua boleh bersurai"
"TERIMA KASIH ENCIK KIM!" Ucap mereka serentak.
Youngkwang Oppa hanya balas dengan anggukan kecil.
Selepas mereka semua keluar, aku mencuit bahunya.
"Tarbaiklah Oppa" pujiku.
Youngkwang Oppa hanya tergelak kecil.
"Ouh ye. Ajaklah Yunho sekali malam ni"
"Yunho? Boleh je. Tapi...kalau orang cam dia macam mana?"
"Pandai-pandailah Yoojin selesaikan. HAHAHA"
Aku memandang geram ke arah Oppaku yang berjalan keluar dari bilik mesyuarat itu.
•••
🏠🏠🏠
Aku mengerut dahiku apabila ternampak kasut lelaki sebaik sahaja aku membuka pintu rumah aku.
Ada pencuri masuk rumah aku ke?
Tapi...kalau pencuri...sopan betul sampai buka kasut. Biasanya pencuri terus masuk je.
Aku mengigit bibir bawahku lalu masuk ke dalam rumah aku dengan berhati-hati.
Baru sahaja aku ingin melihat bilikku, tiba-tiba ada seseorang memeluk aku dari belakang.
"Yah! Le--"
"Shhhh... ini sayalah. Jeong Yunho"
"Yun-Yunho?"
Aku melihat tangan yang sedang melilit di pinggang aku.
Memang tangan Yunho lah!
Aku memandang ke bahu kanan aku cuba memandang Yunho yang meletakkan kepalanya di bahu aku.
Aku mengeluh kecil.
"Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak datang ke rumah saya?" Soalku sambil mengusap kepalanya yang melengokkan di bahu aku.
"Saya nak buat kejutan untuk awak. Awak tahu tak, saya rindu awak sangat-sangat" katanya sambil memeluk aku erat.
"Saya pun"
Aku leraikan pelukan itu lalu pusing memandangnya.
"Malam ni, syarikat saya ada buat majlis makan. Oppa saya jemput awak datang" beritahuku sambil memegang tangannya.
"Majlis makan? Wow! Bestnya. Saya okey je"
"Tapi...macam mana orang cam awak?"
Yunho mengeluh kecil lalu memikirkannya.
"Emm...cakap jelah kita couple" cadang Yunho dengan beraninya.
"Mana boleh. Saya tak nak rosakkan reputasi awak."
"Awak tak perlu risaulah. Orang tak akan cam sayalah"
"Hm. Okey. Saya percayakan awak"
Yunho melemparkan senyuman lalu memeluk aku.
TBC