08💭

243 51 7
                                    

•DAY 3•

Aku menyarungkan kot berwarna merah ditubuhku.

Aku mengambil beg tangan aku lalu keluar dari bilik aku.

Aku mendekati Yunho yang sedang tidur di Sofa.

Aku mengusap kepalanya untuk kali pertama.

Woah aku rasa akulah ATINY paling bertuah di dunia ini. Aku tidak akan lupakan moment ini.

Aku tersentak sedikit apabila Yunho tiba-tiba pegang tangan aku yang sedang mengusap kepalanya.

Matanya dicelik lalu merenung wajah aku.

"Awak dah nak pergi kerja?" Soalnya sedih.

"Nae. Saya dah buatkan sarapan untuk awak. Nanti awak makanlah" kataku.

Yunho mencium tangan aku.

"Awak nak saya hantar?" Pelawa Yunho.

"Tak apalah. Saya pergi sendiri. Nantikan awak kena bersiap awal. Malam ni kan awak ada showcase" tolakku.

Yunho menganggukan kecil kepalanya.

"Saya pergi dulu ye." Kataku sambil melepaskan tangan aku dari pegangan Yunho dengan lembut.

Baru sahaja aku ingin pergi, Yunho tiba-tiba menarik tangan aku segingga aku jatuh di atasnya yang sedang baring di atas sofa.

Dia memeluk aku erat.

Walaupun aku masih terkejut dengan kelakuannya yang terlampau sweet + manja itu, aku biarkan dia memeluk aku.

"Hati-hati bawa kereta ke tempat kerja tu" nasihat Yunho yang akhirnya lepaskan aku.

"Nae. Arraseo"

Aku berjalan keluar dari rumahku. Yunho pula mengikuti aku dari belakang sehingga ke kereta aku.

Aku masuk ke dalam kereta aku. Aku buka tingkap kereta aku.

Yunho merendahkan tubuhnya bagi melaraskan wajah kami berdua.

"Jangan lupakan saya tau" ujar Yunho yang masih enggan melepaskan aku pergi kerja.

"Nae. Saya tak akan lupakan awak. Awak seorang je lelaki yang saya sayang selain Oppa dan Appa saya" kataku sambil mengusap wajahnya.

Yunho tersenyum gembira. Dia sempat mencium pipi aku sebelum menjarakkan dirinya dari kereta aku.

Aduhaiii dia tak habis-habis buatkan aku meroyan😍

•••

Aku masuk ke dalam Syarikat T&T Mobile iaitu tempat aku kerja dan juga syarikat milik Oppa aku dengan wajah yang ceria.

Dalam otak aku sekarang ni cuma ada Yunho. Yunho, Yunho dan Yunho. Batu sahaja 20 minit aku berpisah dengan Yunho, aku sudah tidak sabar unuk jumpa Yunho lagi.

Sekarang aku cuma ada 4 hari lagi. Aku tidak sepatutnya membazirkan peluang yang ada. Bukan peluang yang biasa-biasa tapi peluang yang sangat berharga terutamanya buat semua peminat.

Pasti peminat lain juga ingin dapatkan peluang yang berharga ini.

Tok! Tok!

Pandangan aku teralih ke arah pintu bilik pejabat aku.

Jeong Galhee iaitu setiausaha Oppa aku masuk ke dalam bilikku.

"Ada apa?" Soalku mesra.

Galhee memandang aku pelik. Dia betulkan kedudukan cermin matanya.

"Encik Kim suruh saya beri ni pada Cik Kim" kata Galhee sambil hulurkan fail kepadaku.

"Apa ni?" Aku menyelak helaian demi helain kertas yang ada di dalam fail itu.

"Malam ni Cik ada mesyuarat dengan company Cinema Park. Jadi Cik perlu bincang semua perkara yang ada di dalam fail itu dengan Company Cinema Park" beritahu Galhee dengan lancarnya.

Aku mengeluh berat. Tiada lagi wajah manis di wajahku.

Malam ni aku baru rancang nak pergi ke showcase ATEEZ.

"Oppa saya ada dekat bilik dia tak?" Soalku pada Galhee.

"Ada" beritahu Galhee.

Aku bangun lalu pergi ke bilik Oppaku sambil bawa fail itu.

Galhee hanya mengikut aku dari belakang.

Aku masuk ke dalam bilik pejabatnya lalu letak fail itu di atas mejanya.

"Oppaaaaaa" Aku mula buat muka sedih.

"Kenapa ni?" Soal Oppaku kebingungan.

Aku menunding jari ke arah fail itu.

"Kenapa? Keterangan dalam fail ni tak bagus ke?"

"Bukan"

"Habia tu?"

"Yoojin tak nak pergi mesyuarat malam ni" beritahuku.

"Kenapa pulak?"

"Emm..Yoojin...ada hal malam ni"

"Hal? Ouh okey. Ini mesti nak keluar date dengan Yunho kan"

"Sekejap! Oppa tahu Yoojin jadi yeochin Yunho ke?!" Soalku terkejut.

"Apa yang tak tahunya. Korangkan dah lama bercinta" kata Oppaku yang pelik melihat kelakuan aku.

Okey. Aku rasa Oppa aku pun terjebak dengan dunia ni. Baguslah kalau macam tu.

"Malam ni...Yunho ada showcase. Jadi...Yoojin nak pergi showcase tu" beritahuku sambil bermain-main jari aku.

Youngkwang Oppa menyandarkan dirinya di kerusi lalu menyilangkan kakinya.

Dia merenung aku lama.

"Okey. Oppa akan ganti Yoojin untuk mesyuarat malam ni. Tapi! Ada satu syarat"

"Apa syaratnya?"

"Oppa nak berkerjasama dengan Yoojin lepas Gallery Yoojin siap. Boleh?"

Aku tersenyum.

"Boleh je."








TBC


DREAM || Yunho ATEEZWhere stories live. Discover now