OPENING SONG
" Dia ok sahaja Nong'Win, cuma dia ada masalah kemurungan". Kata dr kepada win." Kiranya dia ok sahajalah kan Dr. Takde ada masalah serius? " soal win kepada Dr tersebut
" Tiada masalah serius, Cuma dia perlu jaga kesihatan mental dan fizikal dia. Ohya lagi satu pastikan dia makan ubat seperti yang ditulis dekat ubat itu " jawab Dr itu lagi
" Macam mana dia boleh ada kemurungan Dr? " tanya win lagi
" Itu mungkin dari sejarah kehidupan dia yang kita tidak ketahui. Saya pun tidak tahu lebih lanjut, sebab dia sudah ada mengalami simtom-simtom ni agak lama. "
" Bermaksud, Dia sudah mempunyai kemurungan ni agak lama begitulah "
" Iya. " ujar Dr itu lagi
Aku hanya duduk diam mendengar perbualan win dengan dr tersebut, kerna satu patah perkaatan pun aku tidak paham apa yang mereka bincangkan.
Setelah mengambil ubat dari bahagian farmasi. Aku rasa sedikit ok. Cuma pada waktu itu aku masih dalam mood kesedihan, dan tidak bermaya untuk bercakap lagi. Kami pun beransur pulang kerumah.
" Awak nak makan apa-apa tak?? " Soal win ke Rrak.
Aku hanya menangguk tidak tanpa berkata apa-apa.
Win pun hanya berkata ok dan terus kembali pulang. Sesampai sahaja aku terus masuk kebilik, merebahkan badan ku di katil cuba menyendiri melihat siling yang agak tinggi itu.
" awak tak boleh macam ini rrak. " kata win sejurus masuk bilik rrak. Tapi Rrak terus diam membisu.
" Kalau awak ada masalah, awak patut cerita. Tak boleh pendam dalam hati. Saya ada sini membantu awak selagin benda itu saya boleh tolong " ujar win lagi sambil duduk di sebelah rrak
" Aku tahu win, cuma iyalah. Aku belum lagi rasa sungguh selesa cerita masalah saya dengan awak walaupun aku peminat no.1 awak " Ujar rrak kepada win, sambil melihat terus ke muka win
" Hmmm, Ok lah kalau macam tu. TAPI INGAT, jangan lupa makan ubat awak tu. " kata win sambil mengusap rambutku dan dia berlalu pergi.
XXXXXXXXXXXXX
Aku terbangun dan melihat jam digital dekat meja tidurku , waktu itu sudah jam 1 pagi dan perut aku berbunyi. Aku sungguh lapar kerana seharian tidak makan. Hm aku nak makan apa dekat sini? Semua mesti sudah tidur.
Aku pun pergi ke bilik mick mengharapkan dia masih bangun tapi sejurus aku membuka pintu biliknya mick sedang tidur dengan lena. Hmm aku hampa dan lapar.
Kebetulan waktu Win keluar dari biliknya dan dia belum tidur lagi pada waktu sebegini. Dia melihat aku yang sedang berdiri didepan pintu bilik Mick.
" Rrak, awak buat apa kat depan bilik Mick?? " Soal win yang hanya berboxer hitam.
" Uish, Terkejut aku win, Aku lapar, ingatkan mick masih bangun. Tapi ternyata dia sudah tidur " jawab rrak kepada win, sambil anak mata rrak melihat body win yang mengiurkan.
" Oh yeke, Meh lah kita keluar makan. Kalau awak nak? " jawab Win
" Eh taknaklah win, menyusahkan awak pula "

YOU ARE READING
2gether The Series : Is This Love?
Short StoryTHIS IS ONLY A FAN FICTION! THIS IS A MALAY VERSION AND WILL UPDATE ON ENGLISH VERSION LATER ON. Seorang peminat cerita Boys Lovs Rrak yang berumur 20 tahun sedang melanjutkan pelajarannya di Seoul International University di Korea Selatan. Sebagai...