Bab 1

3K 99 13
                                    

Badan sasa yang penuh dengan tatoo dibadannya membuatkan semua yang ada disitu pandang akan dirinya. Muka itu penuh dingin tanpa senyuman yang ada pada raut wajah itu. Beku tanpa secalit senyuman.

Dia dimasukkan ke dalam penjara disebabkan seseorang dan dia akan pastikan semua itu akan dibalas nanti. Dia takkan sesekali melepaskan musuhnya itu. Musuh yang mencari hal dengannya.

Semua banduan disitu tahu bahawa dialah mafia yang paling digeruni dan ditakuti. Semua kes membunuh dan kes yang kejam melibatkan nyawa diambil olehnya tanpa segan silu menunjuk pada masyarakat. Bahkan dia turut rasa itulah hobinya, iaitu membunuh!

Setiap derapan kakinya itu membawa satu aura menakutkan dan mendebarkan pada sesiapa saja. Dialah yang bernama Aiden tetapi diberi gelaran Xander.

Senyuman sinis lelaki itu membawa maksud yang tersirat, hanya dia yang tahu maksud itu.

Ketika dia melalui setiap bilik penjara disitu, pasti mereka semua akan pandang takut akan dirinya.

Walaupun begitu, lelaki itu tidak ambil peduli akan ketakutan yang terpancar dimata mereka padanya. Baginya itu perkara biasa yang sudah dia tidak mahu ambil peduli.

Dia sudah bosan dengan mata ketakutan itu. Hanya satu yang dia mahu. Kebebasan! Kebebasan untuk keadilan dirinya. Keadilan agar dendamnya dapat dilunaskan secepat yang mungkin.

Dia akan membalas semula apa yang lelaki tua itu lakukan padanya. Disebabkan lelaki itu, dia dipenjarakan.

Hanya kerana lelaki itu. Seorang lelaki tua yang sudah pencen dalam ketua polis. Dia pasti takkan sesekali lepaskan lelaki tua itu. Tak akan!

Lelaki itu ditolak masuk ke dalam penjara dengan kasar. Xander sudah tersenyum sinis di situ.

Setiap jari jemari itu dikira menunggu masa dan saat yang dia nantikan. Saat yang dia tunggu-tunggu.

" One... Two... Three!

Terus bunyi letupan bom kedengaran hampir dengannya. Lelaki itu menepuk perlahan tangannya yang masih bergari itu.

Apa yang dirancang akhirnya menjadi jua. Dia menyepak kuat pagar besi itu sehingga terhantuk kuat polis itu pada besi. Jatuh saja polis itu dibawah, terus kakinya pantas dibawa melarikan diri.

" fermati là! " (berhenti disitu) "

Polis mengacu pistol pada Xander tetapi apabila picu itu ditarik, tiada peluru yang keluar.

" Ho preso il tuo proiettile " (saya mendapat peluru awak) kata Xander pada polis itu.

Tangan yang bergari itu ditunjukkan peluru yang dipegang.

Dari mula dia dimasukkan ke penjara dia sudah merancang semuanya. Dia sudah mengambil senyap-senyap peluru itu.

Bom juga sudah dikawal elok oleh anak buahnya diatas dada langit sana. Senyuman sinis tersungging dibibir itu.

Xander pantas melarikan diri ke arah yang bertentangan dengan polis yang mengejarnya itu tetapi sayang apabila dia tersekat ditengah-tengah.

Semua polis sudah siap sedia mengepungnya disetiap penjuru dengan pistol ditangan.

Tidak juga tangannya diangkat tinggi. Hanya mempamerkan muka yang malas dan lirikan bosan pada setiap anggota polis yang ada disitu.

Xander menjongketkan bahunya. Tak kesah pun bila polis buat macam tu padanya. Malah dia lagi suka akan permainan yang dicipta oleh sekumpulan polis itu.

" Adesso! "(sekarang!)  ayat itu disebut kuat.

Seperti yang dijangka, terus Xander menunduk ke bawah dan pantas tembakan bertubi-tubi kena dibelakang semua polis yang mengepungnya itu.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Where stories live. Discover now