Bab 3

2.2K 83 24
                                    

Perlahan-lahan, kelopak mata dibuka. Kepalaku terasa pening-pening lalat. Aku menggeleng cuba menafikan rasa sakit yang menyengat. Berdenyut-denyut rasanya.

Bunyi pintu ditutup membuatku berpaling pantas ke arah pintu itu. Figura lelaki tampan yang sedang bersandar elok pada dinding terpapar pada deria penglihatanku.

Kelopak mata sekejap terkatup,  buka dan tutup. Aku cuba untuk bangun namun lututku terlalu lemah. Gagal menampung tubuh sendiri, aku jatuh terduduk.

" Non puoi ancora camminare. faresti meglio a sederti per primo." (kau belum boleh berjalan. lebih baik kau duduk dulu.)

Terkebil-kebil anak mata Aina cuba memahami apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Bahasa apa tu? Tamil ke?

Aiden menjeling tidak suka. Langkah dibawa menghampiri Aina. Aina cuba bangun dari duduk tapi badannya melurut jatuh bawah lantai untuk kali kedua.

Dia dibangunkan dan dipapah oleh lelaki yang tidak diketahui nama itu. Nak tepis tapi takut dia jatuh pula nanti. Biarlah, darurat!

" Thank you. "

Aiden hanya mengangguk kecil dengan muka bekunya itu. Tiada langsung senyuman pada wajah itu. Lelaki itu juga seperti tak banyak bicara dengannya.

Ucapan itu sememangnya tidak bermakna baginya, kerana dia tidak suka dengar perkataan itu. Baginya, perkataan itu seperti mengejeknya.

Aina bingung!

Sebenarnya dia masih tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya sekarang ini. Dirasakan terlalu lemah.

Matanya juga mahu tidur saja. Sepertinya ada sesuatu ubat yang diberikan padanya membuatkan dia jadi begitu lemah sekarang ini.

Aiden tersenyum sinis. Bila perempuan itu kelihatan bingung, Sememangnya dia telah memberi perempuan itu suntikan yang boleh melemahkan badan perempuan itu. Kerana itu yang dia rancang!

Aina pandang sekeliling, Ini bukan biliknya tetapi dia berada dimana sekarang ini?

Lantas dibiarkan saja akan tanda tanya itu apabila pening pada kepalanya semakin terasa.

" Awak.. saya ada dekat mana sekarang ni? " tanya Aina dengan muka bingung sambil itu dahinya diurut perlahan.

" La mia casa " (Rumah aku) cepat lelaki itu menjawab.

Rasa tersangat lemah membuatkannya rasa ingin baring dan rehat saja. Biar jelah bahasa apa yang lelaki tu nak cakap, nanti-nantilah dia cari dalam google translate. Sekarang ini dia mahu rehatkan kepalanya dulu.

" Awak... saya tumpang rehat kejap ya? Saya rasa penatlah " sambung Aina dengan mata yang terpejam rapat. Mata dia kini kian layu.

Terus dihempas badannya diatas katil. Macam rumah sendiri dah lagaknya! Tidak hiraukan dah siapa punya katil, dia rembat!

Kerutan dahi yang timbul pada raut wajah itu menandakan perempuan itu betul-betul berada dalam keadaan yang tidak baik. Mungkin sedang menahan sakit akan sesuatu.

Aiden pandang pelik kearah perempuan itu. Nampak sangat muka tak terkejut yang tergambar pada raut wajah perempuan itu. Aik? Tak takut pulak dekat dia?

" va bene se vivi a casa mia?" (Tak apa ke kau tinggal dirumah aku?) tanya Aiden dengan tangannya sedia menggaru kepala sendiri.

Tak faham apa yang perempuan itu cuba lakukan. Baring macam tu je? Tak tahu ke perempuan itu bahawa dia seorang penjahat? Pembunuh pulak tu!

Dia pulak yang jadi pening disebabkan perempuan ini. Kalau macam ni, dia pun nak ikut sama baringlah!

Aiden membaringkan tubuhnya atas katil. Dia mengiring tepat ke arah Aina.

Masih ada jarak diantara mereka berdua. Seperti ada bantal peluk ditengah-tengah antara mereka berdua tetapi tiada pun.

Semua celoteh yang keluar dari bibir itu didengari dengan penuh minat.

Dia tak pernah ada rasa minat pada perempuan, tetapi kenapa dengan perempuan ini dia boleh jadi lain? Dia sendiri tidak memahami akan apa yang terjadi pada diri sendiri.

" Tak apa... Nanti saya dah okay. Saya balik ya? " jawab Aina dengan suara yang tak berapa nak keluar.

Bibir lelaki itu yang cuba mengeluarkan kata terus dicantas oleh Aina. Jari kanan digoyang ke kiri dan ke kanan.

" Jangan cakap bahasa tamil awak tu. Saya tak faham! Alih bahasa melayu sekarang. " kata Aina pada Aiden.

Dia buat lelaki itu macam televisyen pula boleh alih-alih macam tu je. Ceh!

" Boleh pulak macam tu? " gumam lelaki itu perlahan. Mata itu tepat pandang mata yang terpejam itu.

Aina terangguk-angguk kepalanya. Boleh! Kalau dengan dia semua boleh. Cuma jangan guna bahasa tamil. Dia tak faham!

Bila dia rasa tak selesa, terus dia meringkuk tubuhnya untuk tidur dengan selesa, seperti budak kecil. Comel saja!

Tanpa sedar, ada senyuman yang terkutik pada bibir yang tak pernah dihiasi dengan senyuman itu.

Lesung dipipit yang ada pada pipi lelaki itu juga kian menampak. Pelik bila bahasa itali yang dia guna dikatakan bahasa tamil. Rasa lucu nak gelak je!

" Kau tahu tak aku siapa " tanya Aiden pada Aina.

Mulut yang biasanya diam membisu kini makin bersuara dengan soalan yang cuba ditanya pada Aina.

" Hmm "

Kedengaran guaman perempuan itu perlahan menyahut apa yang dibicarakan.

" Tak tau... malas nak tau " perlahan saja suara itu kedengaran.

Sekali dengar memang suara macam budak-budak. Memang comel bila dengar elok-elok!

" Aku Penjahat tau. Kau tak takut? " Aiden tanya lagi.

Aiden buat muka serius dengan mata yang makin mengecil. Geram je tengok perempuan depan dia ni. Ada je yang buat dia rasa pening nak hambur marah.

Aina mencelikkan sedikit matanya. Hidung dikembangkan. Muka pula acah-acah takut dipamerkan. Dirasakan macam lelaki itu cuba buat lawak padanya. Penjahat? Mana ada penjahat yang muka tampan macam lelaki ini. Mengarutlah!

" Huuuu... saya takut! "

Aina membuat muka takut tetapi tidak lama dia ketawa sendiri dengan kelakuannya itu. Gila betullah!

Aiden pandang lama perempuan dihadapannya itu. Terlalu naif dan kebudak-budakan. Bila dia pandang lama raut wajah cantik itu membuahkan rasa getar pada hatinya yang makin berkompang dipalu menjalar rasa di sanubari.

Tidak lama, bunyi dengkuran halus menyapa deria pendengaran Aiden. Tiada lagi bunyi ketawa dari bibir perempuan itu.

Aiden senyum sikit. Tak percaya bila dia boleh mengukirkan senyuman hanya kerana perempuan itu, sedangkan dia tidak pernah lagi mengukirkan senyuman pada sesiapa.

Mata itu juga sudah terpejam rapat. Sudah masuk alam mimpi agaknya sehingga bibir perempuan itu senyum sendiri ketika tidur. Mata lelaki itu setia pandang perempuan itu.

Tidak berkelip sehingga mata lelaki itu lama kelamaan kian layu. Mata itu sudah tertutup dengan sendirinya. Entah bila alam mimpi menjengah.

Yang peliknya, apabila tidur mereka itu ada jarak ditengah-tengah antara mereka berdua. Nampak kelakar tetapi itulah yang sebenarnya.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Where stories live. Discover now