Bab 4

2.1K 82 15
                                    

Aina bangun dari tidurnya. Dia menggeliat halus. Rambutnya yang berserabai disikat menggunakan tangannya. Dia turun dari atas katil untuk keluar dari bilik.

Terhenti langkah perempuan itu apabila dia menyedari akan sesuatu. Timbul kerutan pada dahi. Macam ada tak kena je dengan bilik dia ini. Mata meliar pandang sekeliling dan baru dia dapat tangkap, bahawa dia bukan ada dalam bilik sendiri.

" Dekat mana ni?" gumam Aina perlahan.

Bunyi pintu dikuak membuatkan Aina mengundur ke belakang pada setiap langkahnya. Dia rasa takut dengan lelaki muka beku itu kerana lelaki itu kian merapatinya walaupun sudah kebelakang langkah yang dia ambil.

" A-awak siapa."

Dan baru sekarang dia sedar yang baju tidur yang dia pakai begitu menjolok mata dengan kepalanya yang tidak tersarung apa-apa tudung.

Katil ditujui, lantas Aina mengambil kasar selimut diatas katil lalu ditutup seluruh badan dan juga rambutnya.

Dia duduk diatas katil dengan berbungkuskan selimut diseluruh badannya tetapi Aina rasa geram dan nak marah bila rambut panjangnya itu tetap nampak. Rasa menyesal pulak ada rambut panjang, inilah padahnya!

Rasa panas ditubir mata bila lelaki itu sudah nampak semuanya. Mahkota yang dia jaga untuk sang suami dan dia lelaki pertama yang melihatnya. Ya allah...

Manik-manik halus kini berjurai menuruni lekuk pipinya yang mulus. Dia buntu, apa yang patut dia lakukan sekarang ini?

Aiden tersenyum sinis. Entah kenapa dia suka benar lihat airmata perempuan itu turun. Ada rasa puas di situ. Walaupun dia tak tahu apa sebab perempuan itu menangis.

" Perché stai piangendo?" (Kenapa kau menangis?)

Timbul kerutan pada dahi Aina untuk mencerna apa yang lelaki dihadapannya ini cuba sampaikan padanya. Bahasa apa tu? Tamil ke? Ke Bangladesh?

" Awak cakap apa ni?"

Airmata yang turun tadi dikesat perlahan. Rambut yang terjuntai cuba disorokkan sebaik mungkin.

Aiden menepuk dahi sendiri. Lupa bahawa perempuan ini tidak faham bahasa itali yang dia gunakan. Kening yang tidak gatal digaru, spontan ketika dia sedang bingung akan sesuatu.

" Why are you crying?"

Lagi berkerut dahi Aina dengan bahasa kali kedua yang digunakan oleh lelaki itu. Apa benda bahasa ni? Bahasa zaman purba ke? Ke zaman mesopotamia? Nak kain? Lelaki ni nak kain ke?

" Awak cakap apa ni? Saya tak faham. Awak nak kain ke? " Soal Aina pada lelaki itu. Dengar macam lelaki tu nak kain tadi. Kain untuk apa?

Aiden tarik nafas dan hembus. Api yang membahang makin mengeleggak cuba dihilangkan tetapi sukar sekali bila apa yang dikatakan perempuan itu buat dia rasa nak cekik saja perempuan itu.

" Awak orang mesir purba ke? Ke mesopotamia? Macam mana awak boleh turun Malaysia ni? " tanya Aina selamba badak.

" You want me to kill you? Huh?" suara tertahan dari marah kedengaran.

Rahang perempuan itu dicengkam erat sehingga air mata itu turun untuk kali kedua. Mata itu juga berkaca membiaskan rasa takut.

Rasa suka pula bila anak mata perempuan itu membiaskan ketakutan padanya. Tiada rasa bosan yang selama ini Aiden rasa, malah perasaan puas makin terasa didada.

" Jangan sentuh saya, saya tak suka! " tegas suara Aina memarahi lelaki itu.

" I don't care! "

" Boleh tak awak jangan cakap bahasa mesir purba? Kalau nak cakap bahasa mesir purba, pergi jauh sana! " halau Aina dengan suara yang separuh berani.

Mencerlung mata Aiden dengan apa yang dikatakan perempuan itu. Makin boleh jadi gila kalau dia layan. Pistol yang ada dalam poket diambil lalu diacu tepat pada dahi perempuan itu.

Terpinga-pinga Aiden bila perempuan itu siap sentuh lagi pistol yang dia pegang itu dengan sengihan dibibir. Perempuan ni tak kenal jugak ke pistol?

" Wow! Awak ada pistol... Nak main."

Pantas pistol bertukar tangan apabila perempuan itu sesuka hati merampas pistol miliknya. Nampak begitu teruja mata itu pandang pistol, macam budak-budak yang dapat mainan.

" Cantiknya... " gumam Aina perlahan.

Diacu pistol pada lelaki dihadapannya itu, tidak pula lelaki itu takut malah hanya dijongketkan saja kedua kening itu. Tak takut!

" Pecum! Pecum! " suara kebudak-budakan itu bergema.

Dalam keterujaan itu, tanpa sedar picu itu ditarik oleh Aina. Tepat kena pada tingkap jendela sehingga pecah kerana tembakan itu. Nasib baik lelaki itu sempat mengelak, jika tidak memang sudah kena kepalanya.

" What are you trying to do hah?!"

Api kemarahan makin mendapat tempat dengan rasa panas yang makin menggelegak. Dirampas kasar pistol yang ada ditangan perempuan itu lalu diacu tepat pada muka perempuan itu.

" Ti ucciderò." (aku akan bunuh kau.)

Picu ditarik perlahan tetapi pantas sasarannya tidak mengena pada perempuan itu malah kena pada dinding kerana tepisan kasar daripada seseorang yang baru masuk ke dalam bilik itu.

"Cosa stai cercando di fare? Devi uccidere questa ragazza? Questa ragazza è innocente in questa faccenda! " (Apa yang kau cuba lakukan? Adakah kau perlu membunuh gadis ini? Gadis ini tidak bersalah dalam perkara ini!)

Leo terus menolak perlahan dada Aiden supaya menjauh perempuan yang kelihatan naif itu. Nampak dengan jelas airmata perempuan itu sudah mengalir laju dengan esakan yang makin kuat kedengaran. Mungkin takut bila Aiden cuba membunuhnya.

" Voglio ucciderlo Leo, qualunque cosa accada voglio ucciderlo!" (aku mahu membunuhnya Leo, apa sahaja yang berlaku aku mahu membunuhnya!)

" Ma è innocente in questa materia!" (tetapi dia tidak bersalah dalam hal ini!)

" Cukup!!!"

Jeritan kuat dari perempuan itu menghentikan topik perbualan antara mereka berdua.

Aina mengurut perlahan dahinya. Sakit juga bila cuba nak translate apa yang lelaki berdua ni cakap. Bahasa apa yang diorang cakap ni?

" Boleh tak kalau korang berdua ni cakap bahasa melayu je? Saya bukan google translate yang boleh tahu bahasa yang korang dua gunakan. " kata Aina pada Aiden dan juga Leo.

Dia tak sukakan bahasa yang digunakan oleh mereka berdua. Rasa nak pecah kepala bila dia cuba faham tapi sia-sia bila dia tak faham satu habuk pun dari ayat yang digunakan mereka berdua.

Leo dan Aiden saling berpandangan. Bukan mereka tak faham maksud yang disampaikan oleh Aina tapi dia rasa pelik bila perempuan itu nampak begitu serabut dan marah. Mungkin sebab tak faham apa yang mereka berdua bincangkan.

Leo ketawa kecil manakala Aiden pula hanya pamer raut wajah beku. Tiada gelak yang keluar dari bibir itu. Tiada perasaan agaknya lelaki ini. Huh!

" Xander, aku rasa kau kena cakap melayu. Kasihan aku tengok dia."

Leo menunding jari pada Aina. Dia nak gelak kuat tapi nanti lagilah malu perempuan itu. Kasihan pulak nanti. Bukan dia sengaja nak cakap Italy cuma mama dan papa mereka berdua memang diajar untuk selalu guna bahasa ibunda mereka.

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Where stories live. Discover now