Bab 7

2.2K 74 24
                                    

Tepukan lembut pada belakang badannya membuatkan Aina menguap perlahan. Mata beberapa kali sudah mengerdip menahan rasa kantuk yang kunjung tiba.

Aiden senyum sikit. Mata yang kian layu itu dipandang. Boleh nampak Aina sudah beberapa kali menguap hanya kerana tepukan lembutnya itu.

" Do you want to go home?" tanya Aiden pada Aina

Aina membesarkan mata yang makin mengecil itu. Entah berapa kali dah lelaki itu cakap bahasa Mesir purba dengannya, dia pun tak tahu dah nak jawab apa dekat lelaki itu.

" Hom ke hon? Hon kereta ke? " tanya Aina dengan sisa mengantuknya. Digenyeh mata yang serasa gatal tiba-tiba.

Aiden pandang tajam Aina yang ada dipelukannya. Tak lama memang perempuan ini kena jugak tembak dengan dia nanti sebab hilang sabar.

" Nak balik?" tanya Aiden lagi dengan suara menahan geram.

Kali ini dia bertanya pada Aina dalam bahasa melayu. Takut kalau dia guna bahasa lain, perempuan itu akan menyebut perkataan yang lain daripada apa yang dia cakap.

" Nak-nak" jawab Aina perlahan.

Tangan kanan Aiden mengangkat kedua kaki Aina manakala tangan kiri berada pada kepala perempuan itu. Mengubah posisi Aina yang berdiri kepada posisi berbaring dalam pelukannya dan dengan manja kepala Aina melentok elok disebalik dada bidang Aiden.

Boleh nampak lelaki itu senyum cantik bila Aina buat macam tu. Aiden menggeleng perlahan. Menghilangkan rasa suka yang bertandang dalam hatinya.

Langkah dihayun keluar dari bilik. Pintu dikuak perlahan. Muka serius mata-mata yang memandangnya tidak dihiraukan.

Timbul kerutan pada dahi anak buah Aiden bila mata mereka menangkap seorang perempuan cantik yang mereka tidak kenali itu ada didalam cempungan Aiden.

Bila mata-mata itu leka pandang Aina membuatkan Aiden berdehem kuat. Entah kenapa rasa tak suka dengan pandangan anak buahnya pada Aina.

"Do..."

Tercantas perbicaraan Aiden bila Aina bermain-main disekitar raut wajahnya dengan gelak perlahan. Timbul kerutan pada dahi Aiden. Bukan tadi budak ni dah tidur ke?

" Do re mi fa so la ti dooo" perlahan Aina menyanyi dengan mimik muka bersungguh sekali.

Gelak perlahan keluar dari bibir perempuan itu, apabila menyudahkan sebutan perkataan itu semua. Bila Aiden sebut 'Do' terus dia ingat yang Aiden akan nyanyi macam dia.

Mata-mata yang pandang Aina sudah merah muka cuba menahan diri daripada terhambur ketawa. Walaupun perlahan saja setiap bait yang didengari tetapi sempat telinga mereka mendengarnya.

Bila mata tajam helang Aiden bertaut dengan semua anak buahnya, terus terdiam dan tertunduk kepala mereka dari pandang Aina. Ada juga yang menggaru kepala sendiri kerana takut dimarahi Aiden.

Aiden dengan segera, menghayun laju kakinya keluar dari tempat misteri yang ada diceruk hutan di mana terletaknya tempat persembunyian mereka.

Bila tangan Aina tak habis-habis bermain di mukanya, terus jari itu digigit kuat. Tiada bunyi mengaduh dari bibir perempuan itu. Malah siap diletak balik jari-jemari pada wajahnya. Aiden mendengus kasar.

" Awak kacak." gumam Aina perlahan sebelum jarinya jatuh daripada bermain di wajah Aiden.

Aiden pandang Aina lama. Langkah masih diteruskan dengan mata setia pandang ke arah magnet yang telah menarik perhatiannya itu sejak tiga tahun dahulu kala.

Magnet yang selalu buat dia tenang bila dekat dengan perempuan itu. Raut wajah cantik yang selalu hadir dalam mimpinya. Rasa yang selalu hadir tetapi tak tahu apa?

Hak Milik Tuan Aiden (HMTA) [ EBOOK ]Where stories live. Discover now