Macam ni la pakaian pelajar perempuan. Lelaki beza dia pakai seluar.👆
...........
Vote and comment ♥️
Nayeon melangkah ke pejabat untuk uruskan urusan pendaftarannya . Masalahnya dia tak tahu pejabat kat mana. Jadi dia pun sesat. 😅
Tiba-tiba ada orang yang menegurnya dari arah belakang.
"Awak..." Tegur seorang gadis yang berkulit cerah dan rambutnya diikat tocang dua.
"Ya" Balas Nayeon lalu mengalihkan pandangan ke arah orang yang menegurnya.
"Pelajar baru eh? Tak pernah nampak pun. Awak cari pejabat ke?" Kata gadis tersebut.
"Ya, saya pelajar baru. Nama saya Im Nayeon. Boleh tunjukkan saya arah ke pejabat?" Pinta Nayeon.
"Boleh je. Nama saya Kim Yerin . Panggil Yerin je. Mari saya tunjuk awak arah ke pejabat" Kata Yerin berjalan ke arah pejabat diikuti oleh Nayeon di belakangnya.
Setelah sampai di pejabat , Nayeon mengucapkan terima kasih lalu masuk ke dalam pejabat. Yerin berlalu ke kelasnya.
"Kamu mesti pelajar baru itu kan? Kalau tak silap saya nama kamu Im Nayeon?" Tanya setiausaha yang berada di pintu hadapan pejabat.
"Ya , saya Nayeon." Balas Nayeon.
"Baiklah , Mari saya tunjukkan kelas kamu. Ni jadual kelas ." Kata setiausaha tersebut lalu membawa Nayeon ke kelasnya.
Setiausaha itu mengetuk pintu kelasnya . Nayeon memandang pintu kelas yang tertulis 4 Emerald.
"Maaf ,mengganggu. Puan Lee ini ada murid baru ." Kata setiausaha itu.
"Oh, terima kasih Cik Son . Mari perkenalkan diri kamu"Kata Puan Lee setelah mempersilakan pelajar itu masuk . Cik Son pula berlalu ke pejabat semula.
"Annyeonghasaeyo , Nama saya Im Nayeon. Boleh panggil Nayeon. Saya berasal dari Busan. Harap semua boleh beri tunjuk ajar." Kata Nayeon setelah menarik nafas akibat gugup.
"Waa... kita bertambah lagi sorang ahli nerd di kelas ini." Kata seorang pelajar lelaki.
"Jeon Jungkook, jaga percakapan kamu." Kata Puan Lee dengan nada yang dingin sedikit.
"Tapi dia comel ." Balas Taehyung.
"Mesti tidak tahu bergaya ." Kata seorang gadis yang berambut kuning .
"Sudah semestinya ." Kata rakan disebelah gadis tadi.
"Sudah, Kim Jisoo dan Kim Lisa. Nayeon kamu boleh duduk di sebelah Yerin . Mari sambung pelajaran tadi ."
Kata Puan Lee.Nayeon segera ke tempatnya setelah terlihat Yerin menggangkat tangannya.
"Nampaknya kita bertemu lagi. Macam jodoh pula." Kata Yerin sambil tersenyum.
"Mungkin akan jadi kawan baik." Balas Nayeon sambil tersenyum menampakkan giginya.
"Kyeopta ." Kata Yerin lalu mencubit pipi Nayeon.
Nayeon hanya mengaduh sakit dalam hati sambil tersenyum.
357 patah perkataan...
Bersambung.....
YOU ARE READING
B1:My School Life ✅
Novela JuvenilMy school life ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Im Nayeon.Dia gadis yang comel dan suka membaca buku. Dia berkawan rapat dengan Twice . Tapi suatu hari dia terpaksa pindah ke Seoul.Dia akan berpindah ke sekolah kakaknya dan mahu ide...