Vote and comment ♥️
Sejak semua pelajar tahu yang Nayeon anak kepada Tuan Im , mereka mula ingin berkawan dengannya. Nayeon buat tak layan sebab dia tahu mereka hanya mahukan hartanya sahaja .
Sewaktu pulang sekolah selepas kejadian tempoh hari , Nayeon tidak mempedulikan Appa , Oppa dan Unnienya . Semua disebabkan oleh siapa diri dia terbongkar . Bukan dia marah pada mereka , dia cuma terkilan mereka tidak memberitahunya dahulu sebelum membuat pengumuman tersebut.
Sedang asyik Nayeon mengelamun datang seseorang menegurnya.
"Nayeon.... saya nak cakap sesuatu boleh?" Pinta Lisa dengan nada simpati dan disebelahnya ada Jisoo sekali.
Nayeon memandang lama wajah Lisa dan Jisoo sebelum berkata .
"Jom ikut aku" Kata Nayeon dan berlalu pergi.
Lisa dan Jisoo segera mengikuti Nayeon yang sudah jauh dari mereka.
Pada masa yang sama Jungkook yang terlihat Nayeon melintasi di hadapannya tanpa sebarang riak mula mengikuti setelah Lisa dan Jisoo berlalu .
Di rooftop .
Suasana sunyi sepi tanpa sebarang bunyi . Lisa mahupun Jisoo diam berkutik . Nayeon hanya diam menunggu bicara mereka.
Tak lama kemudian Jisoo mula bersuara.
"Tolong maafkan kami . Kami tahu kami dah melampau pada awak . Kami memang salah dan tak patut buat macam tu pada awak hanya disebabkan rupa ." Luah Jisoo.
"Jadi...please Nayeon...kami betul-betul bersalah . Please forgive us . Saya janji akan berubah dan lupakan Jungkook . Yeah , saya tahu saya hanya syok sendiri . Jungkook tak pernah cintakan saya . Saya sanggup buat apa-apa je yang awak minta Nayeon." Sambung Lisa pula .
Nayeon hanya tersenyum hambar mendengar bicara Lisa dan Jisoo.
Lisa dan Jisoo yang melihat senyuman hambar Nayeon mula berasa sedih dan kesal atas perbuatan mereka pada gadis bergigi arnab itu.
Tak lama kemudian Nayeon mula berkata sesuatu dengan nada dingin.
"Okay , kalau korang nak aku maafkan . First , ubah penampilan korang . Aku tak suka tengok pakaian menjolok mata . Sakit mata aku. Korang miskin sangat ke ? Tak apa aku tolong belikan ." Kata Nayeon sinis.
Tersentap Lisa dan Jisoo mendengarnya tetapi mereka hanya mengganggukan kepala.
"Second ,please jaga perangai korang . Jangan nak buli orang lagi . Kalau aku dapat tahu . Siap korang." Sambung Nayeon lagi.
Jisoo dan Lisa pula tersenyum hambar sebagai balasan . Diorang sedar perangai diorang keterlaluan.
"And last aku nak kawan dengan korang" Kata Nayeon sambil mula tersenyum kecil.
Jisoo dan Lisa yang melihat senyuman Nayeon dan mendengar kata tersebut mula mengalirkan air mata . Diorang tak sangka begitu mudah Nayeon maafkan diorang .
Nayeon yang melihat reaksi kedua-duanya mula memeluk mereka berdua .
"Dah la jangan nangis . Saya dah maafkan korang . Saya bukan jenis yang pendendam ." Pujuk Nayeon dan panggilan dia pun sudah bertukar dari aku ke saya .
"Thanks Nayeon aah~" Pelukan Nayeon dibalas oleh mereka.
Tanpa mereka sedari Jungkook memerhati mereka dengan senyuman kecil melihat gelagat mereka.
'Aku tak salah pilih' Bisik Jungkook lalu berlalu pergi dari situ.
...........................
Keesokkannya Nayeon diajak oleh Gfriend untuk berkelah di sungai Han . Dia juga semakin rapat dengan Gfriend dan gembira apabila Yuju dan ShinB tidak lagi dingin kepadanya.
Nayeon bersetuju kerana sudah lama dia tidak keluar bersama-sama kawan . Teringat pula dia pada Twice . Keletah Twice yang selalu mencuit hatinya . Walaupun dia tidak berada bersama Twice tetapi dia sentiasa video call dengan Twice . Twice juga berjanji ingin melawat Nayeon pada cuti sekolah nanti .Nampak tak betapa rapatnya mereka.
Sedang seronok Nayeon mengelamun ada seseorang menegurnya .
"Nayeon ,kita dah sampai . Jom turun ." Kata Yerin .
Nayeon turun dari kereta dan mula mengikuti langkah Yerin .
Tiba-tiba Yerin menyuruhnya menutup mata . Dia hanya menurut kerana bingung .Apabila berhenti berjalan , Yerin membuka penutup matanya .
Nayeon terkejut melihat kesemua ahli Gfriend menyanyi lagu Rough dan menari .
Yuju mula mendekatinya dan memberi sebuah kad yang tertulis 'Mianheiyo ,Yeon aah~'.
Ahli yang lain pula memberi sekuntum mawar . Nayeon terharu dengan kejutan mereka ditambah hiasan yang begitu cantik .
ShinB menghampiri Nayeon lalu berkata .
"Maafkan saya atas perbuatan 5 tahun yang lalu ..Yeon aah~" Luah ShinB lalu menitiskan air mata dan melutut pada Nayeon .
Nayeon terkejut dengan perlakuan ShinB mula mencangkung menghadap ShinB.
"Saya tak marah dan dendam dengan awak ,B. Saya maafkan awak ." Kata Nayeon dengan senyuman.
ShinB yang melihat senyuman Nayeon memeluk Nayeon . Nayeon hanya membalas pelukan ShinB.
Ahli Gfriend yang lain gembira akan pengakhiran Nayeon dan ShinB yang akhirnya menjadi rapat .Mereka pun menikmati masa berkelah mereka dengan gembira dan gelak tawa.
...............................
Hari ini memenatkan bagi Nayeon kerana sekolah mereka adakan acara sukan tahunan sekolah .
Kenapa penat? Semuanya sebab orang yang masuk acara berlari 100m, 200m dan 4×100m semua hilang kemana bagi rumah sukannya . Terpaksa la dia ganti . Nasib la kat sekolah lama dia memang atlet lumba lari . Jadi tak ada masalah dia nak ganti .
Satu lagi masalah adalah dia sama rumah sukan dengan Jungkook. 😕 Bukan apa Jungkook tak habis dari tadi perhatikan dia membuatkan dia rasa tak selesa.
Akhirnya acara lumba lari dah tamat dan Nayeon adalah Johan bagi kategori perempuan manakala kategori lelaki adalah Jungkook .
Cikgu Kim aka guru rumah sukan mereka iaitu Diamond memanggil Jungkook dan Nayeon . Mereka menghampiri Cikgu Kim.
"Okay ,Jungkook berdiri sebelah Nayeon " Arah Cikgu Kim. Apalagi Jungkook pun berdiri sebelah Nayeon .
'Asal Nay kau gugup ... relaks ' Bisik Nayeon .
Semasa gambar hendak diambil Jungkook meletakkan tangannya pada Nayeon . Nayeon terkejut tetapi cuba mengawal riaknya .
"Cantik gambar kamu berdua macam pasangan kekasih pulak cikgu tengok dengan masing-masing ada gigi arnab " Puji Cikgu Kim pada Nayeon dan Jungkook.
"Suatu hari nanti cikgu ... Hemm nak gambar boleh?" Pinta Jungkook .
Cikgu Kim memberi gambar pada Jungkook sebanyak empat keping .
"Anggap la ni hadiah cikgu pada kamu berdua . Tak perlu bayar ." Kata Cikgu Kim lalu berlalu pergi .
Jungkook memberi Nayeon gambar tersebut sebanyak dua keping .
"Apa maksud awak suatu hari nanti ?" Soal Nayeon pada Jungkook.
'Kau milik aku' Bisik Jungkook pada telinga Nayeon lalu berlalu pergi .
Terkaku Nayeon di situ .
Bersambung......
920 patah perkataan...
Paling panjang setakat ni ..
Sorry kalau tak best 😆
YOU ARE READING
B1:My School Life ✅
Novela JuvenilMy school life ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Im Nayeon.Dia gadis yang comel dan suka membaca buku. Dia berkawan rapat dengan Twice . Tapi suatu hari dia terpaksa pindah ke Seoul.Dia akan berpindah ke sekolah kakaknya dan mahu ide...