ℕ𝕒𝕪𝕖𝕠𝕟 𝕕𝕒𝕟 𝕛𝕦𝕟𝕘𝕜𝕠𝕠𝕜 ( ℕ𝕒𝕪𝕜𝕠𝕠𝕜 )
Vote and comment ♥️
First sorry kalau ada bahasa kasar .
Sorry lambat update . Bab Ni paling panjang. Hehehe 😁😆
Hari ini merupakan hari pertama Nayeon di Jyp highschool. ( Siapa ingat ni sekolah siapa?)
Nayeon berasa gementar . Kerana dia berada di sekolah yang tak dikenalinya. Entah kenapa sejak dia sedar dari koma dia berasa tak selamat dan sentiasa dalam ketakutan . Bila Nayeon tanya Puan Im . Puan Im hanya jawab perasaannya saja.
Nayeon melangkah kaki ke pejabat dan mendaftarkan dirinya. Kemudian dia dibawa oleh kerani ke kelasnya.
Apabila tiba di kelasnya , kerani tersebut tersenyum sebelum meninggalkannya. Nayeon terpinga-pinga sehinggalah suara seseorang menegurnya.
"Kau buat apa kat belakang pintu ni? Jadi tunggul ." Kata pelajar lelaki tersebut dengan nada datar lalu masuk ke kelas setelah mengetuk pintu.
Nayeon terpaku melihat ketampanan pelajar lelaki itu ditambah dengan wajah bekunya.
'Hensemnya...' Desis Nayeon .
Nayeon yang tersedar segera berdiri di hadapan kelas lalu mengetuk pintu.
Tok...Tok...Tok..
Mata guru dan semua pelajar di kelas itu menoleh ke arahnya membuatkan Nayeon semakin gugup.
"Kamu mesti Nayeon kan?" Tanya Guru tersebut atau Mr Nam.
Nayeon hanya mengganggukan kepala.
"Bisu ke ? Tak boleh nak balas ." Perli pelajar lelaki yang tegur Nayeon di hadapan kelas tadi .
"Jeon Jungkook . Jaga percakapan kamu. Saya tahu kamu cuma belajar setahun di sini tapi sila hormat saya. Nayeon sini . Perkenalkan diri kamu." Pinta Mr Nam pada Nayeon sambil mata menatap tajam pada Jungkook. Jungkook hanya membuat muka tak tahu sahaja.
Nayeon segera ke hadapan kelas lalu berkata.
"Annyeonghasaeyo , saya Im Nayeon . Saya dari Seoul . Boleh panggil saya Nayeon." Kata Nayeon sambil menayangkan senyuman manis.
"Kyeopta" Jerit pelajar lelaki kecuali Jungkook. Jungkook hanya membuat muka menyampah. Dia meletakkan tangan di kerusi sebelah seorang perempuan yang berambut perang dan panjangnya hingga ke pinggang.
Pelajar perempuan ada yang tersenyum , ada yang membuat muka meluat dan ada yang tak peduli.
Nayeon memandang ke arah Jungkook dan tertanya-tanya gadis di sebelah lelaki itu.
"Sudah , Nayeon boleh duduk di belakang Jihyo dan Jeongyeon." Kata Mr Nam.
Jihyo mengangkat tangannya dan Nayeon duduk di tempatnya .
Mereka pun belajar seperti biasa.
Skip...
Dah seminggu Nayeon sekolah di sini tetapi tiada seorang pun mahu kawan dengannya. Nayeon sedih bila teringat satu peristiwa semalam.
Semalam dia menjumpai Jungkook untuk berkenalan dengan lelaki itu. Tetapi lelaki itu berkata sesuatu yang menyakitkan hatinya.
"Jungkook !! Boleh saya berkenalan dengan kamu?" Tanya Nayeon sambil membuat muka comel.
Jungkook yang melihat hanya tersenyum sinis lalu.
"Budak macam kau ni nak kawan dengan aku memang tak la aku nak terima" Kata Jungkook sinis lalu menghampiri perempuan yang sama di kelas tadi.
Nayeon hanya memerhati Jungkook dan perempuan itu berlalu pergi.
Nayeon tersedar dari lamunannya apabila ada seorang perempuan bername tag Yuna mengheretnya ke tandas. Nayeon sempat melihat nama pelajar tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
B1:My School Life ✅
Teen FictionMy school life ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Im Nayeon.Dia gadis yang comel dan suka membaca buku. Dia berkawan rapat dengan Twice . Tapi suatu hari dia terpaksa pindah ke Seoul.Dia akan berpindah ke sekolah kakaknya dan mahu ide...
