Vote and comment ♥️
Sepulangnya Nayeon dari sekolah , Nayeon terus ke biliknya . Puan Im pelik melihat anaknya yang pulang awal . Jam ditilik baru pukul 11 pagi . Setahunya Nayeon pulang pukul 2 petang nanti.
Mesti ada yang tidak kena dengan anaknya yang bongsu ini. Puan Im melangkah ke bilik Nayeon.
"Nay...ada masalah ke ?" Tanya Puan Im setelah tiada sahutan oleh Nayeon lalu duduk di tepi katil. Dia lihat Nayeon tekap muka pada bantal.
"Hmmm..."
Puan Im mengeluh dengan sikap anaknya. Dia tahu sangat dengan perangai anak dia yang bongsu ni. Kalau ada masalah suka pendam sorang-sorang . Katanya boleh settle sendiri. Tapi dia percaya yang anak dia boleh selesai masalahnya cuma tu la suaminya dan dua anaknya yang lain protective sangat dengan Nayeon.
Sampai satu tahap diorang tak kasi Nayeon keluar rumah . Tu yang sejak pindah Busan Nayeon ceria je .Yelah tiada orang sekat mana dia nak pergi . Lagipun Puan Im tak kisah Nayeon pergi mana asalkan bukan tempat yang tidak baik. Dia percaya yang Nayeon takkan buat perkara tu .
Lagi satu Puan Im seorang je tahu yang ingatan Nayeon dah kembali sejak 4 tahun lalu . Cuma Nayeon minta dia rahsiakan. Sejak tu juga Nayeon belajar seni pertahankan diri hanya dia dan Twice je tahu.
Twice memang kawan yang baik kepada Nayeon . Waktu kat Busan dulu dia dapat tahu Nayeon hampir jadi mangsa buli tu pun nasib baik Jeongyeon dan Jihyo datang . Dan akhirnya mereka berkenalan dan Jihyo perkenalkan Twice pada Nayeon.
"Nay.. ada orang kacau kamu kan .Tu yang kamu tak ada mood ni . Betulkan cakap Omma" Kata Puan Im dengan nada lembut.
Nayeon yang mendengar kata-kata dari ommanya segera mendongakkan kepala lalu memeluk ommanya.
Puan Im terpaku melihat mata anaknya yang basah dengan air mata . Tak silap dia dah lama Nayeon tak menangis macam ni . Tak silap dia kali terakhir Nayeon menangis adalah 4 tahun lepas. Tu pun sebab perasaan dia dipermainkan oleh seseorang. Dia tak tahu siapa namja yang dah curi hati anaknya yang dia tahu sampai 2 bulan juga Nayeon jadi normal balik dengan bantuan Twice .
Nayeon mendongakkan kepalanya lalu mencium tangan ommanya.
"Maafkan ...Nay sebab selalu buat omma risau. Nay dah penat nak sabar dengan orang yang pandang rendah dengan Nay dalam masa yang sama hati Nay terluka lagi... Kalau nanti Nay malukan Omma ...Omma tak malukan ada anak macam Nay.. Nay lemah ..tak macam Rose unnie dan Jaebum oppa ." Luah Nayeon.
"Omma tak malu dapat anak macam Nay sebab Nay sanggup ketepikan darjat walaupun Nay kena buli . Omma bangga dengan Nay .Nay dah banyak berubah . Nay dah ada seni bela diri dan Nay juga ketua pelajar kat sana . Nay juga dah ingat segalanya .Cuma..." Balas Puan Im tenang.
"Cuma apa Omma? Nay ni penakut kan ?" Sambung Nayeon.
"Bukanla... Nay kata Nay terluka lagi means namja yang sama lukakan hati Nay ke ?" Tanya Puan Im.
Nayeon hanya diam memandang ke bawah . Tak lama selepas itu dia menganggukkan kepalanya. Terdengarlah keluhan Puan Im.
"Mianhei omma... Nay tak boleh lupakan cinta pertama Nay" Balas Nayeon lalu kembali menangis. Ya dia lemah kalau berkaitan dengan lelaki itu.
Puan Im hanya mampu mengusap belakang anaknya.
Tanpa Puan Im dan Nayeon sedari Jaebum mendengar segalanya. Kebetulan dia mahu mengambil barangnya yang tertinggal dan lalu di hadapan bilik adiknya yang bersebelahan biliknya. Jadi dia terdengar semua yang dibual oleh omma dan adiknya.
'Mianhei Nay' Bisik hati kecil Jaebum.
............................................................
Sementara di kelas.
"ShinB ...." Panggil Yuju.
ShinB tidak membalas panggilan Yuju malah mengelamun. Tak lama kemudian dia pandang ke arah Yuju yang sudah menayangkan wajah cemberut.
"Eh , kau dah kenapa?" Soal ShinB.
"Kau la aku panggil tak sahut ." Balas Yuju.
"Sorry la, aku tak sedar .. Aku minta maaf. Nanti aku belanja kau aiskrim" Pujuk ShinB.
Yuju hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan mata bersinar ✨.
"Ingatan kau dah pulih kan sebab tu sejak dua menjak ni kau asyik termenung . Aku tahu kau rasa bersalah kat Nayeon but jangan la sampai termenung je . Baik kau buat plan macam nak buatkan Nayeon maafkan kau . Aku pun bersalah jugak sebab dingin dengan dia." Kata Yuju.
ShinB yang mendengar kata-kata dari Yuju hanya menyetujui kata-kata Yuju dengan tersenyum lebar . Ya dia tak sabar nak minta maaf pada Nayeon .
Bersambung......
685 patah perkataan ...
Comment tau 🌺🌸🏵️🌻
YOU ARE READING
B1:My School Life ✅
Teen FictionMy school life ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Im Nayeon.Dia gadis yang comel dan suka membaca buku. Dia berkawan rapat dengan Twice . Tapi suatu hari dia terpaksa pindah ke Seoul.Dia akan berpindah ke sekolah kakaknya dan mahu ide...