My school life ni mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Im Nayeon.Dia gadis yang comel dan suka membaca buku.
Dia berkawan rapat dengan Twice . Tapi suatu hari dia terpaksa pindah ke Seoul.Dia akan berpindah ke sekolah kakaknya dan mahu ide...
Tu bukan pengakhirannya . Ni baru pengakhirannya. Hehehe jahat kan author 😉😉😉 sorry la guys 🥺
........................
Sudah 7 tahun berlalu ... Jungkook masih tidak tahu Nayeon menghilanhkan diri ke mana selepas majlis perpisahan atau parti perpisahan itu.
Sudah banyak kali dia bertanya Rose di mana keberadaan Nayeon tapi Rose hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Kata Rose hanya Puan Im sahaja yang tahu.
Jungkook sekarang sudah mengambil alih syarikat ayahnya iaitu Jeon Entertainment ( syarikat uruskan artis )
Menyesal pulak dia pergi melamar Nayeon waktu tu.
Jungkook mengeluh...Jimin dan Taehyung yang duduk di hadapan Jungkook tahu sangat apa yang Jungkook fikir. Mesti pasal Nayeon . Mereka datang nak bincang pasal projek tapi tertangguh jugak sebab Jungkook . Hailah bila la kawan mereka ni nak sedar yang Nayeon tolak lamaran dia .
Taehyung dan Jimin malas dah nak nasihatkan Jungkook . Kalau diorang nasihat ada je jawapannya. Contoh macam sekarang.
"Penat la aku tengok kau . Bunga bukan sekuntum . Pergi la cari lain" Kata Taehyung .
"Masalahnya tak sama . Walaupun dia second love aku tapi dia terakhir bagi aku . Lagipun cuba kau bayang Rose tu tinggalkan kau . Kau sanggup ke lupakan dia. Lepas tu cari perempuan lain. Tak mungkin kau buat .Jadi macam tu la aku ." Luah Jungkook yang membuatkan Taehyung terdiam . Tersentap dirinya mendengar ayat Jungkook. Tu la kalau nasihat Jungkook ni terkena balik kat batang hidung sendiri .
"Dah la tu aku balik la pejabat dulu" Kata Taehyung lalu beredar dari situ .
"Habis la kau maknae . Taehyung dah merajuk . Pandai la kau pujuk . Aku pun nak balik pejabat . Aku pergi dulu. Pasal mensyuarat ni biar aku je urus kau dan Taehyung tengok la apa-apa nak tambah" Kata Jimin lalu menepuk bahunya. Jimin segera ke pejabatnya.
Jungkook yang melihat kedua-dua sahabatnya berlalu pergi hanya mengeluh.
'Haih...apa aku dah buat ni ? Bila kau nak muncul Nay...' Bicara Jungkook di dalam hatinya.
............................
Di Incheon Airport. Jihyo berjalan dengan laju tetapi agak kelam kabut untuk menjemput seseorang. Setelah tiba di balai ketibaan , matanya terpandang seorang gadis yang menuju ke arahnya dengan senyuman . Jihyo membalas senyuman gadis itu .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Nayeon!! Lama betul kau kat Jepun. Macam kat sini tak ada universiti pulak ." Kata Jihyo sambil memeluk Nayeon dengan erat . Yelah 6 tahun dah Nayeon tak balik Korea . Jihyo teringat 7 tahun lepas Nayeon berada di hadapan pintu dalam keadaan basah kuyup kerana hujan.
~ Flashback 7 tahun lepas ~
Nayeon berlari keluar dari dewan dengan linangan air mata. Dia bukan tak nak terima Jungkook tapi dia takut hati dia terluka lagi .