"Azra!" Jerit Armel. Torchlight disuluh ke sekeliling kawasan hutan tu mencari kelibat Azra. Dia retrace laluan yang mereka lalu semasa lakukan aktiviti night walking tadi.
"Azra! Mana kau?!" Jerit Armel lagi. Dia melilau sekeliling kawasan hutan yang gelap itu.
Adalah perasaan cuak tu bila sorang diri dalam hutan yang gelap ni tapi perasaan risau terhadap Azra tu lebih tinggi dari rasa takut tu.
"Azra Delisha!" Jerit Armel lagi. Ligat matanya mencari kelibat Azra dalam kegelapan malam tu. Makin jauh dia masuk dalam hutan itu.
Armel bersandar pada batang pokok itu melepaskan penat.
Hylophobia. Itu yang dihadapi Azra.
Armel meraup wajahnya. Sepatutnya dia berjalan bersama Azra tadi.
"Bodoh kau Armel! Patutnya kau ingat benda ni dari awallah!" Gumam Armel memarahi diri sendiri.
Dua minit dia lepaskan penat, dia teruskan berjalan. Tak sampai sepuluh tapak dia berjalan, dia ternampak satu susuk tubuh yang terbaring lemah atas tanah itu.
Azra.
Pantas Armel menerpa ke arah Azra. Kepala Azra dipangku atas ribanya.
"Az. Azra! Azra!" Armel menepuk-nepuk pipi Azra. Muka Azra pucat sangat. Macam tak ada darah mengalir.
"Azra Delisha!" Panggil Armel lagi. Bahu Azra pula digoncang kasar.
Perlahan-lahan Azra membuka matanya. Dia pandang wajah cemas Armel.
"Alhamdulillah. Kau dah sedar." Ucap Armel. Azra bangun dari riba Armel. Kepalanya yang rasa berpusing dipegang.
"Armel." Azra peluk badan Armel erat. Dia dah menangis. "Aku takut. Dekat sini gelap dan sunyi." Tutur Azra perlahan dalam dia teresak menangis. Armel mengusap belakang Azra untuk menenangkan Azra.
"Aku ada ni dengan kau. Kau dah okey, tak yah takut. Relaks. Aku ada." Pujuk Armel. Bermusuh setara mana pun, Azra tetap sepupu dia.
Armel leraikan pelukan Azra. " Kau okey tak ni? Ada cedera mana-mana? Boleh berjalan tak?" Tanya Armel. Azra mengangguk kepala.
Armel berdiri. "Cuba bangun." Arah Armel. Azra bangun dan cuba berdiri dengan betul tapi tak boleh. Dia hampir rebah semula tapi sempat disambut Armel.
"Ankle aku sakit." Adu Azra.
"Tak apa. Aku papah kau. Kita jalan slow-slow." Kata Armel. Azra hanya mengangguk. Lengan kiri Azra diletak atas lehernya. Tangan kanan Armel merangkul pinggang Azra.
Mereka tiba di dataran semula setelah setengah jam berjalan meredah hutan.
Sampai dia dataran, terus Armel membawa Azra ke khemah rawatan. Azra dibaringkan atas katil itu.
"Azra, Armel." Panggil Cikgu Malik dan Puan Hanim. Armel berpaling.
Cikgu Malik dan Puan Hanim mendekati mereka. "Azra, kamu okey?" Tanya Puan Hanim. Azra hanya mengangguk kepala lemah.
"Armel, kamu keluar dan balik ke khemah sekarang. Biarkan kak fasi yang uruskan Azra." Arah Puan Hanim. Armel angguk. Dia pandang Azra.
"Aku keluar dulu. Anything just let me know." Kata Armel. Azra hanya mengangguk.
Armel berlalu keluar dan diikuti Cikgu Malik.
"Armel, saya nak cakap sikit." Kata Cikgu Malik serius. Armel telan air liur kelat. Mesti kena ceramah sebab buat tindakan melulu ni.
YOU ARE READING
HEARTMATE
Teen FictionARMEL RAISYA, gadis kacukan malay-british yang cantik. Dengan anak mata kelabu pasti ramai jejaka yang tergugat. Dua tahun dia ke Itali mengikut keluarganya. Pada umur dia 17 tahun, dia kembali semula ke Malaysia dan bersekolah semula dia sekolah...