Empat orang gadis melangkah masuk ke dalam cafeteria sekolah itu. Langkah laju diatur ke kaunter makanan.
Mata-mata semua menumpukan ke arah empat gadis itu. Ada yang terbeliak mata, ada yang dah ternganga ada juga yang menjeling.
"Wey, Armel dah balik!"
"Seems like Fiorella will be more powerful dekat sekolah ni!"
"Wow, Armel makin cantik siot. No, tapi diorang semua makin cantik. Now wonder they are Fiorella."
"Fiorella akan jadi lebih famous lagi lepas ni."
"Hah, minah acah bagus tu dah balik semula? What the hell?"
Armel hanya menjeling para pelajar yang sibuk bercakap tentang mereka. Seketika dia hembus nafas panjang.
"Tak sangka title Fiorella tu melekat dekat kita sampai sekarang." Keluh Armel.
"Entah, aku ingat masa kau pergi Itali dulu, title tu dah boleh masuk laut, rupanya tak. Sampai sekarang melekat. Junior form 1 pun ikut sama panggil kita orang dengan title Fiorella tu. Huh...redha jelah." Kata Daren selamba. Tangan dilipat ke dada.
"Aku malas nak cari hal lah dekat-dekat Spm ni. Lagi-lagi minah empat ekor tu. Tu je." Luah Armel. Tangan meraup wajahnya.
"Ah tak yah layan sangat kepala weng diorang empat ketul tu. Masa kau tak ada dua tahun tu, kitaorang dah brainwash habis-habis. Diorang pun dah insaf. Sikit jelah. Tak tahulah bila kau balik sini semula diorang cari hal macam dulu balik ke tidak." Sarah pula melontarkan kata-katanya.
"Relaks je Mel. Tak yah layan sangatlah dengan minah acah diva tu. Fokus pada Spm je." Kata Arisa pula. Armel mengeluh perlahan.
Mereka berempat bergerak ke mja kosong untuk menikmati makanan mereka.
Dengan aman? No no no! Of course not.
Tiba-tiba entah dari lubang cacing mana datang empat orang jejaka dengan muka masing-masing mintak terajang mengganggu keamanan meja empat gadis itu(Fiorella).
Hael duduk di sebelah kiri Arisa manakala Izz duduk di sebelah kanan Sarah. Daniel pula di sebelah kanan Armel manakala Farhan di sebelah kiri Daren.
Senang cerita, empat gadis tu dihimpit oleh empat jejaka itu.
"What the heck duduk sini tanpa diundang?" Tanya Arisa bengang. Mata dia tajam pandang Hael di sebelahnya.
"Relakslah. Nak borak-borak ngan korang je." Balas Hael selamba. Matanya jatuh pada Armel yang duduk menghadap mereka berempat.
"Hai Armel! Welcome back." Tegur Izz dengan senyuman manisnya. Armel hanya tayang wajah datar. Tak ada langsung excited.
"Ah kau Armel. Dari dulu sampai sekarang heartless. Nak ngorat pun malas." Ujar Izz dengan mulut tercebik. Armel guling mata ke atas.
"Macam aku hamak sangat nak kau ngorat aku." Tutur Armel selamba sebelum dia pandang pada makaroni gorengnya. Makan lebih bagus daripada layan kepala masuk air empat lelaki tu.
"Garangnya. Dari pagi tadi lagi garang tak sudah. Bendera merah ke?" Usik Daniel. Terus Armel toleh pandang dia dengan pandangan yang tajam.
"Auch! Pandanganmu menusuk ke kalbuku." Kata Daniel sambil pegang dada kirinya.
Pak!
"Sakit oii!" Bentak Daniel apabila Armel menampar belakang kepalanya kuat. Dia jeling Armel yang tayang riak wajah innocent.
"Sorry, dari tadi gatal tangan nak hempuk kau. Dah hilang dah kemaruk aku." Selamba Armel menutur sebelum menyambung aktiviti makan dia.
Fiorella yang lain dah tergelak melihat wajah tak puas hati Daniel.
YOU ARE READING
HEARTMATE
Ficção AdolescenteARMEL RAISYA, gadis kacukan malay-british yang cantik. Dengan anak mata kelabu pasti ramai jejaka yang tergugat. Dua tahun dia ke Itali mengikut keluarganya. Pada umur dia 17 tahun, dia kembali semula ke Malaysia dan bersekolah semula dia sekolah...