Two months later,
"Times up. Pastikan kamu semua dah tulis angka giliran dan nombor kad pengenalan pada helaian kertas jawapan dan susun dengan teratur. Para pengawas boleh mula mengutip kertas para calon dan dengan ini tamatlah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM bagi tahun ini. Syukur dan tahniah saya ucapkan." Ucap ketua pengawas peperiksaan itu.
"YEAY!!!" Semua pelajar dah bersorak dan mengucap syukur setelah mereka semua melangkah keluar dari dewan peperiksaan kerana peperiksaan SPM akhirnya tamat.
Armel dan Arisa menapak mendekati geng diorang.
"Wey geng, jomlah celebrate SPM dah tamat ni." Cadang Izz.
"Okay gak tapi hari ni dengan esok tak leh. Aku ngan Daniel busy untuk preparation wedding Ammara ngan Harris. Maybe hari Selasa depan. How?" Kata Armel.
"Okay set. Hari Selasa depan, dekat Pavilion, pukul 3 petang. Cun?" Izz pandang mereka.
"Cun!"
"Cantik!"
"Boek."
"Okay."
Semua bersetuju.
"Oh lupa. Family aku ada invite korang untuk datang wedding Ammara ngan Harris esok. Korang datang ah. Majlis start pukul 11 pagi sampai 6 petang." Kata Armel.
"Haa, kalau kitaorang free, kitaorang datang esok." Kata Farhan.
"Tak tak tak, korang WAJIB datang sebab wedding kitaorang hari tu korang dah tak datang." Tutur Daniel.
"Tu sebab korang kahwin senyap-senyap, lembab. Memang sahlah kitaorang tak datang." Daren mencebik sambil dijelingnya Armel dan Daniel menyampah.
Armel dan Daniel tersengih. "Haa dah tu, datanglah esok. Bawak hadiah sekali." Tambah Armel.
"Ish yalah yalah. Kitaorang datang."
Armel senyum. Lega sebab semuanya dah selesai. Parents Puteri dah minta maaf atas segala yang Puteri buat pada mereka selama ni.
Puteri pun dah sambung semula dapatkan rawatan dengan doktor psikologi dan nampak perubahan pada Puteri. Puteri sendiri pun dah mintak maaf pada Armel dan Ammara termasuk pada Daren, Sarah dan Arisa dengan apa yang dia buat selama ni.
Family mereka dah berbincang pasal ni and mereka bersetuju untuk kenakan saman malu saja. Tiada report polis.
Lega semua dah selesai, lembaran baru hidup mereka dah bermula.
________*________
"Darling! Buat apa lagi atas tu?! Cepatlah turun! Dah nak pukul 4:30 dah ni. Nanti nak gi ambik Ayra pulak. Kalau jammed nanti macam mana?!" Bebel Daniel depan tangga tingkat bawah sambil bercekak pinggang. Apalah yang bini aku buat atas sana tu lama-lama? Dah 27 minit 58 saat dia tunggu kat bawah ni.
"Ya ya, kejap!" Kedengaran pintu bilik dibuka dan ditutup semula. Daniel berjalan ke depan. Kasut Vans hitam putih disarung pada kakinya.
"Hubby, okay tak?" Tanya Armel. Daniel berpaling.
Untuk beberapa saat, Daniel pandang Armel tak berkelip. Terpegun dia melihat penampilan Armel yang nampak sopan walaupun pakai jeans.
YOU ARE READING
HEARTMATE
Genç KurguARMEL RAISYA, gadis kacukan malay-british yang cantik. Dengan anak mata kelabu pasti ramai jejaka yang tergugat. Dua tahun dia ke Itali mengikut keluarganya. Pada umur dia 17 tahun, dia kembali semula ke Malaysia dan bersekolah semula dia sekolah...