Trace

132 10 1
                                    

Nuha memeluk lututnya di penjuru dinding ruang yang samar-samar dengan cahaya dari celah tingkap itu. Matanya melilau sekeliling ruang itu.

Dah dua hari dia dikurung dalam ruang atau lebih tepatnya, gudang yang dah lama terbiar itu oleh Puteri. Dan dua hari tu jugaklah dia tak dapat contact dengan sesiapa termasuk keluarganya.

Kreeekk...

Bunyi pintu besi lama gudang itu dibuka dari luar menambah cuak dalam hati Nuha.

"Hey Nuha." Sapa gadis yang baru saja melangkah masuk ke dalam gudang itu. Puteri.

"Have fun tak dekat sini? Sorrylah sebab gudang ni gelap sikit." Puteri mencangkung depan Nuha. Rambut panjang Nuha yang sudah berserabai sikit diusap.

"Put-Puteri, please lepaskan aku. Ak-aku janji aku tak bukak mulut pasal Armel. Tolonglah. Aku nak balik." Rayu Nuha. Air mata dah jatuh membasahi pipinya.

"Shh...no crying please." Puteri menyapu air mata Nuha.

"No worry. Aku takkan bunuh kau. Serius aku tak bunuh kau." Kata Puteri. Tangan kanan diangkat separas dada lagak seperti berikrar.

"Cuma..." Puteri menyentuh dagu Nuha dan didongak supaya pandang wajahnya. Senyuman lebar yang cukup menyeramkan bagi Nuha terpamer. "Aku akan kurung kau dekat sini sampai mayat kau jadi rangka. That time, barulah aku pulangkan kau dekat family kau. So, kau just duduk sini diam-diam eh." Puteri tergelak kuat.

"Puteri, kau gila! Psiko!" Bentak Nuha lantang.

Pang!

Pipi Nuha ditampar kuat oleh Puteri. "Jangan sampai aku ubah fikiran dan bunuh kau sekarang jugak, Nuha. Aku boleh buat tu bila-bila masa je. So, jangan cabar aku." Puteri berkata dingin. Dia bangun dari mencangkung.

"Adios, Nuha Adresia." Puteri melambai sebelum dia berjalan keluar meninggalkan Nuha.

Nuha meraup wajahnya kasar.

"Aku nak keluarlah bodoh!!" Jerit Nuha kuat sehingga gudang lama itu bergema dengan suaranya. Namun apa daya, tiada siapa pun akan mendengar jeritannya kerana gudang lama ini berada di pinggir bandar dalam hutan.

________*________

"Dear." Panggil Daniel kepada Armel. Armel angkat wajah memandang Daniel. "Hmm?"

Daniel duduk di birai katil sebelah Armel. "Azra datang nak jumpa darling." Kata Daniel. Air muka Armel berubah.

"Nak jumpa aku ke kau ni?" Duga Armel. Daniel mengeluh.

"Buat apa dia nak jumpa aku? Kan aku dah cakap dekat kau yang kitaorang dah break up. Lagipun kalau dia nak jumpa aku, apahal datang nak jumpa dekat rumah? Merepek."

"Okay sorry. Why dia datang nak jumpa aku?" Tanya Armel. Daniel mengeluh lagi.

"Manalah aku tahu. Dia tak ada cakap kenapa dia datang nak jumpa kau. Yang aku tahu, dia cakap ada urgent matter. Just it." Armel berkerut dahi. Urgent?

"Okay. Tolong aku turun." Armel baru nak ambil crutch tapi,

"Arrgh!" Armel terjerit bila Daniel terlebih dahulu mendukung badannya gaya bridal style. Spontan tangan Armel melingkari leher Daniel erat. Takut jatuh lagi!

"Daniel, turunkan akulah!" Armel menghayunkan kakinya tanda protes.

"No. Bahaya kalau aku biar kau turun tangga guna crutch. Aku ada kan? So biar aku dukung kau turun dan juga naik nanti. No bantahan." Kata Daniel. Dia dah berjalan menuju ke pintu bilik.

"Aku patah kaki sebelah je, bukan dua-dua! Still boleh jalan lagilah!" Armel masih belum puas memprotes. Pipi dia dah memerah. Kalau orang lain nampak ni camna?!

"Ah takde takde. Aku dukung kau." Daniel menapak turun tangga itu dengan berhati-hati risau terjatuh. Plus dengann dia yang sedang dukung Armel ni lagilah kena extra careful. Ingat Armel ni ringan ke?

"Aku cakap tak pay-"

"Before aku kiss lips kau dekat sini, better kau senyap." Ugut Daniel. Terus mulut Armel terkunci rapat.

Daniel senyum sinis. Tahu pun takut.

Daniel bawa Armel ke gazebo rumah mereka. Di sana Azra sudah tercongok  menunggu kehadiran Armel.

"Az, sorry lambat. Biasalah tuan puteri sakit ni mengada lebih. Mintak dukunglah apalah." Daniel letak Armel duduk dengan berhati-hati.

Armel jeling dia menyampah. "Bukan kau ke yang gatal nak dukung aku bagai? Lepastu cakap orang." Armel jeling Daniel. Daniel mencebik.

Azra yang memerhati pasangan itu menguntum senyuman.

"Dah, aku tinggalkan korang berdua kat sini. Nak masuk jap." Kata Daniel. Armel mengangguk kepala dengan tangan menghalau Daniel. Daniel jeling Armel geram sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah.

"Apahal kau datang ni?" Tanya Armel datar.

"Mel, relaks. Aku datang tak nak cari gaduh dengan kau pun. Aku datang nak bagitahu kau something." Kata Azra. Armel menjongketkan keningnya. "Something what?"

Azra menghela nafas perlahan. "Aku rasa kan, kes kau jatuh tangga hari tu kerja Puteri dengan Nuha. Diorang atau one of them yang tolak kau." Kata Azra. Armel berkerut dahi.

"Apahal kau assumed diorang yang tolak aku? Aku yakin yang masa aku jatuh tu, takde siapa pun yang nampak. Just aku dengan orang yang tolak aku tu je masa tu. And now, macam mana kau boleh yakin pergi cakap ni semua kerja Puteri dengan Nuha? Kau nampak ke diorang tolak aku?" Panjang lebar Armel berkata.

"Aku memang tak ada masa kau kena tolak tu tapi....jap, aku tunjuk kau something." Azra seluk poket seluarnya dan keluarkan iPhone 7 putihnya. Dia menekan-nekan skrin itu sebelum ditunjuk ke arah Armel. Butang play video itu ditekan.

Armel menonton rakam video antara Puteri dengan Nuha itu.

"Ni sebab aku boleh yakin yang Puteri dengan Nuha yang tolak kau jatuh tangga." Kata Azra bila video itu telah tamat.

"Tapi, Nuha macam takut je? Apahal? Baru rasa menyesal ke apa?" Duga Armel.

"I think, Nuha didn't expected pun yang kau akan jadi teruk macam ni. Maybe dia assumed kau akan terseliuh atau luka je. So, dia rasa bersalah and nak bagitahu dekat The Princesz atau kau sendiri tentang kes tu but Puteri ugut jangan bagitahu orang lain and Puteri did her first step by kidnapped Nuha and keep her somewhere. Dah dua hari Nuha tak balik rumah and pergi sekolah." Ucap Azra panjang lebar. Armel diam mendengar.

"Aku dengar rumor said she's psycho." Kata Azra. Armel toleh pandang Azra.

"Psiko?"

"Yeah, psiko. Aku ada hack some information about Puteri and I found yang Puteri ni still under treatment dekat one hospital ni. But because of her parents dalam kes nak bercerai, so she been neglected. Sebelum ni aku dengar dia okey je. But maybe dia stress dengan her parents and tak dapat rawatan dengan betul, psiko dia tu datang balik. That's why dia berani tolak kau sampai kau cedera teruk macam ni and kidnap Nuha." Jelas Azra panjang lebar.

Satu fail coklat diberi pada Armel. Armel buka fail itu dan membaca setiap maklumat pasal tahap kesihatan dan treatment yang diterima Puteri.

"Aku risau satu je." Kata Armel. Fail coklat itu ditutup semula.

"What's it?"

"Kalau dia berani culik Nuha and keep her somewhere, it's not possible yang Puteri berani bunuh Nuha." Armel pandang Azra.

"Yeah, that's true."

"Kau tahu ke mana Puteri kurung Nuha?"

"I don't know. Aku tak dapat nak detect lagi current location Nuha. Puas aku trace guna phone and number phone dia but no result." Balas Azra.

Armel diam. Otaknya ligat berfikir.

"Tak apa, Mel." Kata Azra tiba-tiba. Armel pandang Azra semula.

"Sebab kau dah tolong aku time camping hari tu, aku tolong kau dalam kes ni. Bab hacking ni aku terror even tak expect sangat." Azra senyum nipis. Armel pandang Azra dengan riak tak percaya sebelum dia tersenyum.

"Okay, thanks."

"Duh, no thanks needed."

HEARTMATEWhere stories live. Discover now