4|luka

244 47 29
                                    

|Jihyo point of view|

Aku melarikan diri dari si mamat wan tadi. Mengikut arahannya supaya pergi ke Ochobot. Dan aku pasti yang bernama Ochobot itu adalah bola sepak berwarna kuning. Aku lihat dia sedang seronok minum kopi tok aba. Aku melangkah mendekati Ochobot.

"Awak ke Ochobot?" Soal ku. Tapi orang lain yang jawab

"Haah dia Ochobot dan pakcik yang hensem ni Tok Aba. Adik manis nak minum apa?" Dia yang memperkenalkan diri sebagai Tok Aba aku pandang. Gatal jugak orang tua ni ekk nasib ensem.

Aku hanya tersenyum ramah. Sebenarnya nak gelak tapi aku tahan.

"Eh Tok Aba ni" gaya Ochobot seperti marah.

"Apa biarlah tok aba pun nak try awek cun" Ochobot palau.

"Maaf ye. Ha saya Ochobot. Awak ni nak ke mana?" Soal Ochobot.

"Saya nak ke kedai you got no jams."

"Baiklah ikut saya." Dia mula melangkah ke tempat yang lapang sedikit.

"Bersedia?" Aku menggangguk mantap.

Kelihatan cahaya kuning menyinari. Tak dijangka tiba-tiba-



"TAPOPS mengembara satu galaksi. Mencari power sfera untuk dilindungi. Power sfera tak boleh salah guna oleh si alien si alien si alien durjana."

Kelihatan beberapa orang dan kotak hijau sedang menari. Aktiviti kami tergendala.

"Dorang memang macamtu dahla abaikan. Kita sambung" kata Ochobot dengan muka toya. Sudah masak kali dengan perangai mereka.

Tanpa diduga aku tersedut dalam cahaya itu. Dengan sekelip mata aku berada di erm aku rasa kedai you got no jams.

Aku mahu bergerak tapi tidak boleh. Seketika baru aku ingat yang aku dah bertukar jadi face mask. Aku lihat diriku di pantulan peti ais. Warna hitam.

'Cantik.' Pujiku.

Setelah puas usha diri sendiri mata ku terlihat ke arah televisyen. Ianya menayangkan video yang berulang kali. Yang dapat ku dengar. Seorang lelaki yang berbibir besar berkata

"Jimin, you got no jams" dan aku pasti lelaki pendek yang ada di depannya itu adalah jimin. Mukanya sentap.

Aku bosan kerana video itu berulang.
Tiba-tiba aku terdengar langkah seseorang. Gayanya seperti bibir besar yang ada dalam video tadi.

"Ada orang tempah apa?"

"Face mask?"

"Ha ok"

Dia bercakap dengan seseorang dalam telefon. Dia mula mendekati aku. Dan dia

AMIK AKUUUU.

OH TIDAKKK.

Kenapa lah singkat sangat hidup ini. Baru nak rest.

Seperti yang dijangka, dia memang tak boleh dengar suara aku. Orang kata, inner voice.

Aku rasa seperti terbang di awangan apabila dia angkat aku. Tapi itu tak lama bila aku dia letakkan pada erm satu bungkusan dan dibalut.

Hitam.

Gelap.

Kelam.

Sunyi.

Itu apa yang aku dapat rasa. Aku janji aku takkan beli barang online dah sebab sekarang aku faham apa perasaan mereka. Krik krik giteww.

Lama, sungguh lama. Aku dengar deruan enjin. Aku mula memikirkan bagaimana cara mahu memulihkan bumi ini. Yang pasti nya ini bukan pengakhiran tetapi permulaan.

Permulaan besar buat aku.





+++







Jungkook kini berada di club. Mulanya dia malas, hanya mahu lepak bersama Taehyung di rumah aja. Tapi lain pula apabila lelaki kacak itu mengajak nya kesini. Dia tiada pilihan. Terpaksa juga dijejakan kaki kesini.

"Kook, Kau ok?" Soal Taehyung. Jungkook hanya mengangguk perlahan.

"Kalau ada masalah share." Taehyung mengungkap lagi.

"Kau macam tak kenal aku." Kali ini jungkook menjawab.

"Pasal Irene ke?" Jungkook tidak mengangguk mahupun menggeleng.

"Sudah la tu. Past is past. Dekat dua tahun dah weyh. Lupakan jelah di tu. Move on lah bro." Taehyung mula geram apabila teringat apa yang Irene buat pada Jungkook. Kerana dia lah Jungkook begini.

Dingin.

Beku.

Panas baran.

Kenangan dua tahun lepas mula terbayang di benak fikiran Jungkook

Flashback

Gembira sungguh hati Jungkook bila tunangnya mahu berjumpa. Sudah dekat sebulan tidak bersua selepas sahaja Jungkook melamar Irene. Katannya dia mahu memikirkan dahulu jawapan.

Pintu kafe dibuka. Irene mula melangkah mendekati. Tak sabar rasanya mahu mendengar jawapan Irene. Jungkook pasti Irene tentu menerima lamaran itu. Hubungan 10 tahun bersama Irene tak kan disia-sia kan.

"Duduklah dulu" pelawa Jungkook.
Irene hanya menurut. Mukanya tegang sahaja.

"I dah buat keputusan."ujar Irene. Jungkook sudah tidak sabar. Kepalanya ligat merancang segala persiapan perkahwinan.

"Kita putus!"selafas itu Irene ucap. Jungkook terkedu.

"Maaf tapi I kena pergi luar negara. I tak percaya hubungan long distance. Jadi we are over." Ucap Irene tenang lalu melangkah pergi.

Tanpa sedar air mata Jungkook menitis. Dia teruk. Menangis kerana perempuan. Sejak itu dia jadi dingin dan pemarah. Dia tidak mahu sesiapa lukakannya lagi.

Tapi ya. Dia tahu, amat susah nak lupakan cinta pertama. Lagipun hubungan 10 tahun tidak mudah untuk hilang.

Hatinya luka. Luka yang sudah kering, tapi malang. Kerana masih ada parut.

End flashback

____

Hikhok

Camne? Tau hambar😔

Agagaga.

Tak mo cedih cedih.😉

Votemen juseyo 🙌🏻 spe silent reader aque cekik

Dok pehe tanyo sebab kite un dok pehe.🌚

Btw author ingtkn nk wat less then ten chap but rasanya it will be a long story. Alash nye titew.

𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲 𝑴𝑨𝑺𝑲 [✓]Where stories live. Discover now