"Jihyo, aku nak keluar ni." Laung Jungkook sambil menyarung kasut.
"Awak nak pergi mana? Nak ikut." Kelihatan Jihyo terkedek-kedek berjalan ke arah Jungkook.
"Aku nak gi jumpa Tae jap. Kau duk umah diam-diam." Jungkook mengarah lalu berdiri.
"Tapi saya nak ikut."
"Tak boleh."
"Nak ikut jugak."
"Tak boleh la."
"Tak kira. Nak ikut jugak."
"Tak boleh sayang." Ucap Jungkook lembut. Dia kemudian menunggu riaksi Jihyo. Seperti sangkaannya pipi Jihyo mula merona merah.
"Eeee, dahlah pergi lah cepat. Shuh shuh." Halau Jihyo dan menutup pintu segera. Dan ianya mendatang ketawa dari Jungkook.
"Ha tau malu." Dia menghabiskan sisa ketawanya.
"But I really meant it girl." Jungkook kemudian melangkah pergi.
+++
"Eh dia ni, aku lari macam badak kejar dia. Dia tak bagi pulak .Tumbuk kang." Bebel Jihyo. Dah memang rutin harian dia macam tu. Nak kena layan si mereng tu lah.
"Aku nak buat apa?"Jihyo mula bosan. Ruang di apartment itu ditenung. Tiada apa yang boleh dia lakukan. Seketika kemudian dia mendapat idea.
"Brownies! Yes brownies." Jihyo kemudian segera bersiap untuk ke mall membeli barang masakan.
Gadis itu membuat fikiran untuk hanya berjalan kaki. Lagipun jarak apartment dengan mall tidak lah jauh mana. Sambil-sambil tu boleh la dia tengok keadaan bumi korea kan.
"Berkemah, berkhemah, berkemah sama si nopal, si nopal, si nopal anak nya bahenol, bahenol, bahenol, bahenol." Jihyo riang menyanyi tanpa sedar akan bahaya yang menanti.
"Arghh." Jerit Jihyo apabila lengannya disambar petir eh disambar tah sape sape.
"Wah, awek cun." Ucap kawan samseng itu.
"Lu dah masuk tempat gua lu kene bayar la. Tapi gua tak nak duit. Gua nak lu." Serupa dragon kl gangster gayanya. Belum sempat gangster tu buat apa-apa Jihyo sudah menumbuk perut nya. Fuh, nampak macam berlubang dah tu.
"Kalau ini bukan lu punya tempat la. Gua sudah tetak sama lu." Jihyo turut naik sama. Hamboi.
"Korang tengok apa lagi. Kasi mati la." Jerit samseng itu pada anak buahnya.
Tidak sampai satu minit. Semua anak buahnya sudah tersadai.
" Lawan gua bukan dua orang. Tapi dua lori." Ucap Jihyo bangga. Tak sia-sia Woozi, abangnya yang ke 14 mengajarnya. Walaupun pendek kuat woo.
Samseng-samseng tu langsung tidak berdaya untuk berdiri. Tanpa disedari, ketua samseng itu mengeluarkan pistol.
"Budak-budak macam lu orang ha. Balik la. Pergi itu main masak-masak. Lu tengok gua punya lutut. Tada goyang kan." Tidak habis lagi Jihyo membangga diri.
"Lu menyalak kuat selupa anjing lu tau ka." Samseng itu kemudian mengangkat pistol.
"Eh, pistol jangan main main. Lek lu, makan cendol ke." Ucap Jihyo takut melihat pistol itu. Ha sudah.
"Tadi lu punya bangga diri. Sekalang manyak takut aa." Samseng itu kemudian menarik trigger pistol.
Baru sahaja hendak dilepaskan tiba-tiba ada tangan yang menendang.
"Aduh." Raung samseng itu.
"Jihyo lari!" Arah Jungkook.
"Tahan dia." Samseng itu mengarahkan anak buahnya.
Jihyo hampir melepasi kesemuanya. Sekilas lihat nampak macam zombi. Dan orang terakhir.
"Buk." Jihyo jatuh tersadung akibat samseng itu memegang kakinya. Jihyo bangkit kembali. Lutut dan dahinya berdarah.
"Jihyo." Jungkook segera mendukung Jihyo. Riak wajahnya tampak marah atau gusar?
____
Merapu je aku ni😂😂
Dialog kl samseng tu😂
Lot of luv gais
Hit the star button.
And drop ur comments.
For the next chapt.
YOU ARE READING
𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲 𝑴𝑨𝑺𝑲 [✓]
Humor"ᴰᵃʳⁱ ᵐᵃⁿᵃ ᵏᵃᵘ ᵐᵘⁿᶜᵘˡ?" ⁻ᴶᵘⁿᵍᵏᵒᵒᵏ ᴶᵉᵒⁿ⁻ "ᴰᵃʳⁱ ᵇᵉⁿᵈᵃ ᵃʷᵃᵏ ᵖᵃᵏᵃⁱ ᵗᵘ ᵏᵘᵗ." ⁻ᴶⁱʰʸᵒ ˢᵒⁿᵍ⁻ Gila, ini semua gila. Manakan tidak face mask yang dia beli tu tiba-tiba bertukar jadi manusia. Sudahlah musim pkp tiada hotel dibuka. Takkan dia mahu duduk serumah...