Di pagi yang indah,hari minggu Zara terpaksa bekerja kerana Aishah harus ke Perak kerana maknya tidak sihat. Jadi sebagai orang kanan, Zara harus mengantikan Aishah menjaga Kafe. Di Kafe ada beberapa staff yang bekerja di hari minggu,antara staff yang ada Zulin yang paling rapat dengan Zara .Yang lain kurang ramah kerana bagi mereka Zara umpama membodek bos mereka apa-apa Zara yang utama. Tapi Zara tidak ambil peduli dengan semua itu,harapannya satu kerja keras untuk diri sendiri kerana dia tahu Allah pasti merancang yang terbaik buatnya.
Dalam sibuk Zara melaksanakan tugas hariannya,ada kelibat yang memandangnya dari jauh. Gerak-gerik Zara diperhatikan dengan dalam sekali sesekali bibirnya mengukir senyum. Dalam hatinya tersentuh melihat gadis itu memberi makanan kepada pengemis yang datang dekat Kafe Citra. Ya...lelaki itu lah Adam Hyun.' sudah berpunya ke?' monolog hatinya.Sedang Zara mengemas meja yang berselerak tiba-tiba seorang lelaki tidak sengaja melanggar Zara,dan disebabkan kejadian tu baju lelaki itu terkena kotoran. Berang dengan kejadian itu ,lelaki awal 20-an tu memarahi Zara tanpa berbincang dengan cara baik. Adam yang melihat dari awal kejadian tu berasa marah atas kelakuan lelaki itu.
"Maaf encik... Saya tidak sengaja"kata Zara dengan perasaan takut.
" hoi...pempuan kau ni asal erk?sengaja nak kotorkan baju aku,kau ni bawa malang la kau tahu baju ni mahal kut." kata lelaki itu dengan nada marah.
Zara yang takut itu getar-getar bercakap dan dia kalau boleh tidak mahu ada masalah dekat Kafe. " Encik saya betul-betul minta maaf saya tidak sengaja,saya akan ganti kembali sekali lagi maafkan saya." kata Zara dan dia berharap ada seseorang yang membantunya.
"Perempuan kau ni memang sengajakan buat macam ni supaya kau boleh tarik perhatian lelaki kaya,dan kau tumpang kemewahan diorang!!!" sergah lelaki itu.Mentang-mentang la kau ni cantik ,kau guna kecantikan tu untuk hidup senang. Kau memang perempuan murah!!!" sambungnya lagi dengan senyum sinis.Adam yang melihat agenda yang membuat hatinya sakit dan geram itu dia lantas menuju ke arah mereka dan dia menumbuk muka lelaki itu. Zara yang terkejut dengan tindakan jejaka itu terus meleraikan pergaduhan tersebut. Dia tidak mahu menimbulkan suasana bising di tempatnya bekerja.
" Hoi!!!kau asal tumbuk aku?"marah lelaki itu kerana Adam tertiba pukulnya.
Jawab Adam," sebab kau layak dapat apa yang sepatutnya. Kau ingat kau boleh sesuka hati hina orang,sah- sah salah kau jalan tak pandang kiri kanan lepas tu nak salahkan perempuan ni?aku tengak je kelakuan kau dari awal lagi!!! " dalam keadaan tenang tapi penuh rasa geram."Kau,siapa yang nak bela dia hah!!!"tempelak lelaki itu,dalam hatinya berkata,'ouh...kau pun tertarik jugak ke dekat dia?entah mantra apa yang perempuan ni pakai?' dengan muka yang tak puas hati.
Zara yang sedari dari tadi bersuara,"maaf...saya harap korang jangan la bergaduh dekat sini. Encik,saya betul-betul minta maaf dan saya akan bayar ganti rugi baju encik." Zara harap mereka tidak membuat tindakan yang bodoh,ujar hatinya.
Adam yang sudah tidak tahan sabar dengan selambanya dia berkata," dia ni bakal bini aku,so apa masalah dengan kau?weii logik kut laki bela bakal bini dia takkan nak duduk diam je itu dayus namanya." katanya lagi.
'Ooo...bakal bini dia,not bad la dia backup boleh tahan jugak taste perempuan ni' fikir lelaki itu.
Lantas dia pun menjawab"Okey...baiklah aku menyerah,tapi kau kena bayar dua kali ganda dari harga asal boleh?"dengan senyum sinis.
"Okey...deal aku akan bayar segala ganti rugi yang terjadi dan aku harap lepas ni kau jangan datang sini lagi kalau aku nampak siap kau aku kerjakan!!!" Adam bersuara tegas,dalam hatinya dia berharap Zara tidak bersedih lagi,pedih hatinya melihat airmata Zara dan ketakutan Zara bila dimarah,dihina sebegitu.
YOU ARE READING
suamiku korea
Ficción Generalkerana satu insiden dimana Zara Adel menolong jejaka kacukan korea, Adam Hyun dimana Adam Hyun dikejar peminat fanatic kerana dia adalah seorang penyanyi terkenal di seluruh Malaysia. Zara Adel seorang yang tidak menitik beratkan hal duniawi artis,d...