************"yah mana bilik noona kau?"
"tu, sebelah bilik aku je. kau bukan nak pergi toilet ke?"
jungkook tertawa seraya mengeluarkan sesuatu dari dalam beg, "nah. boleh tak letakkan benda ni dekat atas meja belajar dia? aku nak bagi depan depan segan lah."
bersinar bola mata kyung melihat lampu berbentuk hati yang bersaiz sederhana itu. cantik dan comel. dia dah lama nak hadiahkan untuk budak perempuan tu tapi maklum lah pemalu sangat.
"daebak. beres. tak sangka kau ni manis ek? alolooo, nyomey nyomey." kyung menyentuh dagu jungkook kemudian menggaru garu manja sampai lelaki tu dah rimas.
"nasib baik jari aku tengah tak elok tambahan engko bakal adik ipar aku. kalau tak, memang aku dah tumbuk muka hengko."
kyung tertawa halus, "tapi kan kenapa kau kasi dia lampu?"
"supaya aku sentiasa menerangi gelap bae areum. ko ape tahu, dah rakluh pape roger."
jungkook berjalan keluar dengan muka tenang, melihat areum yang masih setia menanti seraya menongkat dagunya. dari jauh pun nampak cantik, desus hati kecil jungkook. tak percaya dia bakal harungi detik detik indah dengan areum. cewah.
"j..jom?" tibeh mood gagap datang lagi. bila berdua auto gagap agaknya.
"eoh. kaja, dah lambat ni." areum terus menarik pergelangan tangan jungkook kemudian bergerak laju ke arah stesen bas untuk terus ke ktx, di mana semua orang sudah menunggu mereka berdua.
mata jungkook terkebil kebil, kedengaran jantung pula berdebar debar dek kerana tangannya sekarang digenggam erat oleh tangan lembut yang lain. perit liur ditelan kuat. EOMMA. budak lelaki tu dah berniat tak nak basuh tangan lepas ni. padahal dia tak tahu yang semua orang sekarang dah terpinga pinga cari bayang dorang berdua.
"saem kita tunggu jungkook eoh? sekejap lagi mesti dia muncul!" yeora merayu kepada bomi saem.
"bae areum dan jeon jungkook masih belum sampai. train kita dah kena gerak, mereka berdua saya akan suruh ikut dari belakang. kamu pun masuk, kang yeora." ujar lelaki itu, tangannya bercekak pinggang. yeora sudah mula sebal, mesti areum tengah berseronok dengan jungkook sekarang. dia menghentak kaki kuat. sakit hati.
"jamsiman. aku rasa beg aku tertinggal dekat depan rumah kau lah. ha tengok ni, ada beg belakang je." kata jungkook yang dah tersedar dia tak pegang lagi satu beg pencuci muka dia.
areum menampar dahi, "yah. kenapa kau tak ingat? kita dah lambat tau nak patah balik."
"ish! aku berdebar lah kau terus pegang tangan aku tadi. sel sel otak terus tak berhubung." omel jungkook semula.
jungkook struggle keluarkan telefon pintar yang berbunyi, ada panggilan dari bomi saem. segera diangkat, areum pun mendekatkan diri beberapa langkah seraya melekapkan telinga pada telefon lelaki tu. jungkook dah tak keruan sebab dorang rapat sangat. ehem.
"n..nae saem?"
"kamu dekat mana? kamu dengan areum?"
"haah, saya dengan areum. saem boleh tunggu sekejap tak? beg saya tertinggal. tsktsk."
"saem dah gerak. tak boleh nak tunggu memandangkan nanti dengan nama sekolah kita sekali attend lewat. kamu berdua ambil tiket lain, datang sini sebelum senja arraseo?"