thirty nine

2.6K 534 501
                                    


♡ : lepas ni just one chapter per update sebab leceh kekadang chan pub tu dia keluar satu noti je. stres. sebelum ni kan chan cadang nak buat ff ni short chapter. but lepas ni per update chapter akan panjang terus. OK! 🚔

***********

hari sabtu, seperti yang dijanjikan jungkook dan raehee bertemu. mereka berjumpa di sunny's cafe, lelaki itu sudah tahu minuman kegemaran raehee jadi dia siap siap order latte dan americano untuknya sendiri.

sementara areum sedang berjalan tenang seraya menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket, hoodienya ditarik menyelubung rambut. tekak terasa nak minum milk tea, sempat dia bergaduh dengan kyung sebab budak tu tak nak tolong dia pergi beli jadi dia keluar sendirian.

pintu cafe ditolak, sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk matanya tertancap pada kedua figura yang amat dikenali. lagak cuba tenang macam tak ada apa apa yang berlaku walaupun dalam otak penuh tanda tanya.

dorang, dating ke?

areum endahkan seketika untuk memesan milk tea. kebetulan raehee berpaling ke belakang disebabkan mata jungkook cuma fokus dekat areum sejak dia masuk tadi. maklum lah, budak lelaki paling peka melibatkan crush.

"areum!" panggil raehee.

muka areum dah cemberut habis. dia baru je lepas bayar dan dapatkan air dia. kalau boleh dia nak lari dari tempat tu secepat yang mungkin tapi raehee pulak dah sedar kehadiran dia.

"eoh.." areum berlakon seperti baru tersedar kewujudan 'pasangan' tersebut.

"yah kenapa tak tegur?"

"aa.. mian, aku tak perasan." ujar areum seraya memasukkan straw ke dalam mulutnya.

"oh ya jungkook, areum pun dijemputkan?"

"eoh?"

"huh?"

serentak mereka berdua bingung, cuma raehee yang tertawa halus. mata jungkook dah terkebil kebil sambil pandang raehee. gadis yang sedang berdiri tu pulak dah tertanya tanya ketahian apakah yang sedang berlaku?

"lah birthday party jimin nanti! kau mesti dah jemput areum kan?" raehee menghadap rakannya pula, "nanti kita gerak sama sama nak?"

"err.." areum tak tahu nak jawab apa memandangkan dia 'tak diundang'.

"jebal...?"

pergelangan tangannya dikerling, "aku kena pergi. nanti apa apa kita chat. korang berdua teruskan lah. have fun."

areum terus melambai dan perlahan lahan berlalu pergi dari tempat tersebut. jungkook masih setia memerhati tanpa mengejar, untuk apa dia kejar kalau dah berulang kali ditolak. takut kalau budak perempuan tu rimas.

tapak tangan ditekap pada dada, detak jantung yang berdegup dua kali lebih pantas. areum basahkan tekak dengan milk tea. tapi tetap rasa manis tu tak mampu nak ubatkan rasa pahit yang barusan dia rasa.

"kenapa.. ugh."

***********

15:43 pm

Milk Tea + jjkWhere stories live. Discover now