jinniekim ▸ haah JK pergi trip struggle aku kemaskan beg dia semalam, itu kalau dia lupa jugak nak cuci muka lepas buat aktiviti siaplah.
sunshine ▸ hyunggg, janganlah paksa jeykey buat benda yang dia tak suka
jinniekim ▸ yAH IMA, SIAPA KATA DIA TAK SUKA? DIA SUKA TAU KALAU HYUNG AJAR DIA BAB BAB MENJAGA KETAMPANAN DIRI
jeymean ▸ arraseo arraseo
sunshine ▸ NAK JUGAK
jinniekim ▸ boleh nanti hobie dm aku pesenel ok 😘
sunshine ▸ okey kheol 😘
jooniee ▸ macam mana dengan rancangan tu? dah start ke?
jinniekim ▸ belum lah joon
sunshine ▸ haah lah pasal rancangan tu tak ada apa apa update pun dari jk so how
swaggie ▸
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
jeymean ▸ ala kenapa korang yang teruja sangat? cuba chill chill gitew
taeluvyou ▸ tak baik lah :))
jinniekim ▸ yedeura
sunshine ▸ eOh wae?
jeymean ▸ yea hyung
jooniee ▸ mwondae?
jinniekim ▸ saranghae
swaggie ▸ tiBEHHHH
***********
mereka dikumpulkan di satu tapak luas di mana ada beberapa buah sekolah lain yang turut serta sepanjang perjalanan aktiviti ini dianjurkan. jungkook setia di sebelah areum, menggosok kelopak matanya yang masih mengantuk dek kerana tidur lewat semalam. siapkan dia punya surat maaf punya pasal.
sekarang ni aktiviti yang sedang berlangsung adalah sesi gotong royong. perkara klishe yang kena buat iaitu membersihkan alam sekitar. membosankan tapi dalam pada masa yang sama menyeronokkan (walaupun secebis).
jungkook struggle bakar daun daun kering yang areum dah kumpul. lama lama muka dah tak rilek, sikit sikit cemberut bila asap tu berkepul kepul depan muka dia.
"a..au!"
abu asap yang ditiup angin masuk menyapa mata jungkook. dia mengerang pedih, menarik perhatian areum supaya terus berjalan ke arah dia. tangannya yang menghalang gadis itu sentuh perlahan.
"yah, gwaenchana?"
"eoh.. pedih.. hm tengok ni.." jungkook menaikkan jari telunjuk ke arah mata kirinya yang berair kemerahan.
"aiguu. tunduk sini."
"e..eoh." budak lelaki itu menurut dengan merendahkan posisinya. membahang wajah apabila mata yang kepedihan tadi ditiup lembut selama beberapa saat. tangannya digumpal kuat dek kerana cuba menahan perasaan yang dah melonjak lonjak.
"dah okay? pedih lagi?"
jungkook terus bangkit kemudian mengundur dua tapak ke belakang menjauhi gadis itu.
"e..eoh. dah okay sikit. g..gomawo."
areum menggeleng perlahan dengan lagak tenangnya, "tunggu sini."
"n..naip!"
gadis itu berjalan ke arah belakang pondok untuk mencari botol air mineral yang sudah tersedia. namun sebaik sahaja dia ingin menggapai, ada tangan lain yang turut mengulur. kepalanya didongak sejenak sebelum tubuh areum sepenuhnya kaku dan membeku.
"r..raehee.."
"eoh.. bae areum."
jung raehee, merupakan rakan karib areum yang pernah mengalami konflik satu tika dahulu berkaitan dengan bekas teman lelakinya iaitu kim mingyu. mereka berdua sentiasa bersama setiap masa.
memang betul apa yang yeora cerita, raehee suka dengan mingyu tapi end up areum yang bercinta dengan lelaki tu. sampai satu masa, raehee sendiri pindah. persahabatan hancur tidak jelas. tak ada sesiapa tahu kebenaran kecuali khabar angin.
"jaljinaesseo?" tanya raehee.
"e..eung. deo?"
raehee menggeleng seraya tersenyum, "tak okay. aku tak suka sekolah baru. aku.. rindu kau."
areum meraih pergelangan tangan raehee, kepalanya ditunduk ke bawah. apa yang dia tahu raehee adalah sahabat yang dia tak pernah boleh ganti dengan sesiapa. sejak raehee pindah areum lebih rela berseorangan tanpa ada kawan.
"yah.. aku.. aku lebih rindu dekat kau. jeongmal.. mianhae."
"yah gwaenchana. apa pun, aku harap kau jaga diri. aku yang patut mintak maaf sebab tiba tiba buat keputusan untuk pindah dan tinggalkan kau sensorang."
"bae areum.."
mereka berdua terus menoleh ke belakang areum yang berdirinya seorang budak lelaki menjengah. bibirnya dinipiskan bersama botol air yang sudah berada di tangan.
"eoh jungkook."
"dah dapat." jungkook menayang botol air tersebut sambil digoyangkan sedikit.
"aku.. pergi dulu. jumpa lagi. annyeong." raehee mempamitkan diri seraya mengukir senyuman ke arah areum. gadis itu mengangguk dan sempat menepuk bahu rakannya perlahan.
"eoh.. jumpa nanti."
areum menoleh semula ke belakang menghadap jungkook yang masih setia menunggu gadis itu sehingga selesai.
"mian. tunggu apa lagi?"
lelaki itu menghulur botol air itu seraya menunjukkan jari jemarinya yang berbalut.