내 맘을 볼수 있나요
난 그대뿐이에요
그대뒤에 나 있을게요, 한 골음뒤에서요언젠가 다시 돌아가야 할
그 곳을 홀로 골어가곘죠, 그런 내가 슬퍼요(Can you see my heart by Heize)
Zahra's povSudah hampir dua minggu sejak aku keluar dari hospital. Semua ahli keluarga aku mengambil nafas lega kerana aku tiada tanda-tanda mengalami kecederaan otak atau pendarahan dalam otak. Cuma minggu lepas, aku menjalani pembedahan untuk membuang darah beku yang berada di luar tengkorak belakang kepala aku.
Pakar neurologi kata kes aku ni ajaib. Jatuh berdarah kepala terhentak, tapi tak amnesia. Waktu itu, selamba lancang saja mulut doktor itu bercakap yang aku sepatutnya mengalami amnesia, atau komplikasi yang lebih teruk. Nak saja aku angkat kaki terajang doktor itu. Tapi akhirnya, aku cuma senyum segaris saja.
Kuasa tuhan siapa nak menidakkan. Syukurlah tak ada apa-apa yang buruk berlaku pada aku. Kalau sakit pun, aku redha. Sebab sakit itu penghapus dosa. Tak gituw?
Hari ini, aku bercadang nak balik rumah sewa ambil semua baju aku kat sana lepas saja habis kelas taekwondo nanti. Huh! Kalau haritu si gila tu takde nak apa-apakan aku, mesti aku tak payah nak berulang-alik ambil baju aku lagi. Hish! Menyusahkan aku saja tau. Tapi, nasib baiklah Aiman kata dia nak temankan aku, memandangkan petang ini dia tidak mengajar kelas tambahan hari ini.
Jam tiga petang nanti baru bermula sesi kelas taekwondo. Jadi, jam 11 pagi ini, aku berada dekat rumah bakal mertua aku. Sesi kelas memasak masih diteruskan walaupun minggu lepas tak ada sebab umi suruh aku berehat. Yelah! Takkan nak terus belajar masak lepas dah sembuh tu. Bagi rileks lu kejap.
Acah! Alasan semua jer tu. Tapi, nasib umi baik hati dengan aku.
"Zahra," panggil umi sambil tangannya mengupas kulit bawang merah sebelum memotongnya empat. Umi sedang duduk di kitchen island sekarang ni.
"Ye, umi," sahut aku yang sedang membasuh kentang di sinki dapur. Hari ini, umi kata nak masak mi soto untuk tengah hari nanti. Jadi, kentang ini untuk buat burgedil(?) dengan daging cincang nanti.
"Kamu ada perasaan ke dekat Man tu?" soalan umi buatkan nafas aku tersekat di kerongkong.
"Umi nak jawapan macam mana?" soalan dibalas soalan. Ha..acana tu?
"Ya Allah, budak ni! Umi tanya betul-betul ni. Ke kamu tak ada perasaan untuk Man tu?" soalan umi buat aku telan liur sekolam kat anak tekak ini.
"Alah, umi ni! Gurau ja. Gilalah Zahra ini kalau tak ada sebarang perasaan pun kat dia, kalau dia tu semua pakej lengkap umi." ujar aku nasib tak bergetar suara. Tak pernah-pernah aku buka soal hati ini dengan sesiapa melainkan ibu dan bff aku sendiri.
"Umi tanya je. Janganlah gugup sangat. Umi tanya sebab Man cakap abah kamu kata pada dia yang kamu pernah suka seseorang dari tingkatan empat sampaikan kamu nak suruh abah kamu lamarkan lelaki itu untuk kamu bila dah besar nanti. Betul ke?" soalan umi yang kali ini sungguh mencekik aku sendiri. Terbatuk-batuk aku dibuatnya.
Itu batuk gugup namanya.
"Eh? Bila masa? Zahra sendiri pun tak ingatlah umi. Kalau pasal sekolah rendah memang Zahra dah tak ingat lagi." bohong aku. Huhu. Gilerlah kau Zahra.
"Tak ingat? Umi tanya tingkatan empat, bukan sekolah rendah. Tingkatan empat tu sekolah menengahlah Zahra, bukan sekolah rendah." ujar umi sambil tangannya mengacau stok ayam sebelum memasukkan bahan lain.
Hebat betul umi, kan? Boleh pulak dia sembang dengan aku tetapi dengan tangannya bergerak. Aku ni pulak sibuk bercakap jer, kentang ni bila nak jadi begedilnya(?) ? Waduh, gawat.
![](https://img.wattpad.com/cover/197249983-288-k255649.jpg)
YOU ARE READING
Oh My Hubby!
RomanceDulu author buat cite pasal Tengku, Dato' dan seangkatan dengannya tu tak jadi.Dah delete pun dah cerita tu.Kali ini haraplah cite ni jadi pulak. So, author buat cite orang yang hidupnya sederhana tapi penuh bahagia. Terselit juga badai ujian dalam...