🌹Bab 2🌹

48 3 0
                                    

다시 사랑하는 그 날
여저니 넌 그 자리에 있어 줘
우리가 변치 않게

(Victon, Time of sorrow)

Zahra's pov

Berdenyut-denyut kepala saat aku mulai mencelikkan mata. Benda pertama yang aku lihat adalah bintang-bintang pada siling yang berwarna biru gelap sama seperti warna malam.

Tahulah aku bahawa ini bilik aku. Nafas lega aku hembus. Sebelum mata aku katup semula. Nak sambung mimpi. Bye!

Mimpi crush lama aku sedang cempung aku. Gaya bridal style pulak tu. Woah! Boleh gila aku bila teringat wajah kacak dia.Wajah dia tampak risaukan aku. Acewah!Gila kau. Siap dia sebut nama penuh dia lagi.

"Muhammad Aiman Furqan"

Masih terngiang-ngiang suara dia dalam kepala aku. Tanpa sedar aku tersengih sendiri mengingat mimpi itu. Aku nak mimpi macam tu lagi. Nak lagi. Nak lagi. Heh.

Gatal kau.

Biarlah. Jelouslah tu? Huh!

Tetapi, tiba-tiba aku teringat tentang semalam. Terus aku duduk tegak 90°. Tanpa berlengah, gebar aku selak. Terus pintu dikuak kasar.

"Ibu! Oo bu!" jerit aku. Kakiku melangkah ke bilik utama iaitu bilik mak dan ayah aku. Pintu aku buka.

Kosong.

"Ibu! Ibu! Ibu!" suara lantang aku memenuhi segenap ruang tingkat atas.

"Ibu ada kat bawah ni," kedengaran suara ibu melaung dari bawah.

Terus kakiku laju menuruni anak tangga. Sayup-sayup kedengaran suara orang sedang rancak berbual di ruang tamu. Bunyi macam ramai jer.
Siapa yang datang ni?

"Ibu! Ibu! Ib..u," terus mati langkahku pada anak tangga yang terakhir. Tercenggang aku melihat gerangannya. Tadinya bising sebab pok pek pok pek mereka terus senyap memandang aku. Semua mata tak berkelip termasuk dengan aku sekali bila terpandang wajah si dia. Wuish!

Sempat hang na.

Aku pun hairan. Macam mane dia aka crush lama aku aka Muhammad Aiman Furqan boleh ada kat sini dengan adik dia. Sempat aku kerling adik dia sebelum sekali lagi memandang ke arah si dia.

Yang membuat aku makin hairan adalah dari tadi pandangan dia tak lepas dari aku. Sampai tak berkelip mata tu woi!

Apa? Aku cantik sangat ke sampai tak berkelip mata tu dok tenung aku.

Heh. Perasan minah ni.

Tak pun ada tahi mata kat mata aku ataupun air liur basi kat muka aku. Maklum lah baru bangun tidur.

"Kakak! Amboi, anak dara seorang ni! Tenung anak teruna orang macam nak tembus." suara ibu tiba memetir bersama sindirannya. Semua terkejut termasuk aku.

Tapi tak lama, adik lelaki aku si Yusuf tu bukan main gelak lagi dia dengan si Zawiyah Hana tu. Yang seorang lagi adik aku, bongsu punya. Abah aku nampak dia cuma tahan ketawa dengan senyum.

"Hah? Apa bu?" soalku masih blank. Aiman aku lihat sudah tertunduk pandangannya dan kepala adiknya yang masih merenung aku dipaksa untuk menunduk juga dengan tangan Aiman. Terbias wajah terkejutnya mendengar suara ibu.

"Tudung mana? Pergi naik atas sana ambil tudung," arahan ibu buatkan aku spontan memegang kepala. Tiada satu urat benang pun yang menutup kepala ku.

"Ya Allah! Kenapa ibu tak beritahu tadi? Aish," meroyan aku dibuatnya. Tangan aku tutup kepala sebelum berlari mendaki anak tangga.

Oh My Hubby!Where stories live. Discover now