Baby don't cry tonight
어둠이 걷히고 나면Baby don't cry toninght
없었던 일이 뒬 거야
(Exo, Baby dont cry)Zahra's pov
Selepas kejadian malam itu, ibu tak benarkan aku jaga kedai waktu malam sorang-sorang. Mesti berteman katanya. Takut nanti terjadi lagi.
Dah buat report kat polis, tapi takda barang yang hilang pun dalam kedai tu. Cuma diorang rasa motif penjahat tu adalah untuk menculik aku. Saksi yang melihat kejadian itu adalah adik aku, Aiman, Amir dan Harizme.
Polis jugak cakap yang cctv kedai aku waktu tu elok saja berfungsi tapi time blackout tu sebenarnya angkara dia.
Polis dah check electric box(?) kedai yang berada dekat belakang pantri tu. Diorang kata ada kesan orang yang rosakkan guna pisau.
Musykilnya, aku tak tahu macam mana dia buat kalau dia ada saja dekat dengan aku waktu tu. Bukannya maksud dekat tu adalah dekat yang satu tu.
Maksud aku dia dengan aku ada dalam persekitaran yang sama. Lagipun, pantri tu hanya untuk pekerja aje.
Haduh! Pening kepala. Sakitnya di kepala. Haa.. sudah. Lagu Nabil Ahmad pulak dah.
Baru je aku tak nak jumpa si ex crush ni. Bila aku fikirkan balik kata aku malam hari tu pada dia, macam dia pulak yang nak sangat sentuh aku. Perasan betul aku ni.
Selesai disoal siasat di balai polis, tetiba aje Aiman ajak kitorang makan tengah hari dekat restoran kawan dia.
Dia belanja katanya. Asalnya aku nak tolak tapi disebabkan adik aku paksa dan merayu supaya aku ikut, jadi aku ikutkan saja.Kalaulah aku pergi dengan kereta sendiri tadi, takdelah aku terpaksa ikut diorang ni pergi makan restoran.
Aiman yang pandu kereta ni. Adik dia duduk sebelah dia. Aku pulak duduk sebelah adik aku dan sebelah adik aku ialah Harizme.
Dahlah aku seorang aje perempuan. Mahu orang kata aku ni playgirl keluar sekaligus dengan empat orang lelaki. Bagus sangat! Huh!
Sejak perjalanan menuju ke restoran kawan dia, aku hanya diam. Berpeluk tubuh bersandar sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Sesekali mereka bercakap aku buat tak tahu saja. Entah apa diorang cakapkan aku pun tak tahu.
Akhirnya aku pejam mata. Lebih baik aku tidur. Kepala aku lentokkan pada tingkap kereta.
Sesaat
dua saat
tiga saat
Ugh! Tak dapat nak tidur. Rasa macam diperhatikan. Aku buka mata.
Secara tidak langsung mata aku bertembung dengan mata dia melalui side mirror tempat pemandu.Cuma sekejap sebelum dia mengalihkan pandangannya menuju ke jalan raya. Cuba untuk fokus pada pemanduan.
And there goes to psychology. Your mind can sense someone staring at you even when asleep. Screw it.
Thanks to Allah that create us as the best creation.
.
.
.
![](https://img.wattpad.com/cover/197249983-288-k255649.jpg)
YOU ARE READING
Oh My Hubby!
RomantizmDulu author buat cite pasal Tengku, Dato' dan seangkatan dengannya tu tak jadi.Dah delete pun dah cerita tu.Kali ini haraplah cite ni jadi pulak. So, author buat cite orang yang hidupnya sederhana tapi penuh bahagia. Terselit juga badai ujian dalam...