Bab 31

2.1K 24 0
                                    

"TAKPELAH pakcik. Salah saya juga. Sebab tak berterus terang dari awal tentang saya dan isteri saya. Lagipun saya cuma anggap Lisa sebagai kawan baik saya. Tak lebih dari tu pakcik. Kalau saya tahu dia menaruh perasaan pada saya, tentu saya juga akan berterus terang dengan dia tentang status saya."
​"Yalah Akim. Tentang Lisa, nanti pakcik selesaikan dengan dia. Mungkin makan masa sikit nak ubati hati dia tu. Tapi tak mengapalah. Pakcik pun tak suka anak pakcik mengganggu rumah tangga orang. Jemput minum Akim."
Pakcik Kamal hulurkan secawan air kepada Akim. Akim capai juga dengan mukanya yang kelat. Selepas meminta diri, Akim tinggalkan rumah Alisa dengan seribu rasa bersalah. Betullah kata Yaya. Selama ni memang Alisa cuba untuk memikat hati dia. Manalah dia tahu. Dia sangkakan Alisa juga menganggapnya sebagai kawan baik. Tak lebih dari tu.

SAMPAI di rumah, lama juga Akim termenung didalam kereta. Selepas hatinya sedikit lega dan bertenang, barulah Akim masuk ke dalam rumah. Yaya pula yang baru selesai menggoreng cekodok udang, membawa dulang makanan ke ruang tamu.
​"Balik dah? Jom makan cekodok..."
Yaya senyum ke arah Akim. cekodok yang masih panas berasap di dalam pinggan sungguh menggoda. Sama menggoda seperti Yaya sekarang.
Akim labuhkan duduk disebelah Yaya. Yaya dipandangnya lama.
​"Kenapa?" Yaya angkat kening ke arah Akim. Pelik benar pandangan dia.
​"Yaya makin seksi sekarang, kan? Kenapa?"
Yaya melirik dirinya dari atas ke bawah. Celah mana yang seksinya? Sama je macam dulu jugak!
​"Abang Akim ni dah kenapa? Buang tebiat? Ke demam?" Yaya menjeling.
​"Hihi... Mana ada. abang kata betul ni. Memang Yaya seksi sungguh. Bukan abang tipu." Akim mencapai sebiji cekodok dan disuap ke mulutnya.
​"Hum. Samalah dengan Abang Akim pun. Makin lama makin gatal! Mengada!" Yaya mencemuh. Geram juga dengan pandangan gatal Akim tu! Akim gelak besar. Inilah Yaya. Memang dia akan sentiasa ada ayat untuk balas balik setiap kata-kata Akim.
​"Abang ada something nak cakap dengan Yaya. Nanti lepas makan abang cerita ea."
​"Cerita apa?"
​"Nantilah... Lepas makan abang bagitahu. Kalau abang bagitahu sekarang, takut putus pula selera makan Yaya."
Yaya mencebik. Itulah masalahnya. Suka buat orang tertanya-tanya. Kalau nak cerita kemudian, tak payahlah nak sebut-sebut sekarang ni.

SELEPAS makan, Akim mencuci pinggan di sinki. Yaya pula menunggu di meja makan. Sambil mengunyah keropok ikan pula. Yaya dan makanan memang kawan baik. Takkan terpisah selamanya. Selepas selesai tugasan mencuci pinggan, Akim duduk bersama Yaya.
​"Dah ready nak dengar cerita abang?"
Akim tanyakan kepada Yaya. Yaya angguk laju. Mulut pula penuh dengan keropok.
​"Tadi abang jumpa Alisa. Abang pergi rumah dia."
Yaya menutup tabung keropok. Minuman didalam cawan diminum sekaligus. Matanya terkebil-kebil memandang Akim.
​"Buat apa pergi rumah dia?" Yaya bertanya kepada Akim.
​"Dia suruh pergi..."
​"Eh??"
Akim angguk kepala. Yaya pula muka dah berkerut habis.
​"Betullah kata Yaya semalam. Dia memang ada hati dengan abang. Tadi ayah dia yang nak jumpa abang. Nak tanya tentang hubungan abang dengan Alisa." Akim berhenti sejenak. Air masak didalam jag, dituang kedalam gelas Yaya tadi. Dan dibawa ke mulutnya. Diteguk perlahan.
​"Lepas tu?" Yaya bertanya rakus. Tak sabar nak tahu cerita seterusnya. Apa yang jadi?
​"Ayah dia suruh abang masuk meminang."
​"Hah??" Yaya melopong. Terkejut Akim dengan suara Yaya yang meninggi.
​"Habis tu, Abang Akim setujulah?? Jangan buat gila!! Orang mengamuk nanti!!"
​"Sabarlah... Dengar dulu abang nak cerita ni." Akim memeluk bahu Yaya. Yaya menyenggol. Tak mahu pegang-pegang!
​"Abang dah bagitahu. Abang tak boleh kawin dengan Alisa sebab abang hanya anggap dia sebagai kawan je. Dan abang juga dah bagitahu pada dia, abang dah berkawin dengan Yaya."
Yaya pandang mencari wajah Akim.
​"Abang Akim mengaku yang kita suami isteri?"
Akim angguk kepala. Daripada terus berikan Alisa harapan palsu, ada baiknya Akim berterus terang saja.
​"Abang minta maaf kalau Yaya tak suka apa yang abang buat. Abang terpaksa berterus terang. Abang taknak Alisa terus menaruh harapan pada abang. Abang tak tergamak nak lukakan hati dia."
Yaya beranikan diri memegang tangan Akim.
​"Orang tak kisah pun. Orang suka kalau semua orang tahu hubungan kita sebenarnya. Orang pun tak larat dah nak sorok lama-lama..." Yaya tundukkan wajah. Malunya...!
​"Betul ni? Yaya tak marah?" Akim tanya lagi untuk kepastian. Yaya geleng kepala.
​"Yaya tak malu kalau orang tahu, Yaya kawin di usia muda ni?" Akim tanya lagi. Dalam hatinya suka dan gembira hanya Tuhan yang tahu!
​"Betul... Orang tak malu pun. Sebab best kawin ni sebenarnya. Hihi..."
Akim tergelak sama. Aduhai Yaya.
​"Best kawin eh? Apa yang best tu? Kongsilah sikit dengan abang..." Akim sengih nakal. Tunggu masa saja nak kenakan budak naïf disebelahnya ni.
​"Best sebab... Sebab apa eh?"
Yaya letak jari telunjuk didagunya. Berfikir. Akim jungkit kening dengan sengihan nakal dia!
​"Best sebab ada orang jaga kita. Lepas tu, best sebab makan tanggung. Pastu kalau merajuk, dapat hadiah mahal... Bestlah! Lain kali nak merajuk lagi. Apa pula yang dapat agaknya kan...?" Yaya kelip-kelip mata ke arah Akim. Akim menepuk dahi Yaya sekali.
​"Abang pun best juga kawin dengan budak kecik cengeng ni! Boleh makan sedap-sedap setiap hari. Ada orang tolong cuci pakaian. Tolong sental belakang abang. Ada orang bagi tayangan free setiap hari... Oh... Nikmat sungguh..." Akim pejam mata. Mula bayangkan kesedapan yang dimaksudkan. Yaya herot bibir. Dasar mat gatal!
​"Dan yang paling best... Yaya nak tahu tak apa?" Akim sengaja memancing Yaya. Mana tahu. Kalau bernasib baik, dia juga yang gumbira!
​"Apa dia?' Yaya teruja nak tahu.
Akim menarik kepala Yaya rapat kebibirnya. Berbisik ke telinga Yaya.
​"Jimak dengan Yaya."
Yaya bulat mata. Kepala Akim ditonyoh kuat! Mulutnya bergerak-gerak mahu memaki Akim. Akim ketawa kuat.
​"Dasar gila seks!!" Yaya menarik telinga Akim kuat!
​"Hahaha... Apa pulak gila seks? Abang baru je buat sekali. Kalau yang gila seks tu, tiap saat ingat yang tu je. Abang tak macam tu." Akim cuba lepaskan telinganya dari cengkaman Yaya. Confirm merah telinga dia. Rasa macam nak tercabut dah telinga ni.
​"Ellehh... Sekalilah sangat!! Entah-entah dah banyak kali buat!" Yaya muncung mulut. Lelaki. Bukan boleh percaya pun.
​"Mana adalah Yaya... Ingat abang ni kemaruk sangat ke? Abang jaga tau kesucian abang ni. Khas untuk Yaya sorang." Akim mendabik dada.
Yaya pula tersentak hatinya. Akim punyai itu. Sedangkan dia, tidak punya apa-apa untuk Akim, suaminya. Yaya kemam bibir. Akim menoleh seketika ke arah Yaya. Perasan dengan kebisuan Yaya yang tiba-tiba.
​"Kenapa diam?" Akim menyebak rambut Yaya dan diselitkan ke telinga.
​"Orang tak suci. Orang tak ada apa-apa untuk Abang Akim." Yaya mula rasa sebak. Panas tubir matanya. Sikit saja lagi air matanya akan menitis turun. Akim pegun. Patutlah diam. Itu rupanya yang bermain di fikiran dia.
​"Yaya. Dengar sini." Akim memegang kedua belah pipi Yaya. Dibawa mengadap dengannya.
​"Abang terima Yaya seadanya. Abang tak kisah semua tu. Apa yang jadi pada masa lalu, kita jangan kenang lagi. Abang taknak ingat dah semua tu. Yang abang tahu, Yaya isteri abang. Dan abang suami Yaya. Sampai Kiamat pun, kita tetap akan macam tu. Jangan sedih-sedih. Okey...?"
Yaya senyum tawar. Kenapa lelaki ni baik sangat? Kenapa dia sanggup terima insan yang serba kekurangan ini?
​"Jangan senyum plastik macam tu. Kalau nak senyum, senyum betul-betul. Biar nampak manis. Ini kelat macam tu. Taknaklah... Tak suka." Akim mencubit pipi Yaya sampai herot jadinya. Yaya menepis tangan Akim.
​"Ni nak pujuk ke nak ajak bergaduh ni?" Yaya tayang muka masam.
​"Hihi... Jom abang pujuk atas katil, nak?"
​"Cheh!! Tak kuasa!!" Yaya menampar dada Akim. Gatal! Akim gelak saja. Bahagianya rasa dengan budak kecik ni!

JAYA MOTOR mula beroperasi seperti biasa. Hairi dan Budin pergi mempromosikan motorsikal ke kawasan kampung. Roadshow dari kampung ke kampung. Epul pula tugasnya memantau di kedai. Yaya dan Akim pula, terlebih berseri muka mereka. Seronok pula Kak Rosa melihatnya. Buat pertama kalinya, selama hampir empat bulan berkerja di Jaya motor, Yaya keluar lunch bersama Akim. Pertama kali okey! Yaya meminta KFC dengan Akim. Akim turutkan saja. Dibungkus sekali buat Epul dan Kak Rosa.
​Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan juga ditengahhari. Begitulah perasaan Yaya kini. Disangkakan Alisa asudah serik untuk datang mengganggu di kedai, namun sangkaannya meleset. Elok saja, dia balik dari KFC dengan Akim, Alisa sudah terpacak didalam kedai. Yaya letakkan plastik KFC di ats meja bahagian belakang sekali. Alisa pula menonong masuk ke bilik Akim. Yaya jegilkan mata ke arah Akim. Akim jungkit bahu. Kak Rosa dan Epul hanya memandang. Lantak kau oranglah!
​"Akim. Pasal semalam...Lisa dah fikir masak-masak." Alisa mulakan perbualan. Akim angkat kepala memandang Alisa. Tangannya pula diletakkan di atas meja.
​"Apa dia?" Akim tanya kembali.
​"Walau apa pun yang terjadi, kita boleh kan terus berkawan macam sebelum ni?" Alisa panggung kepala. Menentang pandangan Akim.
Puas semalam dia menangis kesedihan. Tak sangka Akim sudah berkahwin dengan Yaya. Angan-angannya ingin jadikan Akim sebagai suaminya yang sah tinggal kenangan saja. Setelah dipujuk dan diberikan kata semangat oleh Zailani, akhirnya digagahkan juga kakinya untuk berjumpa Akim hari ini. Tipulah kalau hatinya sudah terubat. Hatinya masih sakit lagi. Namun dia ada agendanya yang tersendiri. Tak perlu terus meratap untuk dapatkan sesuatu. Sebaliknya, haruslah kena tingkatkan usaha. Barulah peroleh kejayaan.
"Itulah yang sebaiknya Lisa. Akim tak boleh nak paksa hati Akim untuk terima Lisa lebih dari seorang sahabat. Hati Akim milik orang lain. Sekalipun kalau Akim belum berkahwin, rasanya hubungan kita ni pun akan kekal sebagai sahabat saja."
"Akim tak boleh nak letakkan Lisa lebih dari seorang sahabat. Lisa faham kan maksud Akim?
Alisa mencemuh didalam hati. Hati milik orang lain konon! Namun, di wajah Alisa lain pula. Wajahnya tetap manis menguntum senyum.
​"Takpe... Salah Lisa juga sebab bertepuk sebelah tangan. Lisa sepatutnya dari dulu lagi luahkan isi hati Lisa pada Akim. Itu silapnya Lisa." Alisa senyum memanjang.
Akim pula, tentulah merasa lega dengan keterbukaan Alisa. Dia pun pening memikirkan bagaimana nanti dengan hubungannya dengan Alisa. Sayanglah jika terputus begitu saja. Mereka juga sudah lama berkawan.
​"Thanks Lisa. Sebab memahami. Akim minta maaf kalau selama kita berkawan, Akim buat Lisa salah faham dengan layanan Akim."​
"It's okay Akim. Lisa pun sama juga. Kosong-kosong okey?"
"Okey..."
Akim senyum puas. Selesai sudah masalah. Alhamdulillah...


MEMANDANGKAN Yaya dan Akim sudah lama bernikah, Akim bercadang mahu membawa Yaya pulang ke Kedah untuk melawat tokwannya. Dah hampir empat bulan mereka berkahwin, sekalipun Yaya belum pernah berjumpa dengan tokwannya.
​"Yaya... Kita balik Kedah nak?" Akim suarakan hajatnya kepada Yaya.
​"Bila?"
​"Lusalah... Kita tak payah pergi kerja. Bangun pagi tu, kita terus bertolak balik Kedah. Nak?" Akim sudah elok rancangkan segalanya. Harapnya Yaya akan bersetujulah.
​"Hum... Orang ikut Abang Akimlah. Orang tak kisah..." Yaya jawab tak beriak. Tangan dan matanya tekun menghadap telefon bimbit Akim. Main zombielah kerjanya. Akim letakkan kepalanya ke bahu Yaya. Pinggang Yaya dirangkul erat. Selesa sungguh duduk berdua di atas sofa macam ni. Akim pejam mata.
​"Beratlah Abang Akim..." Yaya menyenggol perlahan kepala Akim. Akim angkat semula kepalanya.
​"Yaya ni... Kalau abang nak bermanja sikit, ada je alasan. Kalau dia, buat apa-apa kata abang, abang redha je. Tak aci!"
Yaya terhenti memetik telefon. Wajahnya dipusing ke arah Akim. Akim pula buat-buat merajuk. Tegak terus matanya menghala ke tv. Sebuah keluhan terlepas dari bibir Yaya. Tanpa sebarang bicara, Yaya menarik semula kepala Akim ke bahunya. Akim ikut saja. Yaya siap tepuk-tepuk lagi kepala Akim. Macam mengulit bayi tidur.
​"Jom baring... Abang nak tidur." Akim bersuara rapat ke telinga Yaya.
​"Pergilah hampar tilam..."
Akim bingkas bangun. Tak sabar. Bukan nak tidur sebenarnya. Cuma nak bermesra dengan Yaya. Hihi... Yaya pula sekarang ni memang sudah dapat menerima semua yang Akim lakukan padanya. Satu kejayaan buat hubungan mereka.

PADA hari Rabu, seorang tetamu datang membuat kejutan di Jaya Motor. Sedang Yaya memeriksa motorsikal yang baru sampai dari kilang, seseorang menegurnya dari belakang.
​"Rajinnya dia buat kerja..."
Yaya angkat kepala. Siapa pula ni? Yaya cuma membalas dengan senyuman.
​"Nama siapa?"
Lelaki itu tanya lagi. Yaya buat tidak tahu.
Dari dalam ruang pejabat pula, Akim terang-terang melihat seorang lelaki sedang mengaganggu Yaya buat kerja. Tak perlu tenung lama-lama. Sekali imbas pun dah tahu itu siapa.
​"Woi Zam...! Jangan nak try bini akulah!!" Akim menjerit dari muka pintu. Yaya berpusing ke belakang.
Lelaki di sebelah Yaya juga turut pusing tubuh sama. Akim keluar selepas menyarung selipar. Dibedalnya selipar jepun milik Kak Rosa berwarna merah jambu. Peduli apa? Dari jauh Akim berbalas senyuman dengan kawannya. Sampai dekat, mereka berpelukan. Yaya hanya memerhati.
​"Kau nak datang tak bagitahu dulu. Nasib baik aku ada, kalau kebetulan aku takde kat sini, padan muka kau!" Akim menumbuk perlahan bahu Nizam.
​"Kebetulan aku lalu kat sini. Aku singgahlah kejap. Bini kau ke ni?" Nizam muncung mulut ke arah Yaya. Cantik sangat budaknya. Sepadan dengan Akim. Sama putih, sama jambu.
​"A'ah... Yaya. Inilah kawan abang yang abang cerita dulu tu. Kawan sama-sama kerja kedai motor. Nizam." Akim perkenalkan Yaya kepada Nizam. Nizam angguk kepala kepada Yaya. Yaya juga sama.
​"Eh, jomlah masuk. Sembang kat dalam." Akim mempelawa Nizam masuk. Nizam ikut saja. Sempat juga dia senyum ke arah Yaya.

Satu Tanpa CintaWhere stories live. Discover now