Aku termenung sendirian di tepi tingkap kelasku.kenangan lama yang inginku lupakan tiba-tiba kembali menerjah ruang mindaku seakan-akan tidak membenarkan aku melupakan kenangan pahit tersebut.
"Awak janji tauu..balik nantii..."
"Ye saya janji~"
"Kalau awak tak kembali saya takkan maafkan kau sampai bila-bila ye?"
"Awak jgn risau la~ saya balik jugak la nanti~"
Papp!
Aku menampar pipiku sendiri.kemudian aku mengaduh kesakitan atas perbuataku sebentar tadi. Namun,rasa perit pada pipiku tidak seperit hatiku pada ketika ini.rasa sakit apabila janji dimungkiri.aku mengeluh lagi.
Pandangan ku menerobos ke luar tingkap.aku memandang daun-daun yang berguguran dengan ralit sekali.fikiran ku melayang sekali lagi.
Tersedar dari lamunanku sendiri,aku menebarkan pandanganku ke sesi kelas yang sedang tekun belajar.aku tersenyum sendirian.syukur,aku mendapat tempat duduk paling belakang di dalam kelasku.tempat kegemaranku.tambahan lagi dengan sikapku yang pemalas dan kuat tidur.
"Hana"
Kedengaran nama ku sayup-sayup diseru.
namun aku tidak mengendahkannya.aku ralit memandang pelajar-pelajar di padang yang sedang melaksanakan aktiviti pjk."Farhana"
Aku mengeluh namun masih membisu.fikirku kawan baik aku yang duduk di meja sebelah sengaja mengusikku dengan cara melaungkan nama aku.
"Irine Farhana!!"
Laungan yang cukup membuat paras adrenalinku melonjak.aku menoleh ke arah suara tersebut.wajah cikgu Hanis yang merah ditambah dengan lirikan mata sesi kelas yang terarah kepadaku membuatku tertunduk seraya tersipu malu.
"Kamu tak dengar ke cikgu panggil tadi? Telinga kamu tinggal kat rumah eh?"
Nada suara cikgu Hanis berjaya membuatku membisu seribu bahasa.
"Haih kamu ni Hana.asyik melamun je.apa yg cikgu ajar kat depan ni mesti engkau tak dapat tangkap en?"
Aku masih dengan tingkahku.menundukkan kepala serta membisu seribu bahasa.
'nak jawab soalan cikgu tapi takut silap cakap pulak.makin marah la cikgu nantiii'
Suara hati ku menjerit.aku kekal berdiam diri sehingga cikgu mengarahkanku berdiri di luar kelas atas kesalahanku.
Aku tidak mengeluh apatah lagi merungut
Balasan yang setimpal buatku!
***
"Hana kau fikir pasal ape mase subjek biologi tadi? Sampaikan cikgu Hanis panggil kau tiga kali fuuuu...jauh kau melamun ea?"
Soalan dari Fia membuatku mengeluh.
"Ala kalau kau ade problem..share la dekat aku.. kite kn kawan baikkk..manetau aku bole tolong kau solve ke ape ke"
Kata-kata Fia membuatku tersenyum.
Fia Farina
Kawan aku sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah.Alhamdulillah Fia seorang yang loyal dalam friendship.aku bersyukur dapat berteman dengannya."Kalau aku cakap aku ade kawan yang jauh lagi baik dari kau...kau marah aku..?"
Soalanku membuatkan Fia tergelak besar.
"Hey Hana..aku kenal kau dari form 1 tauu tak...and in my sight.. you're the introvert person and i think I'm the only one boleh rapat ngan kau since kita masuk skola ni.dengan perangai ko ni.. takde sape nak kawan dengan ko kcuali aku sorang je tau?"
Jawapan Fia membuatku mengemam bibir.
Dasar Fia.mulut memang takde insuran hm."Nape diam? Kau memang ade kawan lain selain aku ehhh? Hm nak majuk ah!"
Mulut Fia mula memuncung.Fia menyilangkan tangan ke dada tanda protes.aku tertawa kecil melihat gelagatnya.
"Alolooo..bukan cmtulaaa sayangku Fiaaaa"
"Abistu?"
"Panjang cerita nya...sehari pun takkan habis punya"
"Pendekkan laaa"
"Ala besok-besok la aku citer..dahnak abes waktu rehat ni kejap lagi kelas addmath...nanti cikgu Rusdi marah kalau kita lambat masuk kelas"
Aku bangun seraya membetulkan skirt pendekku.baru selangkah kakiku meninggalkan kantin sekolah,Fia kembali menarikku duduk di atas kerusi.
"Aaaa ade 10 minit lagi niii!! Aku curious gile ni..baik kau citer kalau tak aku majuk seminggu"
Aku tertawa melihat wajah Fia yang merona merah.
"Ha yelah...aku cerita..."
YOU ARE READING
SOMEDAY
RandomKecelakaan yang membawa kepada kehilangan rakan karib semasa kecil. mereka berdua dijodohkan semasa masih dalam kandungan oleh keluarga mereka sebagai pengikat silaturrahim antara kedua keluarga. kisah tentang Irine Farhana,seorang gadis yang cantik...