"Spm dah nak dekat gaissss...so jom kite buat study group nak?"
Suara ketua kelas membuatkan aku tersentak.
'haih nak tido pun susah...' aku bermonolog sendirian.aku memandang wajah Mikhail Haiqal selaku ketua kelas serta pembuat onar yang membuatku terjaga dari lena seketika tadi.
"Hana jom join study group Mika!!"
Suara Fia memyebabkan degupan jantungku lebih laju dari biasa.
'minah ni memang tak sah kalau tak bagi aku tekejut dalam sehari.sib baik aku tkde darah tinggi hm kalau tak dah lama dah aku masuk kubur'
Aku memandang Fia dengan pandangan seakan-akan ingin menelan orang.
"Ee kau ni Hana... jangan la tengok aku macam tuuu~"
"Sape suruh bagi aku tekejut! Cakap tu leklok la lain kali ni tak..kau mcm tengah becakap dengan orang ade dekat blok B sana tu haaa... tu bukan becakap dah namanya...tu menjerit tau tak"
Fia cuma tersengih sambil membuat isyarat tangan tanda meminta maaf.
"Ha ade ape?"
"Join study group dgn Mika"
"Mika tu sape? Tak kenal"
"Kau ni asal bongok sangat? Dah berapa tahun kau dekat kelas Alpha ni? 2 tahun kn? Mikhail la bongok! Mikhail!! Ketua kelas empat dan lima Alphaa"
Kata-kata Fia membuatkan mulutku terherot panjang.
"Aku tak pernah tau pun orang panggil dye Mika. Setahu aku nama dia Mikhail je.."
"Tulah kau sape suruh introvert sangat! Lain kali kenal-kenal laaa dengan dunia luarr..jangan duk kat dalam dunia ciptaan kau je~"
Kata-kata Fia berjaya membuatku tersentap.aku tertunduk murung.sememangnya ketiadaan Ren membuatku menjadi sangat pendiam dan introvert.betul kata Fia.
Fia terdiam seketika.mungkin dia perasan tentang Perubahan emosiku ketika ini.
"Sorry Hana,aku tak bermaksud..."
"Eh takpe lah Fia hehe aku tak marah pun"
"Aku kan ade..kalau takde orang nak kawan dengan ko...biar aku sorang je kawan ngan ko~"
Aku tersenyum lalu memeluk Fia.
"Kau ni memang ade je bahan nak buat aku ketawa kann"
"Kita kan bffffffffff"
Aku mengkekek ketawa apabila Fia memelukku erat.
"Farina! Kau kata tadi nak join study group kan? Jomlah!"
Suara Mikhail membuatkan pelukan aku dan Fia sedikit longgar.
"Yelaa jap jap"
Fia bergegas melepaskan pelukannya lalu menarik kerusinya ke arah meja Mikhail.aku cuma memandang dengan pandangan kosong.
"Farina..kawan kau taknak join ke?"
"Entah.aku ade tanya tapi dye belum jawab"
"Kau bawak la dye skali"
Perbualan antara Fia dan Mikhail kedengaran sangat jelas.namun aku tidak mengendahkannya.aku mengeluarkan buku dari beg sekolahku.
"Hana..jomlahh"
Aku memandang Fia lalu mengelengkan kepalaku.
"ala Mika dye taknak la.."
"Ish..cuba lagi laaa"
Aku menyembunyikan senyumanku apabila mendengar perbualan Fia dan Mikhail.
Mereka berdua kelihatan secocok pada pandanganku."Ha apakata kau yang pegi becakap ngan dye..ajak baik-baik manetau dye nakk kan"
"Aku mana prnah becakap ngan dye laaa Farina..maluu"
"Sebab kau tak pernah becakap dengan dye la aku suruh ni...manetau kau bole masuk friendlist dye?"
Aku menahan ketawa mendengar kata-kata Fia. Mikhail? Nak jadi kawan aku? Mustahil laa..lagipula dye tu budak idola..banyak peminat...sape la aku di mata dye kann?
Aku berbicara dengan diri aku sndiri.terasa geli hati dengan kata-kata aku sendiri.
Tiba-tiba..
"Hai Irine..."
Aku mendongak.memandang empunya suara yang menegur. Seperti yang dijangka. Mikhail Haiqal.tapi sejak bila dia berada di sisiku? Aku tidak menyedarinya sama sekali.
"Y-ya?"
Mikhail memandang ku dengan wajah serba salah.
"Hana nak tak join study group Mika dengan yang lain-lain..?"
Aku tersenyum manis lalu mengelengkan kepalaku perlahan
"Minta maaf Mikhail... Hana dah biasa study sendirian~"
Mikhail mengangguk perlahan mendengar jawapanku.
"Ouh umm..kalau macam tu takpelah hehe"
Mikhail kemudiannya membelakangi ku lalu berjalan ke arah tempat duduknya di hadapan kelas.
Aku terdiam memikirkan tindakanku sebentar tadi.fikiran ku merawang dan tiba-tiba...
"Ren taknak tengok Hana jadi orang lain!! Ren nak tengok Hana jadi diri sendiri!!"
Suara Ren! Aku menoleh disekitar tempat duduk ku. Cuba mencari arah suara yang baru aku dengari seketika tadi. Hampa apabila menyedari itu cumalah khayalanku sndiri. Aku mengeluh.
Aku termanggu lagi.cuba mengamati maksud disebalik pesanan suara Ren dari khayalanku.
'jadi diri sendiri'
Aku kemudiannya tersenyum apabila menyedari maksud di sebalik pesanan tersebut. Aku mengemaskan buku latihan dan buku teks yang bersepah di atas mejaku kemudiannya aku menarik kerusiku ke arah meja Mikhail. Kelihatan Mikhail, Fia dan beberapa orang rakan sekelasku memandangku dengan pandangan pelik.
"Hana? Aku ingat kau taknak join..."
Aku tersenyum lalu duduk di kerusiku sambil membuka buku latihan yang kubawa bersama.
"Ren pesan kat aku...jadi diri sendiri..so skarang ni aku tengah jadi diri sendiri la~"
Fia tersenyum.
"So inilah Hana tujuh tahun yang lalu ya?"
Aku tersengih mendengar pertanyaan Fia
"Haah la kut"
Jawapanku disambut dengan gelak ketawa kami berdua.
"Ren tu siapa?"
Mikhail memandang aku dan Fia dengan pandangan penuh tanda tanya.
"Ren tu boyfriend Hana"
"Ha?! Hana dah ada boyfriend?!"
Aku tersentak mendengar nada suara Mikhail.nada yang ganjil.....
"Haah. Budak kiyot macam Hana mestilah ada boyfriend kann,and hey Mika.. what's wrong with you? Apa kena dengan muka cemberut kau tu.."
"T-takde ape! Sambung buat keje!"
Aku tidak mengendahkan perang mulut antara Fia dan Mikhail lalu menyambung kerja aku.Dalam diam aku tersenyum...
'Terima kasih sebab sedarkan aku..Ren'
YOU ARE READING
SOMEDAY
RandomKecelakaan yang membawa kepada kehilangan rakan karib semasa kecil. mereka berdua dijodohkan semasa masih dalam kandungan oleh keluarga mereka sebagai pengikat silaturrahim antara kedua keluarga. kisah tentang Irine Farhana,seorang gadis yang cantik...