c h a p t e r 5

3 1 0
                                    

Seusai meluangkan dua hari berhujung minggu di rumah ku,kini tiba masanya untuk kembali ke sekolah. Terasa letih apatah lagi sepanjang minggu aku sibuk menyusun atur perabot didalam rumahku atas arahan Mama.terdetik di hati untuk tidak ke sekolah pada hari ini tapi takut mama menyingaaaa haihhh...apatah lagi aku apabila aku berada di tahun peperiksaan SPM dan ditempatkan di kelas Alpha iaitu kelas sains tulen.One hundred percent 'no excuse' from Mama hm~

Sesampainya aku dikelas, Mikhail menjadi orang pertama menegurku.tidak seperti kebiasaan,rakan sekelasku tidak mengendahkanku seolah-olah aku tidak wujud pada pandangan mata mereka.

"Hai Hanaaa!!"

"Hai mikhail!!"

Aku membalas dengan mesra.

"Umm.. Thanks tau sebab teman Mika kat taman tyme petang hari jumaat last week tuu..."

Aku tersengih lebar sambil berkata

"Ala no hal la..hehe"

"Yooo wazzup guys!!! AHAHHA dah rapat korang berdua ehh"

Entah dari mana tiba-tiba Fia muncul

"Oi Farina! Kau dari mana?"

Mikhail menyoal Fia.mewakili persoalanku.

"Ishh aku ade je dalam kelas ni laa..korang brdua la ni sembang tak ingat dunia sampai tak sedar kewujudan aku"

Aku tersengih sebelum bertanya

"Siyes aku memang tak perasan..aku sampai-sampai je kau dah takde kat tempat duduk kau..kau duk kat mane tadi?"

"Aku duduk kat meja Marsyah.borak dengan geng dye. Ha ni mesti korang brdua taktau citer ni en?"

"Cerita apa?"

Aku dan Mikhail menyoal serentak.

"Hehe korang berdua ni memang jodoh la..dahla sama cantik sama hensem"

Aku mengetuk kepala Fia.Mikhail di sebelahku sudah tersipu malu kerana kata-kata Fia

"That's not the point Fiaaaa..."

"Aish yela-yelaa aku bagitau! Okok macam niii..harini kelas kita ada murid baruuuu... according to geng Marsyah punya gosip...murid baru ni dari sekolah MRSM dekat Johor..and murid baru ni lelakii"

"Ooo tu je ke? Sangka apa la tadi..korang gi lah duduk kat tempat masing-masing.. cikgu Anis dah nak masuk nii"

Aku meletakkan buku teks biologi di atas mejaku.

"Wei Hana kau tak tekejut ke..murid baru tu wehh..budak MRSM pulak tuu..."

"Tak pon.."

Aku tidak mengendahkan kata-kata Fia lalu menarik kerusi untuk duduk.lenguh pinggang bediri lama-lama woii!!

"Haah betul tu Farina.aku setuju dengan Hana.murid baru je pun buat apa nak kecoh"

Mikhail mengenyitkan sebelah matanya kepadaku sebelum berjalan ke tempat duduknya.aku tersenyum melihat telatahnya.

Fia membuat muka cemberut lalu menarik kerusinya dengan kasar tanda protes.aku cuma diam.malas melayan perangai Fia.

Tidak lama kemudian cikgu Anis masuk ke dalam kelas. Mikhail mengarahkan sesi kelas berdiri untuk memberi salam hormat.

"Okay murid-murid...cikgu tahu ada diantara kamu yang sudah mengetahui tentang murid baru kelas 5 Alpha. Ok cikgu perkenalkan murid baru kita pada hari ini...ok kamu boleh masuk"

Seorang murid lelaki masuk ke dalam kelas. Ketinggian sederhana setara dengan Mikhail.rambut sedikit keperangan yang sedikit ikal bergelombang.badannya yang sedikit sasa.wajahnya kelihatan ada sedikit campuran orang eropah-cina.cukup sempurna tapi tidak berjaya membuat hatiku cair. Pelajar-pelajar perempuan yang lain ternganga manakala aku diam tidak berkutik.

SOMEDAYWhere stories live. Discover now