Aku termanggu sendirian di meja belajar didalam bilikku.Buku teks subjek fizik dihadapanku aku tatap dengan pandangan kosong.fikiranku merawang mengingati perbualanku bersama Fia.
"Siyesss ar Hanaa?!"
Aku mengeluh.Bahkan Fia sendiri tidak mempercayaiku walaupun aku bersungguh-sungguh meyakinkannya.
"Buat ape aku nak tipu kau lahaiiiii...sebelum ni aku pernah tipu kau ke?"
Fia menggaru kepalanya.Dahinya berkerut seribu
"Ye jugak...Eee tapi en,siyes aku tak pernah dengar sistem jodohkan anak dalam kalangan masyarakat melayu ni.selalunye dalam citer cina tu je."
"Haah memang takde.taktau la nape mak bapak aku jodohkan aku since aku masih bebyy kecik cenonet ha..."
"According to the Chinese drama, tujuan jodohkan anak since bayi ni untuk eratkan lagi silaturrahim antara family untuk kedua-dua pihak..."
Aku terdiam seketika.
"Ye la kot sebab family aku un rapat dengan family dia.maybe untuk kekalkan hubungan keluarga kitorang ha gituuu"
Jawapanku membuatkan Fia mengangguk.
"So...Sape laki bertuah tu Hana?and dye kat mane skarang ni?"
Lamunan ku terhenti seketika apabila terdengar suara Aunty Lia memanggil dari luar rumah.Aku bergegas turun ke ruang tamu seraya membuka pintu utama.kelihatan Aunty Lia memegang bekas makanan sambil tersenyum.
"Ni Aunty ade masak sikit...nanti malam karang Hana and family bole makann hehe"
Aunty Lia tersenyum sambil mengulurkan bekas makanan yang dipegangnya.aku tersenyum mesra lalu menyambut huluran aunty Lia.
"Ala susah-susah je Aunty ni~"
"Alah tak susah mane pun Hana. Aunty memang masak banyak sikit.nanti karang tak habis membazir pulak kan?"
Aku tersenyum tanda memahami bait kata yang dituturkan wanita berumur lingkungan 40 itu.
"Eh aunty balik dulu eh? Ade kerje tak siap lagi ni"
"Okay aunty...baik-baik jalan tau"
Usai berpamitan,aku memerhatikan langkah Aunty Lia sehingga dia hilang dari pandangan.aku seolah-olah merasai penderitaannya.berat baginya selepas kehilangan dua orang anaknya.
Aku mengeluh.bekas makanan yang kupegang aku letakkan di atas meja.
Aku naik ke bilik untuk menyambung kerja rumah subjek fizik ku yang tertangguh seketika.lebih tepat lagi,aku ingin menyambung lamunanku yang terhenti.
Aku duduk ditepi tingkap.pandanganku terarah ke halaman rumah Aunty Lia.aku tersenyum saat terpandang rumah kayu kecil yang menjadi tempat permainanku bersama seseorang satu ketika dahulu.
*7 tahun lalu*
"Dah ready belomm? Aku nak cari dah nii"
Aku mulai cemas.aku masih belum menemui tempat sesuai untuk menyorok.sekilas pandanganku ke arah semak tidak jauh dari tempatku berdiri.aku tersenyum lalu berlari ke arah semak itu.
"Hana? Kau dah menyorok ke? Aku nak cari dah nii"
Aku mengkekek ketawa di dalam tempat persembunyianku.pasti tiada siapa akan menjumpaiku disini.
Tiba-tiba,aku terdengar derap langkah kaki sedang menuju kearah semak tempat aku bersembunyi.aku mulai cuak.
"Hana jumpa awak!"
"Aku keluar dari semak dengan muka tidak puas hati.
"Alaa benci la giniiii...cepatnye jumpa Hanaaa...Ren intai eh tadi mase Hana nyorok?"
"Manade! Ren tak main tipu eh Ren jujur!"
Ren mengkekek ketawa apabila aku menuduhnya.
"Abistu mcamane Ren jumpa Hana cepat sangat?"
"Tu rambut Hana bole nampak!semak un takleh tutup rambut Hana tu..tula pasal Ren bole jumpa Hana"
Aku mengemam bibir seraya meraba kepala ku.memang benar kata-kata Ren.ada rambut yang menegak.
"Naif nya engkau Hanaaaa...entah entah nanti bila kita kahwin perangai naif kau ni masih lekat kat kau kot"
Tiba-tiba ingatanku terhenti tanpa sebarang gangguan.aku mengeluh lagi.aku menampar pipiku sndiri.cuba untuk menghentikan diri ku dari dibayangi masa lalu.hatiku perit tak terkata.
Aku berjalan ke arah meja belajar ku lalu duduk diatas kerusi.Sekali lagi fikiran ku merawang.Tetapi bukan tentang ingatan masa lalu ku.ianya tentang perbualanku bersama Fia sewaktu rehat di sekolah yang tergendala seketika tadi...
***
"Dia dah mati"
Fia tergamam mendengar jawapanku.
"Tipuu..."
"Aku tak tipu Fia.dia dah mati.Ren dah mati."
Aku menghembuskan nafas perit.dadaku sesak.ekspresi mukaku membuatkan Fia terdiam seribu bahasa dan tidak bertanya apa-apa lagi selepas itu.
"Dah...jom kite masuk kelas kang cikgu addmath marah pulak"
Aku bangun lalu membuka langkah.Fia membuntutiku dari belakang.kebisuan Fia membuat hatiku rasa kurang selesa.aku kembali membuka perbualan.
"Ren mati masa aku darjah lima.time tu family diaorang ade trip ke bangkok thailand.and keretaapi yang family dye naik ade masalah teknikal astu terbabas kat tengah hutan kat thailand.mak,ayah and sorang adik perempuan dye selamat but Ren dengan adik laki dye tak.mayat diorang berdua dengan berpuluh penumpang lain tak dijumpai so kes tu kira kes kemalangan maut and kene tutup."
Aku menoleh ke belakang.ingin melihat riak wajah Fia selepas aku memberi penerangan panjang lebar.aku tersenyum manis.aku ingin Fia tahu bahawa aku dalam keadaan baik.
"Kau...tak sedih?"
"Aku tersenyum mendengar soalan Fia.
"Ofc aku sedih...sedih sangat...berapa bulan aku duduk berkurung dalam bilik menangis."
Fia terdiam mendengarjawapanku.
"Tapi time aku masuk form 1.aku jumpa kau.aku bersyukur sebab ade orang sudi kawan aku... so aku ok sikit"
Fia tersenyum mendengarjawapanku.
"Betul ea?"
"Betull"
"Janji?"
"Janji!!"
"Haa kalau takde sape nak kahwin dengan kau.aku bole kahwin dengan kau!"
Kata-kata Fia membuatku tergelak besar.aku menampar bahunya.
"Kau ni lgbt ke apa? Nak kahwin dengan jantina sejenis?"
"Takdela hehe aku gurau je..takut kau menyingle sampai tua"
"Aku lawa kot.mustahil takde laki nak kat aku"
"Ceh perasan la kau"
Gelak-tawa aku dan Fia memenuhi ruang lorong ke arah kelas tingkatan 5 Alpha
YOU ARE READING
SOMEDAY
RandomKecelakaan yang membawa kepada kehilangan rakan karib semasa kecil. mereka berdua dijodohkan semasa masih dalam kandungan oleh keluarga mereka sebagai pengikat silaturrahim antara kedua keluarga. kisah tentang Irine Farhana,seorang gadis yang cantik...