Adam membuka matanya perlahan-lahan. Matanya melihat jasad ayahnya yang sedang tidur di atas kerusi bersebelahan katilnya. Adam berasa haus namun dia tidak sampai hati hendak mengejutkan ayahnya yang sedang lena. Adam mencuba untuk mencapai gelas yang diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya, namun malang sekali apabila gelas itu jatuh ke atas lantai lalu pecah berderai.
Ali yang mendengar bunyi benda jatuh terus terjaga dari lenanya. Dia melihat anaknya yang sudah sedar itu.
"Adam dah bangun? Adam haus ya? Kenapa tak kejut ayah tadi?"
"Adam tak mau ganggu ayah tidur. Adam sorry."
"Tak apa, Adam. Ayah panggil Doktor ya."
Ali terus menekan punat merah di katil Adam.
Seketika kemudian, seorang doktor dan dua orang jururawat melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Adam. Mereka melakukan pemerikaan ke atas Adam.
"Adam rasa apa-apa tak bila saya ketuk-ketuk kaki Adam ?" tanya Dr. Asyraf.
Ali menterjemahkan dalam bahasa isyarat untuk membantu komunikasi di antara Dr. Asyraf dengan Adam.
Adam memberitahu ayahnya bahawa dia tidak berasa apa-apa apabila kakinya diketuk.
"Doktor, Adam kata dia tak rasa apa-apa."
Dr. Asyraf menghela nafas berat.
"Saya harap Encik Ali dapat bersabar ya. Hasil pemeriksaan saya mendapati bahawa anak encik lumpuh akibat kecederaan pada tulang belakangnya. Tetapi, Adam masih mempunyai potensi untuk sembuh kembali jika menjalani rawatan fisioterapi. Saya akan usahakan yang terbaik untuk merawat Adam, dan jika Allah izinkan Adam sembuh,pastilah Adam akan sembuh."
Bagai kaca terhempas ke batu,begitulah perasaan Ali ketika ini. Air mata lelakinya mengalir jua.
"Doktor, boleh ke kalau saya minta Adam di transfer ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan fisioterapi ? Sebab kami memang tinggal di Kuala Lumpur. Kuala Pilah ini kampung saya. Sukar buat kami jika terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah. Terima kasih Doktor kerana berusaha sedaya-upaya untuk merawat anak saya."
"Boleh Encik. Nanti saya akan buat refer letter untuk rujukan pihak HKL ya. Encik tak perlulah ucapkan terima kasih kepada saya,kerana ini memang tugas saya sebagai seorang doktor untuk merawat pesakit."
Setelah berbicara lebih lanjut tentang rawatan fisioterapi, Dr. Asyraf dan dua orang jururawat melangkah pergi dari bilik itu.
Ali kembali menatap wajah anak sulungnya. Senyum diukir kepada Adam. Berat hatinya hendak memberitahu Adam akan keadaan dirinya.
"Ya Allah,aku serahkan pergantunganku kepadaMu. Kau kuatkanlah hatiku untuk menempuh dugaan ini. Kau ringankanlah kesakitan yang ditanggung oleh anak syurgaku. Kau berikanlah syifa' buat anakku. Amiin Ya Rabbal Alamiin" tulus doanya pada Sang Illahi.
Tangan kecil milik Adam digenggamnya erat.
"Adam, kuat tau. Adam dah tak boleh jalan. Tapi ayah akan usahakan untuk Adam boleh jalan kembali. Adam anak ayah ni strong kan?" Ali sedaya upaya menahan tangisannya.
Adam menangis saat ayahnya memberitahu keadaan dirinya itu. Ali memeluk anaknya erat. Tangisnya yang ditahan tadi terhambur jua,tak mampu diselindungkan lagi.
"Ayah,Adam dah tak boleh jalan. Macam mana Adam nak main bola.nak main dengan adik, nak main dengan kawan? Macam mana Adam nak pergi sekolah? Ayah,Adam nak jalan"
"Anak ayah strong, okay ? Allah uji Adam,sebab Allah sayang Adam. Allah nak bagi Adam pahala. Adam kena doa selalu,Allah sayang Adam."
Ali melagukan zikir-zikir sehingga anaknya terlena. Ali menyeka air mata yang sedari tadi berleretan dari lubuk kesedihan. Moga ada sinar dalam hidup mereka suatu masa nanti.
*************
Fatimah jatuh terjelopok ke lantai saat mendengar kata-kata suaminya itu. Telefon bimbitnya terlepas dari genggaman. Hancur luluh hatinya saat mengetahui keadaan anak sulungnya. Sungguh,dia tak sanggup melihat anaknya menderita. Sungguh,dia tak sanggup melihat anak syurganya menanggung kesakitan.
Pak Mat yang melihat keadaan menantunya itu, lantas mengambil telefon bimbit Fatimah. Dia berbual-bual dengan Ali di talian. Setelah talian dimatikan, dia duduk di hadapan menantunya itu.
"Fatimah,sabarlah ya. Setiap yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Kamu kena kuatkan hati kamu,cekalkan hati kamu untuk tempuhi semua ini. Ayah tahu,bukan mudah untuk kamu melalui semua ini,tapi kamu perlu kuat. Kamu jangan putus pergantungan kepada Allah. Jangan putus doa dan harapan. Ali beritahu ayah tadi, Ali akan pindahkan Adam ke Kuala Lumpur untuk rawatan di sana. In shaa Allah, Adam akan sembuh juga andai diizinkan oleh Allah. Kamu jaga emosi kamu baik-baik ya, Aafiyah dan Aathifah masih memerlukan perhatian kamu, mereka masih kecil lagi. In shaa Allah Adam akan sembuh juga satu hari nanti. Kamu banyakkan berdoa,kerana doa seorang ibu itu tiada hijab. Banyakkan berzikir,beristighfar,sentiasa mengingati Allah." Tenang bicara Pak Mat.
Fatimah terkesan dengan kata-kata ayah mertuanya.
"Terima kasih ayah. In shaa Allah, Fatimah cuba untuk kuat dan tabah hadapi semua ujian ini. Terima kasih ayah beri Fatimah kata-kata semangat."
Kedengaran suara tangisan bayi dari daam bilik. Fatimah meminta izin Pak Mat untuk ke bilik melihat bayi-bayinya.
Pak Mat memerhati Langkah Fatimah dengan rasa sayu. Kasihan dia melihat menantunya itu. Moga ada sinar buat mereka sekeluarga.
YOU ARE READING
Ajari Aku Mengenali Allah
SpiritualSINOPSIS AJARI AKU MENGENAL ALLAH Mengisahkan tentang kehidupan Muhammad Adam,seorang OKU (pekak). Pelbagai ujian dan cabaran yang dihadapi oleh Adam dalam meneruskan hidup. Nenek dan saudara-maranya membencinya, namun ibu,ayah,datuk dan adik-adik...