BAB 7

60 9 0
                                    

Kelihatan para tetamu telah memenuhi ruang tamu rumah Ali dan Fatimah yang sudah dihiasi dengan belon-belon berwarna-warni. Mereka semua hadir membawa hadiah untuk Adam sempena hari ulang tahunnya. Fatimah dan Ali sedari tadi sibuk melayan para tetamu yang hadir memeriahkan majlis sambutan hari lahir Adam. Adam seronok dapat bertemu kembali rakan-rakan dan guru-gurunya. Sedari tadi senyuman manis terhias di wajahnya.

Tepat pukul 10.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ali. Kemudian Cikgu Sakinah mengetuai semua tetamu menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir dalam bahasa isyarat.

Fatimah dan Ali memegang tangan Adam ,membantu Adam untuk memotong kek. Setelah kek siap dipotong, Fatimah mengambil satu piring kecil dan meletakkan sepotong kek ke atas piring tersebut. Fatimah menyuap kek itu ke mulut Adam.

“Selamat hari lahir, Adam. Ibu harap Adam membesar jadi anak soleh.” Kata Fatimah lalu mengucup pipi anak sulungnya.

“Selamat hari lahir,Adam. Ayah sayang Adam. Ayah juga harap Adam membesar jadi anak soleh.” Ali turut mengucup pipi anaknya.

“Terima kasih ayah,terima kasih ibu. Adam sayang ayah dan ibu.” Balas Adam lalu memeluk kedua ibu bapanya.

Semua tetamu bertepuk tangan menyaksikan adegan yang menyentuh hati itu.

Fatimah dan Ali menjemput kesemua tetamu yang hadir untuk menjamu selera menikmati hidangan yang telah disediakan. 

Adam berbual-bual dengan rakan-rakan dan guru-gurunya,melepaskan rindu yang terpendam di jiwa. Fatimah pula menyusukan si kembar di dalam bilik. Tinggal Ali sahaja melayani tetamu yang hadir.

Ali berasa bahagia apabila melihat Adam seronok berbual dengan rakan-rakannya dalam bahasa isyarat. Ali bahagia melihat senyum yang terpancar di wajah anaknya. Dia berharap senyuman bahagia terus terpancar di wajah anaknya itu. Dia tidak sesekali akan membiarkan anaknya sedih dan menderita lagi. Dia dan isterinya akan terus mengasihi dan menyayangi anak syurga mereka.

“Encik Ali,bila Encik hendak menghantar Adam ke sekolah semula?” tanya Cikgu Sakinah.

“Saya tunggu keadaan dia okay sikit. Sekarang pun Adam sedang menjalani rawatan fisioterapi.Adam ada meluahkan perasaan juga kepada kami yang dia rindu kawan-kawan dan cikgu-cikgunya. Sekarang isteri saya yang mengajar Adam di rumah.” Ali menjawab soalan Cikgu Sakinah.

Tiba-tiba dia teringat kembali pertanyaan Adam semalam. Terus dia bertanya kepada Cikgu Sakinah,

“Cikgu,Cikgu tahu tak kat mana ad akelas mengaji untuk orang pekak? Saya nak hantar Adam belajar mengaji sebab saya dan isteri tak pandai nak ajar Adam mengaji. Kami tak tahu macam mana nak ajar Adam.”

“Maaf Encik. Saya tak tahu pula tentang itu. Tetapi kalau ada,saya inform pada Puan Fatimah ya.”

“Terima kasih cikgu.” Ali berasa hampa dengan jawapan yang Cikgu Sakinah berikan.

“Sama-sama Encik. Saya minta diri dulu ya Encik. Sampaikan salam saya pada Puan Fatimah ya. Assalamualaikum.” Cikgu Sakinah meminta diri.

Ali menjawab salam. Dia meneruskan tugasan melayani tetamu yang hadir. Dalam hatinya,dia amat berharap akan menjumpai seorang ustaz yang boleh mengajar Adam mengaji.

Menjelang tengahari,kesemua tetamu telah pulang. Tinggallah Ali dan Fatimah berdua mengemas rumah mereka. Aafiyah dan Aathifah ditinggalkan dalam jagaan Adam.

Ajari Aku Mengenali Allah Where stories live. Discover now