🎭10

123 37 9
                                    

Jinyoung mencampakkan telefonnya ke tempat duduk keretanya.Kepalanya ligat memikirkan kedudukan Jaebum sekarang ini.Selepas panggilannya dimatikan,dia tahu yang Jaebum dalam bahaya.

Tut,tut

Jinyoung mengambil semula telefon yang dicampak tadi.

Jaebum ada di pantai yang sama 20 tahun lepas.Dia dalam bahaya sekarang.

Sebaik mesej itu dibaca,tiada lagi masa yang disia-siakan.Kini hanya Jaebum yang difikirkannya.

                                    ~~~

Hyunsik mempercepatkan langkahnya bila ternampak kelibat orang dari jauh.Dia menjerit sekuat mungkin namun tak didengari.Kakinya sudah dekat dengan tempat yang ditujunya.

"Tolong....Appa?",panggilannya terhenti melihat ayahnya yang berada di situ.Di belakang ada 2 orang lagi seperti menunggu Tuan Im.

Matanya beralih semula pada Tuan Im yang berada di persisiran pantai.Dia berlari menuju ke arah ayahnya.

Tuan Im menoleh ke tepi bila merasakan seseorang berlari ke arahnya.Dia terkejut yang orang itu ialah anaknya.

Hyunsik mendapatkan Jaebum yang terbaring di situ.Dia melepaskan ikatan tangan adiknya dan sejurus itu Hyunsik memeluk Jaebum.Tuan Im terkejut melihat perbuatan Hyunsik.

Begitu sekalikah rasa sayang Hyunsik pada Jaebum walaupun sudah tahu yang itu bukanlah adik kandungnya.
Dia teringat semula kenangan 20 tahun lalu dimana Jinwoo selalu memeluknya memberi semangat kerana kehilangan isterinya.

"Jaebum....Hyung ada kat sini.Mianhae Hyung lambat",Hyunsik mencium rambut Jaebum yang berada dalam pelukannya.Jaebum masih susah bernafas disebabkan traumanya.Namun keadaannya lebih lega daripada tadi.

Encik Heo yang muak dengan drama Hyunsik menghampiri Tuan Im yang tiba-tiba kaku.

Hyunsik membantu Jaebum berdiri.Ayahnya diabaikan pada masa itu.Namun langkah mereka berhenti sebaik Encik Heo tiba di tempat mereka.

Pistol sudah diacu ke arah Jaebum.Hyunsik melindungi adiknya dengan meletakkan Jaebum dibelakangnya.

"Ke tepi Hyunsik,aku tak nak apa-apakan kau.Sebelum kau cedera,pergi ke sana.",arah Encik Heo.

Hyunsik menggeleng sebaliknya mendepakan tangannya sebagai sudah sedia jika dia yang menggantikan tempat adiknya.Jaebum menarik baju Hyunsik dari belakang.

Tuan Im menghampiri anaknya.Encik Heo memandang adik iparnya.Dengan segera dia memberi arahan.

"Jihoonaaa...sekarang!!"

Tuan Im menolak Jaebum ke laut namun disebabkan Jaebum memegang baju Hyunsik,Hyunsik juga turut terjatuh ke dalam air.Semasa itu,Tuan Im terkejut dan sempat menarik tangan Hyunsik yang semakin dibawa arus.

"Tarik tangan Appa,Hyunsik.Cepat...lepaskan Jaebum."sedaya upaya dia mengerah kekuatannya.Hyunsik menggeleng dan melepaskan tangan Tuan Im. Bayangnya dan Jaebum hilang dari pandangan.

"Hyunsik!!!!!!",Tuan Im mengalirkan airmatanya melihat anaknya hilang depan matanya sendiri.

Encik Heo juga turut terkejut dengan perbuatan Hyunsik.Dia lebih sanggup bersama Jaebum berbanding ayah kandungnya sendiri.Jeongyeon yang memerhati dari jauh,tersenyum melihat adegan anak beranak itu.

"Stupid oldman",getusnya.Duit yang sudah diberi Tuan Im kini berada di tangannya.Dan kerjanya sudah selesai.

                                      ~~~

ɦɨɖɖɛռ ֆɛƈʀɛȶֆ  || ⁱᵐ ʲᵃᵉᵇᵉᵒᵐ || ✓Where stories live. Discover now