🎭1

169 42 33
                                    

Jaebum terbangun daripada tidurnya.Dia mengambil nafas dalam.Sudah lama dia tak bermimpi tentang kemalangan yang ditimpanya 20 tahun lalu.Dia turun menuju ke dapur untuk mengambil minuman.

Jaebum mula memikirkan mimpinya tadi.Gelas masih ditangannya.Hyunsik yang juga bangun ketika itu menghampiri Jaebum.

"Eoh?Buat apa kat sini?",tegur Hyunsik.Dia mengambil minuman dari peti lalu duduk di hadapan Jaebum.

"Jaebum mimpi pasal accident"jawabnya pendek.Entah mengapa dia rasa mimpi itu seolah-olah memberi petunjuk namun dia tak dapat nak merungkainya.

"Tak ada apa kot Hyung rasa.Kadang tu sebab trauma pun boleh buat kita teringat balik dengan perkara yang lama.",Hyunsik menenangkan adiknya.Jaebum hanya mengiyakan kata-kata abangnya.

                               ~~~

Jaebum meneruskan harinya sebagai ketua chef di restoran syarikat milik ayahnya.Hyunsik pula bekerja sebagai pengarah syarikat.Kalau nak dibandingkan dirinya dan Hyunsik,hubungan Hyunsik dan ayahnya lebih rapat.Sejak kemalangan itu,ayahnya banyak berdiam diri.Emaknya pula tak dapat nak diselamatkan.

"Annyeonghasayeo,JB hoejang(ketua).",sapa pekerjanya.Walaupun dirinya bergelar ketua dan anak CEO syarikat,tidak pernah sesekali dia meninggi diri di depan pekerjanya yang mana membuatkan dirinya disenangi ramai.

"Ada apa-apa event hari ni?",tanya Jaebum kepada pembantunya yang juga merupakan kawan baik dari sekolah.

Jinyoung melihat semula buku temujanji.Dia menggeleng.

"Ermm..hari ni tak ada event cuma ada kunjungan dari tetamu VVIP syarikat.Jadi Tuan Im pesan supaya kita menyediakan layanan yang istimewa.Restoran juga harus ditutup untuk keselesaan pelanggan kita.",terang Jinyoung.Jaebum mengeluh kecil.Sudah berapa hari restorannya ditutup oleh kerana tetamu VVIP ayahnya.

"Macam mana dengan keuntungan restoran?",tanya Jaebum lagi.

"Sedikit menurun kalau dibandingkan dengan bulan lepas.", Jinyoung menjawab.Dia juga seperti Jaebum yang kurang bersetuju dengan arahan Tuan Im supaya menutup restoran setiap kali tetamu VVIP melawat syarikat.

"Kita buat sepertimana diarahkan.",Jaebum bersuara.Jinyoung hanya mengangguk sebelum meninggalkan pejabat Jaebum.

Keadaan di dapur agak sibuk.Tiada seorang pekerja pun yang berehat.Masing-masing fokus dengan kerja yang dibahagi oleh Jaebum.

Tetamu VVIP sudah mengambil tempat.Makanan mereka dihidangkan sendiri oleh Jaebum dan beberapa pekerja yang lain.Tuan Im dan Hyunsik juga turut menyertai tetamunya.

Tetamu yang menjamu selera tak berhenti memuji masakan mereka.Sesudah menjamu selera,salah seorang tetamu ingin bertemu dengan ketua chef restoran itu.Jaebum keluar menemui tetamunya bila diberitahu tetamu mahu berjumpa dengannya.Langkah Jaebum turut diiringi Jinyoung.

"Annyeonghasayeo......Im Jaebum imnida."Jaebum mengenalkan dirinya.Tuan Im memandangnya seperti orang asing.Hyunsik yang perasan dengan muka Jaebum yang sedikit muram berdiri seraya memeluk bahu adiknya.

"Jaebum juga anak kepada CEO Im.Bermakna dia juga pewaris syarikat namun dia diberi bahagian menguruskan restoran.",Hyunsik mengenalkan Jaebum sepertimana yang sepatutnya ayah mereka lakukan.Para tetamu bertambah teruja mendengarkan penjelasan Hyunsik.

"Untunglah CEO Im,sorang uruskan syarikat,sorang lagi uruskan restoran.CEO mesti banggakan?",Tuan Im mengangguk lalu memberi senyuman palsu.Jinyoung memandang geram Tuan Im.

Para tetamu mula meninggalkan restoran selepas berbincang pasal syarikat.Tuan Im dan Hyunsik menghantar tetamunya ke pintu.Jaebum menuju ke arah ayah dan abangnya yang masih berdiri di depan pintu.

ɦɨɖɖɛռ ֆɛƈʀɛȶֆ  || ⁱᵐ ʲᵃᵉᵇᵉᵒᵐ || ✓Where stories live. Discover now