🎭6

113 35 18
                                    

"Jaebum-mi....", Jaebum menoleh ke belakang bila namanya dipanggil.Tuan Im memanggilnya sambil tersenyum mesra.Jaebum menjadi teruja bila Tuan Im melambai tangan ke arahnya.

"Appa...",Jaebum berlari menuju ke arah ayahnya.Tiba-tiba tangannya disentak membuatkan badannya terpusing semula ke belakang.

"A..pp..Appa?",muka yang tersenyum mesra tadi hilang dalam sekelip mata dan kini muka yang selalu dilihatnya berada di depan mata Jaebum.

Dia menoleh semula ke tempat Appanya yang tersenyum tadi berdiri namun tiada di situ.

"Kau patut mati!!!!!",dirinya ditolak dan kini berada dalam lautan yang sama seperti 20 tahun lepas.Dia cuba untuk berenang ke permukaan namun gagal sehinggalah dirinya ditolak dari bawah.Jaebum memandang ke bawah dan ternampak seorang lelaki yang menolaknya.Hanya satu perkataan yang terungkap dari mulutnya.

Appa.

Jaebum membuka matanya sebaik jam penggera telefonnya berbunyi.Dia menutup jam yang membingitkan telinga itu.Dia melihat jam pada telefonnya.7:40 pagi.

                                    ~~~

Hari itu Jaebum tidak masuk pejabat disebabkan tiada sebarang temujanji ataupun mesyuarat.Hanya satu tempat yang dia akan berkunjung.Rumah kawan baiknya.

Jinyoung membuka pintu rumahnya bila loceng berbunyi berulang kali.Dia yang sudah masak dengan perangai Jaebum hanya mampu bersabar.

Jaebum tersenyum lebar sebaik Jinyoung membuka pintu.Dia menghulurkan sejambak bunga yang dibeli dalam perjalanan tadi.

"Erghh....kau ingat aku ni yeochin kau ke nak bagi bunga.", Jinyoung merungut selepas mengambil bunga yang dihulur Jaebum lalu dicampak ke atas meja.Terbeliak mata Jaebum melihat kelakuan Jinyoung.

"Kau campak bunga aku...", Jinyoung memandang geram.

"Setakat bunga plastik,baik aku kitar semula daripada simpan.",ujar Jinyoung lalu ke dapur.Jaebum tergelak besar bila Jinyoung perasan bunga yang dibawanya tadi bunga plastik.

"Hyunjin mana?",tanya Jaebum.Selalunya mesti ada bayang budak itu setiap kali dia berkunjung ke rumah Jinyoung.

"Kelas tambahan.Wae?",jawab Jinyoung.Dia menunggu air yang dimasak untuk membancuh kopi.Jaebum hanya menggeleng.Saja dia bertanya.

Jinyoung membawa kopi yang sudah siap dibancuh ke ruang tamu.Jaebum yang sedang terbaring memandang kawannya.

"Kau nak aku simbah air ni kat muka kau?Bangun cepat.",marah Jinyoung bila Jaebum hanya terbaring.Jaebum tersengih mendengar bebelan kawannya.Sehari mulut tu tak berbunyi memang tak sah.

"Arasseo....aku ada benda sebenarnya nak cerita kat kau.",Jaebum mulakan perbualan.

"Apa?",tanya Jinyoung teruja.

"Macam ni cerita dia,kita minum kopi dulu.",Jaebum saja mengenakan Jinyoung.Muka Jinyoung pada ketika itu faham-faham jelah.

Habis secawan kopi,Jaebum mulakan ceritanya.Jinyoung pula yang sudah bersedia dari awal lagi,memeluk bantal.

"Tuan Im yang selamatkan kau?Lepas tu kau cakap Tuan Im nampak lain dari biasa.", Jinyoung meraut dagunya.Setahu dia,Hyunsik yang selamatkan Jinyoung.

"Entah aku pun malas nak fikir panjang.Aku dah penat dengan semua ni.Jom keluar nak?",ajak Jaebum.Jinyoung setuju dengan ajakan Jaebum disebabkan dia juga puas duduk rumah.

ɦɨɖɖɛռ ֆɛƈʀɛȶֆ  || ⁱᵐ ʲᵃᵉᵇᵉᵒᵐ || ✓Where stories live. Discover now