🎭3

121 37 12
                                    

Jaebum pergi ke rumah Jinyoung memandangkan hari itu cuti.Selepas apa yang terjadi semalam,dia tak dapat nak tidur dengan lena.

Jinyoung seperti biasa sentiasa menyediakan makanan setiap kali Jaebum berkunjung ke rumahnya.Hyunjin pula menonton tv di ruang tamu bersama Jaebum.

Jinyoung datang dengan membawa dulang yang berisi makanan dan air oren.

"Kalau kau ni perempuan,dah lama aku ajak kahwin",Jaebum mengambil minuman yang dibawa tadi.Hyunjin tergelak besar mendengar lawak Jaebum.

"Kalau aku perempuan sekalipun,memang tak aku nak kahwin dengan kau.",balas Jinyoung.Jaebum tersengih.Jinyoung memandang muka Jaebum yang nampak agak keletihan.

"Kau ada masalah ke...muka kau nampak lesu sikit.",tegur Jinyoung.Dia memang tak akan bermain teka teki sendiri sebaliknya akan terus mencari jawapan darj kawan baiknya itu.

"Aku tak boleh tidur semalam.Tu yang macam panda ni.",Jaebum menggosok matanya.Hyunjin turut memandang muka Jaebum bila abangnya bertanya.Memang nampak lesu muka Jaebum pada hari itu berbanding hari biasa.

"Kau mimpi buruk lagi?",Jaebum hanya mengangguk.Dia mengambil makanan pula.Sebelum ini,Jaebum pernah beritahunya yang dia ada mimpi buruk.

Selesai minum,Hyunjin keluar pergi ke kelas tambahan.Jinyoung mengambil kesempatan bertanya sementara hanya mereka yang ada di rumahnya.

"Ceritalah mimpi kau dekat aku."Jinyoung membodek.Jaebum yang menonton tv itu,memandang Jinyoung.

"Tak nak,sebab kau tak nak kahwin dengan aku.",seloroh Jaebum.Jinyoung mengetap giginya menahan geram.Dia mengambil biskut dari tangan Jaebum.

"Cepatlah..aku nak tahu.",rayu Jinyoung.Jaebum pun akur bila melihat Jinyoung yang bersungguh membodeknya.

"Aku mimpi Appa bunuh aku.",ceritanya pendek.Jinyoung sedikit terkejut dengan mimpi Jaebum.Dia berdiam kerana menyuruh Jaebum menceritakan sepenuhnya.

"Tu satu yang aku pelik.Kenapa dia nak bunuh aku,lepas itu yang kedua pula,ada seorang lelaki yang selamatkan aku dalam mimpi tu.",cerita Jaebum.

"Siapa lelaki tu?",tanya Jinyoung pula.

"Tu yang aku keliru,sebab aku tak nampak muka dia.Suara dia aku pernah dengar tapi tak ingat kat mana.Aku rasa mimpi tu macam betul-betul berlaku sebab bila aku sedar tu kan,sakit gila perut aku.Nasib baik Hyung datang bila aku call dia."

Jinyoung mengerutkan dahinya.Seram ada musykil pun ada.

"Aku rasa tu macam petunjuk cuma kau belum tangkap maksud sebenar mimpi tu.",Jinyoung memberi pemdapat.Jaebum mengangguk setuju kerana dia juga merasakan benda yang sama.

"Kau dah maklumkan belum pasal pekerja ganti tu dekat Tuan Im?", Jinyoung mengubah topik.Mendengar soalan itu,Jaebum tersenyum.Jinyoung memandangnya pelik.Dah kenapa tanya pasal kerja tersenyum.

"Appa aku ada cakap dengan aku pagi tadi.Esok pekerja tu masuk.Perempuan katanya.",Jaebum memberitahu.

"Esok?Cepatnya....tak ada temuduga ke?",tanya Jinyoung pelik.Setahunya,Tuan Im seorang yang cerewet kalau melibatkan pekerja.Ini senang pula dia menerima pekerja lain.

"No interview sebab dia tu pekerja ganti je.Lagipun dalam 2 bulan rasanya dia kerja dengan kita.",terang Jaebum.Jinyoung hanya mengangguk faham.Jaebum mengambil semula biskut yang diambil Jinyoung tadi.

                               ~~~

"Aku bagi kau masa sebulan untuk perhatikan dia,cari kelemahan dia dan selepas tu baru aku bagi arahan supaya lenyapkan dia dari dunia ni.",lelaki tua itu meletakkan panggilan.

ɦɨɖɖɛռ ֆɛƈʀɛȶֆ  || ⁱᵐ ʲᵃᵉᵇᵉᵒᵐ || ✓Where stories live. Discover now