🎭9

158 37 17
                                    

Hyunsik terduduk selepas mengetahui perkara sebenar.Dia terdiam mengingatkan perbuatan ayahnya yang sanggup bunuh adiknya sendiri demi harta.Encik Heo yang selalu bersama ayahnya pula,ayah saudara kandung belah emak?

Tuan Im memegang bahu Hyunsik.Sedikit pun tiada penyesalan selepas menceritakan perkara yang sebenar.

"Ayah lakukan semua ni untuk kamu",pujuk Tuan Im.Hyunsik menepis tangan ayahnya.Berani ayahnya menganggap semua yang terjadi 20 tahun lepas seperti perkara biasa.

"Anni....Appa buat semua ni bukan untuk Hyunsik...semua ni untuk Appa dengan pembantu setia Appa.So,don't you dare to involve me in the crime you committed.",marah Hyunsik.Sekarang ni dia memikirkan nasib Jaebum yang tinggal berseorangan di Seoul.

"Selepas Jaebum genap 25 tahun,semuanya akan hilang.Jawatan pengarah yang kamu pegang sekarang ni akan hilang dalam sekelip mata.Kita ada masa lagi seminggu sebelum hari lahir Jaebum.Please,hargai usaha Appa selama 10 tahun rancang semua ni.",pujuk Tuan Im lagi.

Dia tak akan lepaskan semua buat masa sekarang.Kalau Hyunsik tetap berkeras dengan keputusannya,Tuan Im tak akan teragak-agak mengurung anaknya.Hyunsik berhenti selepas apa yang dikatakan Tuan Im.

"Hilang?Appa,pernah ke Hyunsik merayu kat Appa nak semua harta yang Kita ada sekarang.Ni semua sebabkan Encik Heo yang tamak tu!",tengking Hyunsik.

Tuan Im menampar Hyunsik.Terketar-ketar tangannya.Seumur hidupnya,ini kali pertama dia mengangkat tangan pada anaknya.Air mata Hyunsik mengalir laju.

"He's your uncle.Tolong hormat dia.",kata Tuan Im.Hyunsik tersenyum sinis.Pakcik?Selama 6 tahun dia menganggap Encik Heo sebagai pembantu ayahnya.Sekarang Tuan Im suruh tunjuk hormat pada orang yang selama ini tunduk hormat padanya.Dia tak mengendahkan kata-kata ayahnya dan pergi dari situ.

Tuan Im mengeluarkan telefonnya.Panggilan dibuat selepas dia menekan nama abang iparnya.

"Kau halang Hyunsik dari musnahkan rancangan kita.",Tuan Im meletakkan panggilan.

                                   ~~~

Beberapa kali Hyunsik menelefon Jaebum,tapi Jaebum tidak mengangkat kerana sibuk menyelongkar bilik ayahnya.Akhirnya dia terjumpa sebuah dokumen lama tentang dirinya.

Sijil kelahiran Tahun 1995

Nama bayi:Jaebum

Nama keluarga:Im

Tarikh lahir:6 Januari 1995

Jantina bayi:Lelaki

Masa kelahiran:10:45 P.M

Nama bapa:Im Jinwoo

Nama Ibu:Kim Yongsul

Jaebum melipat sijil kelahiran itu masuk ke dalam poket bajunya.Dia mengemas semula supaya tak tinggal sebarang tanda-tanda di bilik ayahnya.

Sedang dia menuruni tangga rumahnya,kedengaran kereta masuk di perkarangan rumahnya.Loceng  rumah dibunyikan.Jaebum melihat melalui cctv rumahnya dan dia sedikit terkejut melihat Jeongyeon berada depan rumahnya.

"Jeongyeon...apa yang--",dalam sekelip mata,Jaebum rebah di hadapan pintu.Encik Heo mengangkat Jaebum di belakangnya dibantu oleh Jeongyeon.

ɦɨɖɖɛռ ֆɛƈʀɛȶֆ  || ⁱᵐ ʲᵃᵉᵇᵉᵒᵐ || ✓Where stories live. Discover now