🎭4

133 37 9
                                    

Hari itu,mereka yang pergi ke Hongcheon bersiap-siap.Hanya lima orang yang pergi disebabkan orang yang tak ramai.Mereka yang pergi ialah Jaebum,Jonho, Jeongyeon,Wooyoung dan Miyeon.Jinyoung pula ditugaskan menguruskan restoran semasa ketiadaan Jaebum.

"Semua dah siap ke?Van Kita dah datang ni.",tanya Jaebum.Jonho berlari menuju ke arah mereka bila dipanggil.

"Joesonghabnida,hoejang-nim.Saya ke tandas tadi.",terang Jonho sebelum dia dimarahi.Jaebum hanya mengangguk lalu tersenyum kerana van mereka juga masih belum sampai.Mereka yang lain tertawa kecil melihat muka Jonho yang terkebil-kebil itu.Dia tersengih malu.

Mereka terus bertolak sejurus van datang mengambil mereka.

                                 ~~~

Jaebum memberitahu mereka senarai menu yang perlu dimasak.Dia juga menampal senarai itu supaya senang pekerjanya.

1.Stik lembu
2.Pasta Carbonara
3.Spagetthi Oglio
4.Coslaw sayuran
5.2 jenis minuman(wain dan jus oren)

Mereka masak dalam jumlah sederhana oleh kerana hanya untuk 20 orang.

Wooyoung dan Miyeon ditugaskan menyusun makanan di tepi kolam renang.Maklumlah itu juga merupakan bachelor party(parti bujang sebelum lelaki berkahwin).

Dalam pukul 7 petang,semua makanan sudah tersedia.Jeongyeon dan Jonho pula ditugaskan menjaga makanan.Kliennya itu juga sudah datang bersama kawan-kawannya.

Tanpa disedarinya,sepasang mata mula memerhati Jaebum yang sedang membersihkan dapur dari luar.

"Hai....jomlah join kiteorang",ajak seorang lelaki yang separuh mabuk.Dia menarik tangan Jeongyeon.Jeongyeon menolak ajakan itu.Jonho pula sudah cemas bila lelaki itu menarik tangan Jeongyeon.

"Noona....tukar syif dengan Wooyoung Hyung.Bahayalah",Jonho bisik ke telinga Jeongyeon.

Jeongyeon menggeleng kerana petang tadi Wooyoung sudah menguruskan persiapan.Dia hanya buat tak tahu dengan lelaki tadi.Sedang dia menutup makanan,sekali lagi tangannya ditarik.

"Lepaslah!",marahnya lalu merentak kasar tangan lelaki tadi.Bengang dengan sikap Jeongyeon,dia menarik pula rambut Jeongyeon.Kali ini Jonho terpaksa campur tangan.

"Encik...lepaskan tangan kawan saya.Tolong jangan buat masalah kat sini.",pinta Jonho.Lelaki itu tergelak besar.Dia memandang Jonho dari atas ke bawah.

Buk!!!

Jonho terjatuh ke tanah selepas ditumbuk.Jeongyeon menjerit melihat adegan itu.Terjadi kekecohan bila Jonho membalas pukulan itu.

Jaebum yang terdengar riuh rendah dari luar meninggalkan kerjanya.Sebaik melihat Jonho sedang bergelut,dia masuk campur.Jeongyeon disuruhnya masuk ke dapur.

Jaebum menarik bahu lelaki yang sedang memukul Jonho lalu menumbuk muka lelaki itu.Kawan lelaki itu memukul Jaebum namun dapat dielak.Tangannya dipulas ke belakang.Terjerit lelaki tadi dibuatnya.Seorang lelaki yang badannya agak tinggi memukul Jaebum dari belakang.Akibat pukulan itu,Jaebum tersembam ke tanah.Jonho mengambil sebatang kayu lalu memukul tangannya.Pandangan lelaki tinggi itu kini ditumpukan pada Jonho.Jonho membuang kayu itu ke tepi.Belum sempat dia mengangkat tangan,Jaebum memegang kakinya.

Dia menarik Jaebum supaya berdiri.Dia tak memukul sebaliknya menolak Jaebum jatuh ke dalam kolam.

Jaebum cuba mengapungkan dirinya namun gagal.Pada masa itu juga,Jaebum teringat semula  kemalangan 20 tahun lalu.Dia tak dapat menahan lagi nafasnya dan mula bernafas melalui hidung yang membuatkan air masuk ke saluran pernafasan.Lama kelamaan,pandangannya semakin kabur.

ɦɨɖɖɛռ ֆɛƈʀɛȶֆ  || ⁱᵐ ʲᵃᵉᵇᵉᵒᵐ || ✓Where stories live. Discover now