Pagi ini Tengku Shahrizal bangun sendiri kerana isterinya tidak sudi bercakap dengannya lagi.Dia bangun duduk dari pembaringannya di atas sofa.Dia melihat Hani sedang duduk makan di meja makan yang berhampiran dengan ruang tamu itu.Dia berdiri dan mendekati isterinya.
"Sayang dah lama bangun ke ?".Soal Tengku Shahrizal lembut.
"Kenapa kau nak tahu ?".Jawab Hani dengan pandangan yang sinis.Tengku Shahrizal menarik kerusi di sebelah Hani dan duduk di kerusi tersebut.Dia mengeluh kecil.
"Jahat sangat ke Bie ni..sampai sayang berkasar macam ni sekali ?".Soal Tengku Shahrizal lembut dalam nada sayu.
"Kalau dah nama pun keturunan pembunuh..ada ke yang baik ?".Ujar Hani dalam nada biadap.
"Tapi Bie ni kan suami sayang..kenapa sayang tak boleh terima Bie..apa dosa Bie dekat sayang ?".Ujar Tengku Shahrizal lembut.
"Dosa kau sebagai anak pembunuh".Ujar Hani dengan suara menekan.
"Bie pun tak tahu..apa yang Bie tak cuba buat untuk hubungan kita..tapi last..last..Bie kena tempias dia balik..kenapa sayang taknak fikir dulu sebelum bertindak ?".Ujar Tengku Shahrizal lembut.
"Kenapa nak berfikir dulu ? kau tak layak dapat layanan yang baik dari aku".Ujar Hani sinis.
"Kalau sayang taknak Bie lagi..Bie faham..tapi izinkan Bie jaga anak kita sayang..Bie nak jadi ayah yang baik..dan Bie juga nak jadi suami yang baik".Ujar Tengku Shahrizal sayu.
"Kau tak layak nak jadi ayah kepada anak-anak aku..kau tak takut esok orang panggil anak-anak ni...anak kepada anak pembunuh ?".Soal Hani dengan biadap.Tengku Shahrizal terdiam dengan soalan Hani itu.
"Kita mampu betulkan semula hubungan kita ni..dan Bie janji Bie akan jaga sayang sampai bila-bila".Ujar Tengku Shahrizal lemah.
"Kau cakap lah apa pun Shahrizal..aku tetap akan benci kau..hati aku ni sakit..tak boleh nak ubat lagi dah..kau guna cara halus pun..takkan pulih sebab luka dekat hati ni besar".Hani bangun dan pergi ke dapur.Selepas menyelesaikan tugasnya di dapur Hani segera naik ke biliknya semula kerana dia benci ingin bersemuka dengan Tengku Shahrizal.
"Sayang nak pergi mana ?".Soal Tengku Shahrizal.
"Kau tak payah nak tunjuk baik sangat lah..nak tahu apa yang aku buat dan nak tahu aku pergi mana ?".Jawab Hani biadap dan terus naik ke biliknya.
"Ya allah..kau teguhkanlah hubungan rumahtanggaku ya allah..kau lembutkanlah hati isteriku supaya kembali kepadaku ya allah..sesungguhnya aku tidak mampu menjalani kehidupan seperti ini ya allah".Doa Tengku Shahrizal dan menangis teresak-esak.Hanya tangisan yang dapat melegakan luka di hati.
~~~~~~~~~~~~~~~
Damia yang sedang duduk di rumah itu sedang termenung mengenangkan nasib Hani dan Tengku Shahrizal dengan wajah yang sinis.
"Hmmm..baru puas hati aku dapat hancurkan kau Shahrizal..kau boleh buang aku sesuka hati je ? hmmm..aku pun boleh buat kau dibuang tanpa dihargai okay".Ujar Damia seorang diri sinis.
"Apa yang u merungut Damia..tak habis lagi ke ? cukup-cukuplah u dah hancurkan hidup Rizal tu..apa lagi yang u tak puas hati".Soal lelaki itu.
"U tak payah nak tunjuk baik sangat ehh..u pun terlibat dengan plan I tau..so kalau I kena dengan Rizal u pun mesti tempias sekali kan".Ujar Damia sinis.
"U ni memang tak habis-habis nak hancurkan hidup orang lah Damia..u tak takut ke kalau tuhan bagi bala dekat u".Ujar lelaki itu.
"U pun tak takut ke bala I tu tempias dekat u..u pun bersubahat juga untuk hancurkan Rizal..tak payah nak jadi munafik sangat boleh ?".Ujar Damia sinis.Dia bangun dari duduknya dan duduk di atas riba lelaki itu.
"Rizal dah taknak layan I lagi..sekarang tugas tu berpindah dekat u..so please layan I..I tahu..u marah pun..u still nak sentuh I kan".Ujar Damia menggoda.Dia mencium bibir lelaki itu dan lelaki itu terbuai dengan layanan Damia.
Dia mengendong Damia masuk ke bilik dan mereka melayari bahtera yang tidak lagi halal itu.Mereka hanyut di dalam belenggu dosa zina.
YOU ARE READING
Surat Cinta Dari Sanliurfa [COMPLETE]
RomanceTengku Shahrizal Hayrat - Lelaki pujaan wanita,romantik,penyayang Hani Nazirah - Wanita yang dijadikan pelepas nafsu. Damia Hana - Wanita yang sanggup buat apa sahaja demi kepentigan diri. Tengku Fazriq - Penggoda wanita yang tidak berperikemanusiaa...