BAB 33

44 3 0
                                    

Tengku Shahrizal harini pulang dari pejabatnya awal.Dia rasa tegang beberapa harini selepas kejadiannya di rumah Tengku Fazriq.Dia tidak puas hati dengan dirinya sendiri.Dia menghubungi Tengku Fazriq.

Tengku: Hello Riq,aku nak tanya kau pasal Damia.

Fazriq: Haa..kenapa ?.

Tengku: Dia okay tak...haritu teruk jugak aku kerjakan dia.

Fazriq: Memang lunyai lah..tapi aku jaga dia baik-baik.

Tengku: Aku tahu...teruk aku pukul dia haritu..setengah mati aku kerjakan dia..tapi aku tak dapat kawal amarah aku.

Fazriq: Salah aku juga..sebab bagi kau buat kerja gila tu..tapi aku sendiri pun nak dia sedar dengan segala kesalahan dia.

Tengku: Aku minta maaf Riq..kalau aku dah buat kau susah sebab aku.

Fazriq: Dah lah Rizal..benda dah lepas..lupakan je lah..okay lah aku ade kerja ni..bye.

Tengku: Okay bye.

Tengku Shahrizal mematikan panggilannya.Dia tidak perasan sepanjang perbualannya dengan Tengku Fazriq telah dicuri dengar oleh Hani Nazirah dari belakangnya.Tengku Shahrizal memusingkan badannya.Alangkah terkejutnya dia,melihat isterinya yang berdiri tegak memandangnya dan mengalirkan airmata.

"Sayang kenapa ni ?".Soal Tengku Shahrizal pelik.

"Bie jujur dengan sayang........betul ke Bie pukul Damia teruk ? betul ke Bie yang buat semua tu".Soal Hani dalam linangan airmata.

"Bie minta maaf..sebab dia lah Bie......".Kata-kata Tengku Shahrizal terhenti apabila satu tamparan kuat hinggap di pipinya.

"Kenapa Bie kejam sangat buat perempuan macam tu..Bie tak patut pukul dia..bukan itu cara yang mampu menyelesaikan masalah Bie".Jelas Hani dalam tangisan yang lebat.

"Sayang".Panggil Tengku Shahrizal lemah.

"Sayang taknak ada suami kejam macam Bie lah..sayang malu ada suami macam Bie..psiko".Ujar Hani marah dalam tangisannya.

Tengku Shahrizal tidak dapat menahan sabar lagi.Dia menolak Hani hingga terjatuh ke atas tilam.Hani memegang perutnya yang sakit akibat tolakan suaminya.

"Aku...dah penat..jadi baik..untuk kau Hani Nazirah...kau punca orang hina aku..caci aku..tinggalkan aku Hani".Jerit Tengku Shahrizal kepada isterinya.Terkedu Hani melihat perangai suaminya yang berubah seratus peratus itu.

"Biee..mengucap..kenapa jadi macam ni".Ujar Hani Nazirah dalam tangisan.

"Aku dah penat..penat pura-pura demi cinta kita..aku penat cari perhatian kau..aku dah tak sanggup".Ujar Tengku Shahrizal lemah.

"Bie..jangan buat sayang macam ni..sayang cuma taknak Bie ikut hawa nafsu Bie tu je..tapi sayang..sayangkan Bie..tolong lah Bie".Ujar Hani dalam tangisan yang lebat.Dia menyentuh pipi suaminya yang ditamparnya tadi.

"Jangan pernah kau rasa bersalah sebab kau tampar aku...aku memang patut diajar dengan cara macam ni".Ujar Tengku Shahrizal lemah.Dia jatuh di atas badan Hani dibawahnya.Hani menolak suaminya ke sisi.

"Biee..Biee..Biee..Bie bangun lah".Hani mengoncang badan suaminya.Tengku Shahrizal pengsan.Hani membetulkan pembaringan suaminya dalam keadaan yang mengah kerana kandungannya.

Hani : Helena..please datang sekarang..tolong saya..Tengku pengsan.

Hani membuat panggilan dengan Helena.Dia sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan suaminya itu.Tiba-tiba sahaja dia naik hantu sehingga sanggup mencederakan Hani.

Surat Cinta Dari Sanliurfa [COMPLETE]Where stories live. Discover now