Harini Tengku Shahrizal ada urusan di luar bandar berkenaan dengan projek barunya.Dia hanya mengenakan pakaian yang casual supaya lebih rasa selesa bekerja nanti.Hani sedang menyiapkan sarapan pagi buat suaminya.
"Good morning wifey".Ucap Tengku Shahrizal lembut.Dia mengucup belakang kepala Hani.
"Good morning hubby".Hani membalas kucupan di bibir suaminya sebaik sahaja Tengku Shahrizal berada di sisinya.
"Ada je akal dia..ehh".Ujar Tengku Shahrizal yang memandang Hani dengan pandangan yang kecil.
"Alaa..nak goda Bie je pun..dah lah harini kerja jauh..nanti kalau sayang rindu macam mana ?".Soal Hani mengada.
"Rindu call je lahh".Ujar Tengku Shahrizal selamba.
"Ishh..cakap macam orang takda perasaan".Omel Hani Nazirah seorang diri.
"Yelah..nanti balik Bie bagi bunga nak ?".Soal Tengku Shahrizal.
"Nakkk...tapi dengan coklat sekali..banyak-banyak tau".Ujar Hani Nazirah teruja.
"Okay sayang...dah lah..nanti Bie lambat pulak pergi kerja".Ujar Tengku Shahrizal meminta diri.
"Okay...Bie hati-hati tau".Ujar Hani kepada suaminya.
Mereka berpelukan seketika.Hani mencium bibir suaminya dan pipi suaminya.Tengku Shahrizal membalas dengan kucupan di dahi dan leher jinjang milik Hani.Hani tersenyum bahagia.Dia melambaikan tangan kepada suaminya sehingga hilang bayang.
~~~~~~~~~~~~~~~
Hani Nazirah sedang makan roti manis yang sentiasa dibekalkan oleh Tengku Shahrizal semenjak Hani mengandung ini.Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk.Hani bangun dari duduknya dan membuka pintu.Alangkah terkejutnya Hani apabila melihat Damia berada di hadapan rumahnya.
"Boleh I masuk ?".Soal Damia berlagak diva.
"Sila lah".Jemput Hani.Dia bagai bermimpi sekarang ini apabila melihat Damia di dalam rumahnya.
"Rizal ada ke ?".Soal Damia berlagak.
"Tengku takda..dia ada kerja luar bandar..kalau awak nak jumpa....".Kata-kata Hani tergantung apabila Damia membidas.
"No...I nak jumpa u sebenarnya".Ujar Damia mendatar.
"Kenapa nak jumpa saya ?".Soal Hani pelik.Dia tidak pernah berurusan dengan Damia tetapi wanita itu ingin berjumpa dengannya.
"Sebenarnya I datang nak minta maaf dekat u pasal I dengan Rizal dekat Airport haritu..I tak tahu dia dah kahwin dengan u...so I minta maaf".Ujar Damia berlagak.
"Takpa..saya tak amik hati pun".Ujar Hani sayu.
"Tapi I just nak ingatkan u lah..u now dah jadi wife Rizal..u kena tahu kisah silam dia..family dia..macam I..memang dah sedia tahu".Damia ingin memasukkan Hani didalam perangkapnya.
"Sokay..saya dah tahu tentang family dia..awak tak perlu nak bagitahu saya tentang peribadi suami saya..".Ujar Hani menegakkan keadilan buat suaminya.
"U kenal Rizal yang macam mana ehh ? Rizal yang romantik..Rizal yang penyayang..Rizal yang menjadi pujaan wanita..and paling teruk pun u kenal dia..sebagai buaya darat ?".Ujar Damia ingin menduga.
"Apa yang sebenarnya awak nak cakap dekat saya ehh Damia ?".Soal Hani tidak puas hati.
"U tak kenal Rizal sebagai anak....pembunuh kan...u tak kenal siapa Shahrizal Hayrat...dia dari keturunan pembunuh dan membunuh..so how..u still nak duduk dengan pembunuh lagi ke ?...and paling teruk u kandungkan anak keturunan pembunuh Hani..so sad...".Ujar Damia yang berasa puas kerana dia berjaya menghasut Hani.
"Awak tak salah orang kan Damia..saya taknak awak tuduh-tuduh suami saya".Ujar Hani inginkan kepastian.
"Come on Hani...your husband..Shahrizal Hayrat..is killer..".Ujar Hani berlagak.
Tidak lama lepas itu.Damia meminta diri untuk pulang.Selepas menghantar wanita itu ke pintu,Hani terus menuju ke pejabat peribadi Tengku Shahrizal untuk mendapatkan maklumat yang dikongsikan Damia tadi.Dia menyelongkar seluruh pejabat itu dan akhirnya dia terjumpa sebuah fail yang betulis 'SULIT'.Dia membuka fail tersebut dan terdapat beberapa dokumen penting dan beberapa keping gambar.
"U kenal Tengku Faruk..orang yang bakar rumah u dan buat u hilang dua nyawa..hmm..husband kesayangan u tu anak dia lah...sebab tu perangai anak dan bapak takda beza".Hani teringat kata-kata Damia tadi.
"Ayah...ibu...kenapa allah uji Hani macam ni".Meraung Hani yang sudah jatuh terduduk.
YOU ARE READING
Surat Cinta Dari Sanliurfa [COMPLETE]
RomantiekTengku Shahrizal Hayrat - Lelaki pujaan wanita,romantik,penyayang Hani Nazirah - Wanita yang dijadikan pelepas nafsu. Damia Hana - Wanita yang sanggup buat apa sahaja demi kepentigan diri. Tengku Fazriq - Penggoda wanita yang tidak berperikemanusiaa...