16

3.7K 58 17
                                    

"Hish, bergegau la kereta, awak berdengkur! Macam gergasi!" Emma tepuk bahu Afdlin.

"Nak gerak ke?" Afdlin terpinga-pinga.

"Gerak lah. Sebenarnya saya tak selesa dengan Prof Saidin tu. Agak pervert."

"Hansap?"
"Tu biasa lagi. Ni tahap hentai."
"Then Fiona?"
"Takde apa, tutup cerita."

Emma terus memandu keluar.

"Dah tu, kenapa pergi rumah dia?"
"Gomenasai. Saya panik."

Afdlin mengangguk faham. Berat juga nak selamatkan bidadari yang tersesat atas bumi ni. Dah macam damsel in distress!

--

Emma, Af dan Danial bertiga melihat kapal-kapal dari jeti Mersing berlabuh, menurunkan hasil ikan.

Ikan yang ditangkap ialah ikan tongkol dan ikan kembung.

"Rasanya best tak jadi nelayan?" tanya Afdlin pada Emma.
"Awak takkan boleh tahan punya. Awak tu kurang sabar," Emma ketawa.

Afdlin ketawa.

"Semua salah Mahathir. Dia yang selalu asyik kutuk ekonomi pertanian je dulu. Apa salahnya ekonomi pertanian, perikanan?"

"Woi hawau, apa yang awak merepek ni? Nak kena penampau sampai berbirat baru nak sedau?" tetiba Emma mencarut dalam loghat Melaka ni dah kenapa?

"Kenapa?"

"Boleh tak, awak jangan tengok semua benda dalam dunia ni berlaku, sebab politik. Politik cuma bunyi bising yang tenggelamkan zen awak, Af," Emma pegang tangan Af.

"Kenapa? Saya tak dibenarkan untuk luahkan pandangan saya ke bila saya couple dengan awak?" kata Afdlin, mula dengan nada tegas.

"Af?"

"Awak pun side dorang jugak ke?"

"Saya tak sebelah kanan, tak sebelah kiri. Saya cuma ada di sebelah awak sahaja. Macam labah-labah yang buat sarang di celah lalang," Emma pegang tangan Afdlin.

"Awak sedang dibedil hebat. Saya nak awak berehat. Saya nak luangkan masa dengan awak. Tak ada siapa yang kenal dan menyapa kita."

"Saya cuma nak merawat awak, Af. Bukan ke tugas bidadari yang tersesat di bumi, memastikan yang luka orang yang dia sayang, sembuh?"

Lagu Percayalah dari Datuk Siti Nurhaliza berkumandang sayup-sayup sambil berlawan dengan, dari bunyi pejabat tiket feri ke Pulau Tioman.

"Celakak, timing lagu tepat la pulak!" Af tergelak.

"Sebagai girlfriend awak, saya nak mengubah awak jadi lelaki yang baik, pada saya. Pertama, awak kena disiplin makan. Pastikan gizi seimbang."

"Peh, ni nak suruh diet ke?"
"Awak berdengkur sebab lemak kat leher block oksigen awak la sayang. Saya tak nak sampai kena pergi klinik tidur," Emma tepuk-tepuk leher Af.

"Saya nak awak yakin untuk bersama saya. Saya nak awak jadi Takishido Kamen!" kata Emma, bersuara manja.

"Awak Usagi ke?" tanya Af.
"Kadang-kadang, ya? Selalu perasan, Makoto! Suka Sailor Jupiter."
"Ramai orang cakap kat sekolah, perangai awak macam Sailor Mercury?" kata Af.
"Nerd skema? Saya sayang karektor Ami-chan, tapi dia tak macam saya. Awak rasa saya macam siapa?" Emma tanya Af.
"Sailor Venus."
"Kenapa?" tanya Emma, terkejut.
"Sebab awak, well balance. Semua. Garang, comel, lawa, berani. Minako Aino, macam awak."

Emma tengok muka Af dengan pelik.

"Awak tengok Sailormoon? Bukan kaum lelaki diharamkan tengok tu? Patut tengok Dragonball?" Emma touch up bedak foundation kat muka dia di cermin make up.
"Tengok senyap-senyap," kata Af.
"Patutlah jadi simp, hehehe!"

Kelab Pencurang CintaWhere stories live. Discover now